Showing posts with label Program Mega. Show all posts
Showing posts with label Program Mega. Show all posts

Monday, December 31, 2012

Santai Selebriti di Putrajaya


Sumber : http://nisaputrajaya.blogspot.com/2012/12/santai-selebriti-19-januari-2013.html

Assalamua'laikum

Jemputan



SANTAI SELEBRITI
Tarikh : 19 JANUARI 2013 / SABTU
Masa : 9.00 PAGI - 12.30 T/HARI
Tempat : SURAU AL-HUSNA, FASA 12, PRESINT 9, PUTRAJAYA.

Jemput datang ramai-ramai. Sebarkan pada yang lain ya.

Terima kasih.

Thursday, December 27, 2012

Ayuh Bersama Kami @ KLCC

Assalamua'laikum.

Jemput datang beramai-ramai.
Jangan lepaskan peluang.






Monday, November 14, 2011

Sambutan Maal Hijrah @ KLCC

Nisa` WP ingin menjemput semua muslimin dan muslimat ke SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1433H pada 26 & 27 November 2011, Sabtu & Ahad di Masjid KLCC

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda semua

MASUK ADALAH PERCUMA!
MAKANAN DISEDIAKAN!
DIJEMPUT SEMUA UNTUK IKTIKAF DI RUMAH ALLAH SWT..INSYAALLAH

TENTATIF PROGRAM 26/11/2011, SABTU

TENTATIF PROGRAM 27/11/11, AHAD

Jom adik2, sertai pertandingan mewarna, melukis, indoor games, sukaneka

sebarang pertanyaan boleh hubungi : YANI ( 019-2076759) atau SYAM SYIFA` ( 019-2782818)

Jumpa kami di sana!



Wednesday, May 5, 2010

Jom ke Karnival Aura Ungu 2010

Pertandingan Nyanyian Peringkat Akhir : PERSONA” Akan berlangsung pada sebelah petang 21 MEI 2010 ! Saksikan pertandingan nyanyian peringkat akhir daripada peserta-peserta hebat dan terpilih di peringkat negeri masing-masing . Pastikan anda tidak ketinggalan menyertai kami untuk menyaksikan PERSONA ini .“Konsert dari wanita untuk wanita! ”
Konsert khusus dari wanita untuk wanita 22 MEI 2010, jam 8.00 malam sebagai acara kemuncak bagi Karnival Aura Ungu 2010 dengan penampilan istimewa… Aishah& Heliza !!
Pameran Ekspo KAU’2010
Kunjungi juga gerai-gerai ekspo kami sepanjang hari hingga ke malam pada 21 dan 22 Mei 2010 yang menyajikan pelbagai jualan dan pameran menarik untuk anda !
Jangan lupa untuk singgah ke gerai Nisa` Wilayah ya.
Jumpa di sana!!

Maklumat lanjut layari :

Thursday, April 15, 2010

Kami telah temui Bintang Aura Ungu!


Berhibur tiada salahnya,Kerna hiburan itu indah,Hanya pabila salah memilihnya,Membuat kita jadi bersalah….

Itulah antara lirik lagu yang dinanyikan oleh kumpulan nasyid Raihan dalam lagu mereka berhibur. Sebenarnya program kali ini tiada kaitan pun dengan kumpulan nasyid Raihan,namun Program Pencarian Bintang Aura Ungu anjuran Nisa' WP ini mengambil lirik lagu ini sebagai tema kami. Program ini juga berhasrat memberi pendedahan kepada peserta mengenai ciri-ciri lagu yang sesuai untuk didengari kerana Islam sendiri sentiasa mengingatkan umatnya meletakkan matlamat kerana Allah dalam melakukan setiap perkara. Justeru itu kami berhasrat menyentuh aspek ini bagi memberi kefahaman kepada semua yang hadir.

Pencarian Bintang Aura Ungu ini selamat berlangsung di Dewan Inst Profesional Baitulmal Kg Pandan. PBAU ini telah disertai oleh 9 artis solo dan 8 artis berkumpulan. Program ini dijalankan secara tertutup dan peserta dan penontonnya di kalangan wanita sahaja. Dimulakan pada jam 10 pagi dan tamat jam 4 petang. Antara lagu yang menjadi pilihan ialah Airmata Ibu, Badarsila, aku wanita biasa, kau ku sayang dan banyak lagi. 2 sesi telah dijalankan iaitu kategori solo di awal pagi dan di sesi petang kategori berkumpulan. 2 MC yang bertugas turut menyelitkan sedikit jenaka dan peringatan di sesi masing-masing.

Pemenang bagi setiap kategori akan menjadi wakil Nisa' WP ke konsert Aura Ungu yang dijangka berlangsung pada bulan Mei hadapan. Pemenang bagi kategori solo telah dimenangi oleh peserta dari Taman Maluri dan kategori berkumpulan dari Segambut. Pemenang menerima wang tunai dan cenderahati barangan Nisa' Pemenang tempat ke 2 dan 3 juga turut menerima hadiah. Pihak Nisa WP mengucapkan tahniah bagi pemenang dan peserta yang menyertai program ini dan ribuan terima kasih buat semua yang terlibat.

Selain mengumumkan tentang pertandingan ini, kami juga ingin berkongsi info di bawah :

Nyanyian memang boleh, tetapi ada beberapa perkara yang harus kita perhatikan iaitu:
1. Nyanyian itu harus diperuntukkan buat sesuatu yang tidak bertentangan dengan etika dan ajaran Islam.
2. Cara nyanyian si penyanyi itu mungkin boleh beralih dari lingkungan halal kepada haram, misalnya lenggang gaya dengan sengaja yang dapat membangkitkan nafsu dan menimbulkan fitnah dan perbuatan cabul.
3. Tidak berlebih-lebihan dalam hiburan dan menghabiskan waktu untuk berhibur sahaja
4. Nyanyian itu haram apabila dapat membangkitkan nafsu dan menimbulkan fitnah
5. Nyanyian yang disertai dengan perbuatan-perbuatan haram lainnya seperti minum arak dan berbuat maksiat, maka di sinilah pelakunya, dan pendengarnya diancam dengan seksaan yang sangat berat , sebagaimana sabda Rasulullah:

"Sungguh akan ada beberapa orang dari ummatku yang minum arak, mereka namakan dengan nama lain, kepala mereka itu bisa dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan nyanyian-nyanyian, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu kedalam bumi dan akan menjadikan mereka itu seperti kera dan babi." (Riwayat Ibnu Majah)

Jadi jelas sebenarnya Islam memang membolehkan nyanyian tetapi ada batas-batasnya.Kadangkala dakwah melalui nyanyian itu lebih memberi kesan daripada hanya ceramah dan kuliah-kuliah agama sahaja kan? Kesimpulanya, jadilah manusia kreatif yang berakhlak mulia dan terjaga penampilan kita sebagai muslimah mukminah lagi solehah..lagipun keistimewaan yang Allah berikan itu perlu disalurkan pada tempatnya kan? :)

Sekian sahaja, terima kasih atas kerjasama dan penyertaan yang diberikan..kami sangat terharu dengan sokongan anda! Semoga kita berjumpa lagi ya!

Tuesday, March 30, 2010

Nisa' River Camping-unforgettable experience !



Allah berfirman bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: ‘Demi sesungguhnya. Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (Surah Ibrahim, ayat 7).

Bertemakan ‘ku hargai, KasihMu, selesai sudah Nisa River Camping anjuran Nisa WP di Kem Nurlaman Bestari, Sg Tua.Pelbagai reaksi dari peserta dan ajk setelah bersama hampir 2 hari dengan berbagai aktiviti, Alhamdulillah, kem ini memberi ruang ahli nisa’ berkenal lebih rapat dan mencuba aktiviti baru bagi meningkatkan stamina. Antaranya kami berpeluang berkayak menggunakan rakit yg ditampung oleh pelampung besar.
Lihat sahaja gambar-gambar kami!



Sesi tazkirah pula menyelitkan perlunya rasa syukur dilafazkan oleh kita setiap masa dan ketika .Bermacam-macam nikmat telah kita terima, apakah kita masih tidak tahu menghargai Kasih Allah s.w.t. Kadangkala Allah masih terus memberi nikmat, walaupun kita tidak mengikut perintahNya.Subhanallah….



River Treasure Hunt juga memberi banyak pengisian bermanafaat disamping aktiviti yang merapatkan ukhuwah. InsyaAllah, kita jumpa di masa akan datang…


Sesiapa yang terlepas peluangmenyertai camping ni, tunggu pengumuman program dari kami ye!

Wednesday, January 13, 2010

Bidadari Cemburu Padamu di Konvensyen Nisa` WP

Tarikh 10 Januari 2010, menjadi tarikh yang berharga buat warga Nisa`WP dan para hadirin yang telah menyertai Konvensyen Nisa` WP 2010.Bertempat di Dewan Sri Alam, Anjung Rahmat, Konvensyen Nisa` WP 2010 yang julung kali diadakan ini telah berjaya dengan jayanya.Terima Kasih Allah...Terima kasih kerana Engkaulah sebaik-baik Perancang dan sebaik-baik Penolong. Konvensyen Nisa` WP 2010 ini diwarnai dengan ucapan dan amanat yang berilmiah daripada Pengarah Nisa` WP iaitu Pn,Norhafiza Bt Fadzil, Pengarah Nisa` Malaysia, Dr Rosni Bt Adam dan cetusan semangat daripada bonda tercinta kami, Ustazah Nuridah Bt Md Salleh selaku Ketua Muslimat WP.

Slot utama yang merealisasikan objektif Konvensyen ini adalah slot Penganugerahan Kad Keahlian Nisa` WP.Sebanyak 9 kawasan telah berjaya didaftarkan menjadi ahli Nisa` Wilayah, seterusnya secara automatik menjadi ahli Nisa` Kawasan.

Antara kawasan yang terlibat adalah Nisa` Bandar Tun Razak, Nisa` Batu, Nisa` Kepong, Nisa Lembah, Nisa` Setiawangsa,Nisa` Segambut, Nisa` Titiwangsa, Nisa` Putrajaya dan juga Nisa` Wangsa Maju.Turut diserikan juga adalah slot penyampaian cenderamata buat mantan-mantan AJK Nisa` WP yang telah banyak berjuang dan berkorban bersama Nisa` Wilayah.Jasamu Dikenang! Susah senang kita bersama. Yang paling menarik pada Konvensyen ini adalah slot Talkshow bertajuk “Bidadari Cemburu Padamu....”yang telah berjaya menggugat para hadirin hingga ke akhir program. Penyampaian yang begitu berilmiah dan berkesan telah disampaikan oleh Panel Jemputan iaitu Ustazah Nurhafizah Bt Musa dan juga Dr Rosni Bt AdamSlot selama 1 jam 15 minit itu begitu bermanfaat dan sarat dengan ilmu yang berguna buat hadirin dalam menjadikan diri sebagai salah seorang wanita yang dicemburui bidadari di syurga.Menariknya, peserta didedahkan dengan kenapa dan mengapa bidadari syurga mencemburui wanita-wanita di dunia, halangan dan cabaran-cabaran bagi seorang wanita. Para hadirin juga diberikan tip-tips untuk menjadi salah seorang penghulu bidadari atau bidadari di syurga nanti.Ilmu-ilmu yang telah disampaikan tersebut begitu berharga buat kami semua.Seorang insan yang bergelar seorang wanita.Wanita yang sedang mencari dan dahagakan ilmu untuk menjadi wanita solehah.Seterusnya, menjadikan kami untuk turut bersama-sama menjadi salah seorang penghulu bidadari di syurga nanti.Insyaallah. Selain itu juga, Konvensyen ini diserikan dengan persembahan deklamasi sajak yang bertajuk “Seindah Bidadari Syurga”.Sajak yang telah dideklamasikan, merupakan salah satu hadiah istimewa buat para peserta.Sajak yang menyentuh hati itu membawa kami untuk terus menghayati sejarah dan menyelusuri liku-liku kehidupan dan perjuangan serikandi-serikandi Islam yang sanggup berjuang dan berkorban mempertahankan keimanan mereka terhadap Allah S.W.T.

Pelbagai iktibar dapat kita teladani melalui kisah mereka.Kisah Hawa, kisah Siti Khadijah r.a, Aisyah r.a, Fatimah Az Zahra, Asiah, Khaulah al Azwar, Zainab Bt Ali, Halimatus Saadiah, Masyitah, Nailah al Farafisah, Balqis, Zulaikha dan serikandi Islam yang lain telah diganjari syurga oleh Allah S.W.T.Walaupun kita mungkin tidak mampu meletakkan nama kita sebaris dengan para serikandi ini tetapi marilah kita berusaha untuk memperbaiki diri dan meningkatkan keimanan kita supaya kita dapat bersama-sama mereka di syurga nanti....

Selain mendapat ilmu dan cetusan motovasi yang berguna, hadirin juga diberikan cenderahati khas daripada Nisa` Wilayah Persekutuan.Dan, seramai 20 orang insan-insan bertuah juga menyerikan Slot Cabutan Bertuah, slot yang menutup tirai Konvensyen Nisa` WP 2010. Di kesempatan ini, jutaan terima kasih buat warga Nisa` WP dan para hadirin yang telah memeriahkan Konvenysen Nisa` WP 2010 ini. Semoga terus istiqamah untuk terus menghadiri program-program Nisa' yang lain.
Kepada mereka yang tidak berpeluang untuk menghadirkan diri, insya Allah kami di peringkat Nisa` Wilayah akan cuba membawakan kepada anda program-program yang lebih menarik dan padat dengan ilmu-ilmu pengisian rohani dan mendidik jiwa.
Kepada adik-adik, kakak-kakak yang berminat untuk menjadi salah seeorang Ahli Nisa` WP, jangan segan silu untuk menghubungi Setiausaha Nisa` WP, iaitu Azi (013-200 9426).Manakala, penerangan dan maklumat mengenai Nisa` Wilayah Persekutuan juga boleh didapati dengan menghubungi Yani (017-353 3468). Mudah saja kan!!
Kami juga mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama daripada mana-mana Badan NGO, IPT, sekolah-sekolah dan mana-mana pihak yang memerlukan khidmat dan sokongan kami.

Untukmu Wanita : "Kerana Dirimu Begitu Berharga...............”

Sunday, May 3, 2009

Nisa Indoor Games 2009



Buat julung kalinya Nisa' telah menganjurkan Nisa' Indoor games ataupun permainan rakyat melayu yang dikelolakan oleh Nisa' Msia. Bertempat di Dewan Jubli perak, Bangunan Sultan Sultan Abdul Aziz, shah Alam pada 25 april 2009 bermula jam 8 pagi hingga 6 petang. Sebanyak 14 buah negeri telah mengambil bahagian.Nisa' WP telah menghantar 35 kontijen untuk mengambil bahagaian. 30 antaranya merupakan peserta setiap permainan yang dipertandingkan. Majlis telah dimulai dengan perbarisan negeri-negeri. Terdapat juga neger-negeri yang kreatif telah membawa beberapa sepanduk, bendera,alat-alat tradisional untuk menyerikan lagi perbarisan mereka. .

Bertemakan tagline 'MERINTIS PERUBAHAN', Kontijen WP tampil simple dan anggun dengan memakai selempang yang bertulis NISA WILAYAH di samping tshirt rasmi berwarna ungu dan tudung ungu. Gimik perasmian yang agak unik di mana, seramai 30 org ajk berlakon menjadi buah catur yg diwakili oleh johan catur kana-kanak malayisa iaitu adik Nurnabila di mana beliau telah dipilih sebagai Ikon bagi Nisa' Indoor Games ini.Seterusnya ucapan persamian oleh Pengarah Nisa' Msia danm sedikit kata-kata motivasi oleh beliau. Rata-rata peserta begitu bersemangat dan tidak sabar utk memulakan pertandingan. Lebih kurang jam 10.30 pagi permainan bermula secara serentak .Antara pertandingan yang dipertandingan ialah Batu seremban,Catur, congkak,carom, ceper.,Dart,Dam Haji dan Dam Ular, Setiap permainan di bahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori remaja (15-25thn) dan kategori umum (26-40thn). Terdapat juga kategori walk in di mana setiap individu dibenarkan bermain semua permainan dengan bayaran RM 5.

Permainan berlangsung dengan lancar dan dihentikan seketika untuk rehat dan solat dan solat pada jam 1.30 tengahari dan disambung pada jam 2.30 petang. Sesi petang menyaksikan acara-acara semi final dan final. Alhamdulillah, pasukan Dart bagi 2 kategori ini berjaya ke final. Satu kebetulan juga lawan mereka adalah team dari kedah. Bagi kategori remaja, mereka tewas dan menjadi naib johan, manakala kategori umum, menang tipis dan menjadi johan. Bagi kategori congkak, peserta WP mendapat naib johan dan dalam acara Dam Ular WP mendapat johan. Satu pencapaian yang agak baik, kerana rata-rata setiap negeri memberi tentangan yang hebat.

Majlis penutup menjadi kemuncak acara yang dirasmikan oleh Dr Halimah, Exco Selangor. Pastinya Nisa' Indoor Game menjadi kenanagan yang indah buat peserta yang menyertainya, kerana mempunyai kelainan dan kemeriahannya yang tersendiri. Nisa' WP mengucapkan tahniah kepada yang menang dan kepada yang tidak menang, semangat juang yang ditunjukkan amat dihargai. Tidak lupa terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan NIG ini secara langsung atau tidak langsung.



Tuesday, April 21, 2009

Nisa Indoor Games - 4 hari lagi!!

Yang ditunggu-tunggu telah tiba...!!

(eh kecil la pulak banner ni, sila klik untuk gambar lebih jelas)
Maka dengan ini, kami mengucapkan
SELAMAT BERENTAP UTK PESERTA NISA' WP
berentap untuk apa??
NISA' INDOOR GAMES ANTARA NEGERI
pada
25 April 2009(Sabtu), 8 pagi hingga 6 petang
di
DEWAN JUBLI PERAK, BANGUNAN SULTAN SALAHUDIN AZIZ SHAH,SHAH ALAM
Yang tak ambil bahagian, marilah kita
BERAMAI2 KE SANA UTK MENYOKONG TEAM WP!
(yang dah bersusah payah berlatih menajamkan skil-skil bermain dam aji, ceper, dart,catur, batu seremban dan sebagainya :)
Semoga berjaya!!

Taklimat Nisa Indoor Games


Pada 19 April yg lalu, bertempat di Dewan Surau Mutakim, Taman Melati. satu sesi taklimat dan gathering peserta-peserta Nisa' Indoor Games yang akan mewakili Wilayah Persekutuan, telah diadakan bermula jam 3 hingga 4.30 petang. Ianya telah dihadiri oleh seramai 20 orang peserta berserta Ahli Jawatankuasa.

Tujuan utama taklimat ini adalah untuk menerangkan undang-undang permainan kepada peserta dan seterusnya penyampaian kata-kata motivasi atau sokongan untuk pasukan Nisa' WP. Majlis dimulakan dengan ucapan wakil Nisa' WP, wakil Muslimat WP dan seterusnya sesi taklimat. Hadirin juga berpeluang mendengar kata-kata semangat sebagai Penutup daripada Pengarah Nisa' WP.

Secara keseluruhannya banyak penekanan telah diberikan dari sudut peri-pentingnya peserta menunjukan akhlak yang baik, semangat kerjsama berpasukan dan berusaha berlatih bersungguh-sungguh sepanjang tempoh sebelum perlawanan sebenar pada hari Sabtu akan datang ini. Di samping itu, peserta juga banyak diperingatkan berkenaan perkara menjaga hubungan dengan Pencipta melalui penjagaan ibadah dan memperbanyakkan berdoa, semoga ianya dapat sedikit-sebanyak membantu peserta untuk mengawal rasa gemuruh dan berasa lebih tenang di hari perlawanan.

Di akhir majlis, peserta dijamu makan petang di samping hidangan kek coklat yang sedap sebagai penghargaan buat peserta yang sanggup hadir petang itu.

Nisa' WP mengucapkan SELAMAT BERJAYA DAN SELAMAT MENEMPUH PENGALAMAN BARU DALAM NISA' INDOOR GAMES NANTI.

Pesanan buat ahli Nisa' yang tidak terlibat sebagai wakil, anda dialu-alukan hadir ke Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam,Selangor untuk menyokong dan memeriahkan acara ini.. Program akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Berilah sokongan kepada pasukan dari WP di samping membeli-belah di gerai-gerai jualan yang akan dibuka. Peta ke lokasi program dilampirkan bersama.

Wednesday, September 3, 2008

Sekitar Indoor Games sempena Simfoni Merdeka di Masjid Asy-Syakirin, KLCC

antara aksi-aksi yang sempat dirakamkan melalui lensa kamera Nisa' Wilayah

sambut batu seremban tu dik, jgn tak sambut...


tengok dalam "rumah" aku ni, berapa banyak biji guli aku dah kumpul...heheh...


adik lelaki ini tidak melepaskan peluang untuk menyertai acara "dart"


waaa...berderetnya hadiah...nakler satuuu!


hai, si kecik comel ni pun nak masuk gak ke? belum cukup umur la dik ooii...

Tuesday, January 1, 2008

NISA' SURVIVAL CAMP 2007.... seindah memori..

Usai sahaja Nisa' Survival Camp 2007 (NSC07) pada tanggal 31/12/2007 jam 1 pagi tadi, hati ini tidak sabar-sabar lagi ingin pulang ke kota. Pasti ada yang berteka teki dengan kenyataan saya ini. Teruk sangat ke NSC07 sehingga saya katakan tidak sabar nak pulang ke kota?! Hmm.. sudah tentu tidak... Tidak sabar yg dimaksudkan, ialah untuk berkongsi cerita dengan semua ahli nisa' dan pengunjung blog nisawp yang tidak berkesempatan untuk bersama2 kami dalam NSC07. Sudah pastinya NSC07 meninggalkan sejuta kenangan dan pengajaran yang sangat bermakna dan indah bagi setiap mereka yang terlibat, baik peserta dan CREW mahupun pihak yang bekerjasama dengan Nisa'WP seperti Jabatan Agama Islam Perak dan Amal Wilayah!!....
Kami mengalu-alukan ulasan cerita-cerita menarik sepanjang Nisa' Survival Camp 2007 daripada semua yang terlibat dalam NSC07 kali ini. E-mailkan ulasan anda ke nisa_wp@yahoo.com.my dan c.c. kepada maisuharah@yahoo.com. Sekiranya anda mempunyai gambar2 menarik sepanjang NSC07, kongsi bersama kami dan e-mailkan kepada kami. =)

Tuesday, December 4, 2007

NISA' SURVIVAL CAMP 2007

Love hectic stuff?
Desire challenges?
Go all the way by train, bus and lorry to reach your destination?
This is the package that you've been waiting for...
Stand a chance to mingle with the Orang Asli community at the same time gain priceless experience...
DON'T MISS THIS OPPORTUNITY!!!
Let's join Nisa' Survival Camp and be part of
THE ADVENTURE OF NISA'...
Date : 28th to 31st December 2007
Venue : Ulu Slim, Perak
Fee : RM100 (including tee shirt)
Open to GALS ONLY, aged between 18 to 35 yrs, PRIORITY given to Nisa' members
Call our HOTLINE : 019-616 9804 @ 017-950 7685 NOW!!!
Limited to 60 PERSONS only, FIRST COME, FIRST SERVED

Saturday, December 1, 2007

Checklist peserta & Tentatif NSC 07

Participants Checklist
Tentative Programme





Monday, September 3, 2007

SATU TEKAD...SATU PEMBAHARUAN..


Program Munajat Merdeka 2007 yang berlangsung pada 30/8 – 1/9/2007 baru-baru ini merakamkan detik-detik yang sangat bermakna bagi NISA’WP. Jemputan kerjasama daripada pihak masjid seawal lebih sebulan yang lepas, membuka lembaran baru bagi NISA’WP dalam merintis aktiviti kemasyarakatan dengan bekerjasama secara langsung dengan pihak luar seperti Masjid Asy-Syakirin KLCC dan Bank Islam Malaysia Berhad. Peluang kerjasama ini sekaligus dapat memberi sedikit pengalaman bagi NISA’WP dalam berurusan dengan organisasi besar seperti BIMB. NISA’WP mengambil peluang ini dengan mengadakan pameran NISA’WP yang memberi maklumat dan penerangan tentang NISA’ kepada orang ramai yang mengunjungi Masjid Asy-Syakirin KLCC. Selain memberi peluang kepada NISA’ mengadakan pameran, pihak masjid juga memperuntukkan satu slot khas kepada NISA’WP. NISA’WP mengambil peluang ini dengan melancarkan satu program baru dibawah UNIT PEMBANGUNAN INSAN yang dinamakan Nisa’ Garden Talk (NGT).

Bermula pada 30/8/2007, Program Munajat Merdeka 2007 diisi dengan FORUM KEMERDEKAAN. Sebelum forum dimulakan, majlis diserikan dengan bacaan Al-Quranul Karim oleh Juara Akademi Al-Quran musim kedua, Saudara Anuar Hasin. Selesai forum, hadirin dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan As-Saufee dan Mirwana. Menjelang detik 12 tengah malam, hadirin melaungkan ungkapan MERDEKA sebanyak tiga sekali sebagai simbolik sambutan merdeka dan disusuli dengan bacaan doa, selawat serta takbir.

Sementara itu, tamat majlis pada malam itu, kumpulan PERKID dianggotai seramai lebih kurang 500 sukarelawan menjalankan operasi OPS MASIH ADA YANG SAYANG sekitar Kuala Lumpur dengan memberkas serta memberi kaunseling kepada pasangan-pasangan yang berpeleseran di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur.

Pada hari kedua, program diisi dengan pelbagai acara seperti pertandingan nasyid kanak-kanak, pertandingan mewarna dan melukis, serta motivasi remaja. Seramai 16 kumpulan remaja lelaki dari masjid seluruh Malaysia berhimpun di Masjid KLCC tahun ini dalam meraikan sambutan 50 tahun merdeka anjuran Masjid Asy-Syakirin KLCC. Selain motivasi, 16 kumpulan ini menyertai kejohanan futsal “Jom Futsal Remaja Masjid”. Kejohanan futsal yang diadakan selama dua hari dari 31/8/2007 - 1/9/2007, dijalankan di Gelanggang Futsal The Zone dan mnenyaksikan kemenangan berpihak kepada Maahad Tahfiz Al-Quran, Batu 9, Hulu Langat, Cheras.

Pada hari terakhir iaitu 1/9/2007, NISA’WP menganjurkan Nisa’ Garden Talk, sebuah program bual bicara yang kami adakan di tempat terbuka bagi menarik lebih ramai orang awam mendengar topik yang ingin kami sampaikan. Dengan membawa tajuk, LOVE is CINTA, hadirin dibekalkan dengan ilmu yang tak ternilai harganya oleh Ustaz Zamri Zainuldin (host Mari Mengaji) dan Ustazah Teh Jamaludin (pendakwah bebas). Garden Talk turut disertai oleh Ina Naim yang bersama-sama menjadi ahli panel jemputan. Ina Naim tidak lokek berkongsi sedikit pengalaman cinta yang dilaluinya dan mengakui lebih tenang dengan cinta yang dilayarinya selepas berkahwin. Nisa’ Garden Talk diserikan lagi dengan kehadiran pasangan Ina Naim iaitu Suhaimi Saad, yang menyampaikan dua buah lagu hit beliau, Pesona Zulaikha dan Kias Cinta, untuk hiburan para hadirin. Tahniah kepada moderator pentas dan moderator laman, Saudari Fauziah Abdullah dan Masnur Md Daud yang berjaya mengendalikan Nisa’ Garden Talk dengan baik.

Selesai slot Nisa' Garden Talk, NISA’WP melaksanakan penyampaian sumbangan untuk 10 ahli NISA’WP terpilih dalam program Nisa’ Merdeka Small Kindness. Penyampaian sumbangan kepada penerima sumbangan disampaikan oleh Ustaz Sharani daripada Masjid KLCC dan Ina Naim. Majlis Nisa' Garden Talk dan Nisa’ Merdeka Small Kindness tamat sekitar jam 12.15. Orang ramai tidak melepaskan peluang dengan beramah mesra dan merakamkan gambar kenangan dengan ahli panel khususnya pasangan pengantin baru Ina Naim & Suhaimi.

Majlis penutup Program Munajat Merdeka 2007 dijalankan pada jam 2.00 petang. Kesemua penganjur bersama iaitu BIMB, Dewan Pemuda Masjid Malaysia dan Nisa’WP diberi peluang untuk naik ke pentas menyampaikan ucapan penghargaan. Nisa’WP diwakili oleh Pegawai Perhubungan Awam nya, Pn Norhafizah Fadzil. Majlis tamat pada jam 3.30 petang.

Di kesempatan ini, NISA’WP ingin merakamkan sekali lagi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Program Munajat Merdeka 2007 khususnya kepada pihak masjid yang memberi kepercayaan kepada NISA’WP untuk bekerjasama serta sukarelawan Nisa’ yang sudi membantu kami sepanjang program. Terima kasih juga kepada peserta Nisa' Garden Talk yang sudi hadir meraikan program-program NISA’WP. Sambutan dan sokongan anda amat kami hargai. Harapan NISA’WP, semoga kerjasama seperti ini akan tercipta lagi dan InsyaAllah, NISA’WP akan memberikan yang terbaik untuk kecemerlangan ummah. Allahuakbar!!

Thursday, August 30, 2007

TENTATIF MUNAJAT MERDEKA, MASJID AS-SYAKIRIN KLCC

30 OGOS 2007 (KHAMIS)

06.00 - 07.00 ptg : Ketibaan tetamu
Pendaftaran peserta
07.00 - 07.20 ptg : Taklimat program
07.20 - 08.00 mlm : Solat Maghrib
Jamuan makan
08.20 - 09.30 mlm : Ucapan Pengarah Urusan BIMB
Ucapan Sahibus Samahah Ustaz Haji Zakaria bin Isa
( Timb. Mufti W. Persekutuan merangkap Penegerusi Masjid )
09.30 - 11.00 mlm : Forum Kemerdekaan
11.00 - 12.00 mlm : Konsert Nasyid
12.00 - 12.10 mlm : Doa kemerdekaan
12.10 - 12.30 mlm : Bersurai


31 OGOS 2007 (JUMAAT)

3.30 - 5.30 pg : Qiammullail ( Us. Zulkarnain Hamzah )
5.30 - 6.15 pg : Solat Subuh
6.15 - 7.15 pg : Kuliah Subuh ( Us. Zulkarnain Hamzah )
7.15 - 8.00 pg : Sarapan pagi
8.30 - 12.00 tghr : Pertandingan Kanak - Kanak
( melukis, mewarna & seni khat )
Pertandingan Futsal
Kudapan (peserta)
12.00 - 2.30 ptg : Solat Jumaat
2.30 - 4.15 ptg : Makan tengahari (peserta)
Persembahan nasyid kanak-kanak
Penyampaian hadiah (acara kanak-kanak)
Seminar Perubatan Islam
4.15 - 5.00 ptg : Minum petang (peserta)
Solat Asar
7.30 - 7.45 ptg : Solat Maghrib
7.45 - 9.00 mlm : Forum Kepulihan & Peristiwa Isra' Mikraj
9.00 - 9.30 mlm : Solat Isya'
9.30 - 10.00 mlm : Jamuan makan
Bersurai


01 SEPTEMBER 2007

9.00 - 9.15 pg : Kehadiran Peserta
Pendaftaran
9.15 - 9.20 pg : Ucapan aluan pengerusi
9.20 - 9.30 pg : Tayangan montaj & multimedia Nisa' Wilayah
9.30 - 11.00 pg : Nisa' Garden Talk "Love is Cinta"
11.00 - 11.30 pg : Nisa' Merdeka Small Kindness
11.30 - 12.30 tghr : Jamuan makan
1.00 - 2.00 ptg : Solat Zohor
2.00 - 3.00 ptg : Perasmian penutup
Penyampaian hadiah ( Futsal )
Bersurai

Monday, August 27, 2007

RAYAKAN HARI MERDEKA BERSAMA NISA'WP....=)


SUKARELAWAN DIPERLUKAN SEGERA!!!

Assalamualaikum wbth..

Apa khabar ahli Nisa'WP sekalian? Semoga kalian semua berada di dalam keadaan sihat walafiat dan ceria selalu hendaknya.

Untuk pengetahuan semua, 30hb/8 - 1hb /9/07 ni akan berlangsungnya program Munajat Merdeka di Masjid KLCC. Program ini dijalankan dengan kerjasama Masjid KLCC , Bank Islam, Dewan Pemuda Masjid Malaysia & Nisa' Wilayah Persekutuan.

Nisa' WP memerlukan sukarelawan seramai mungkin untuk bertugas sepanjang program berlangsung. Antara tugas-tugas yang dilibatkan ialah bahagian pendaftaran (30hb, bermula 5pm - 8pm), membuat pameran & juga membuka gerai jualan. Sehubungan dengan itu, Nisa WP menyeru seluruh ahli Nisa' untuk sama-sama mebantu dan melancarkan program ini.
Sila hubungi, Pengarah Nisa' WP Kak Hani (013-2316131) @ S/u Nisa'WP Kak Syutina (019-6039178) selewat-lewatnya pada 29/8 ini.

Salam Ukhwah untuk semua..
Sekian, terima kasih.