Showing posts with label NSK. Show all posts
Showing posts with label NSK. Show all posts

Sunday, July 20, 2014

NSK Ramadhan Nisa Wilayah 2014

Alhamdulillah,dengan izin Allah program tahunan Nisa' Wilayah Persekutuan,Nisa Small Kindness (NSK) Ramadhan telah berjalan dengan lancar di beberapa kawasan terpilih sekitar Kuala Lumpur,Putrajaya dan Labuan.

 Kali ini program NSK lebih bermakna kerana team Muslim Care turut sama memberi sumbangan dan menyertai sesi penyerahan sumbangan kepada keluarga yang terpilih.Terima kasih diucapkan dan sekiranya NGO lain turut berminat untuk menyertai kami dalam siri NSK akan datang amatlah dialu-alukan.

Friday, September 11, 2009

Nisa Small Kindness @ Titiwangsa

updated with photos!!
Alhamdulillah, dengan izin Allah Ya Muqtadir, Allah Yang Maha Menentukan, Nisa` Titiwangsa kembali aktif dengan nafas dan semangat yang baru. Hadir dengan program sulungnya iaitu Nisa` Small Kindness, yang telah berjalan dengan jayanya pada 10 September 2009 di Darul Ummah.

Program kerjasama yang erat antara Nisa` Titiwangsa dan juga Nisa` Wilayah Persekutuan ini meraikan golongan armalah/ibu tunggal yang tidak berkemampuan. Dalam menyambut Syawal yang bakal kunjung tiba, visi NSK pada setiap kali Ramadhan adalah ingin membantu meringankan beban kehidupan.Walaupun sumbangan sedikit cuma, namun keikhlasan hati para penyumbang amat berharga untuk turut sama-sama menjayakan visi NSK pada kali ini.

NSK peringkat Wilayah Persekutuan pada Ramadhan kali ini akan diadakan di setiap peringkat Nisa` kawasan-kawasan sekitar Wilayah.Walaupun berada di kota metropolitan yang serba maju dan canggih ,namun masih ada lagi insan-insan yang kurang berkemampuan untuk menjalani kehidupan seperti insan lain.Semoga usaha murni ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.Insyaallah.

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga buat para penyumbang yang sudi memberikan sumbangan.Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya, dan moga sumbangan yang telah diberikan menjadi Bekalan saham di akhirat nanti.Akhir kalam, 2 rangkap pantun buat semua.

Perjalanan hidup perlu diteruskan
Kepada Allah mohon pengharapan
Nisa' Small Kindness dianjurkan
Moga dapat ringankan beban

Susah senang kita bersama
Indahnya Syawal jika dinikmati bersama-sama




SUSAH SENANG KITA BERSAMA..

p.s: Kepada Cik S/U, kami suka pantun awak yang dua rangkap tu.. hehe.. -admin

Thursday, September 10, 2009

Coming soon -NSK@BTR

Jom join!

Nisa Small Kindness @ Batu


Alhamdulillah.. pada 6 September yang lalu, program Nisa Small Kindness (NSK) telah berjaya diadakan di kawasan Batu. NSK tu apa? NSK ni program untuk mendekati masyarakat dan meringankan beban mereka dengan sedikit sumbangan.. hanya dengan matlamat memanjangkan hubungan persaudaraan sesama Islam dan berkongsi dengan mereka yang kurang berkemampuan.





Untuk laporan lengkap tentang NSK Nisa Batu, tungggguuuuu..!! -updated!

Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk Allah yang telah mengizinkan
'Nisa' Small Kindness' Nisa kawasan Batu, dijalankan dengan lancar dan jayanya pada 6hb. Sept. 2009 yang lepas.

Antara ahli yang hadir ialah Mariam, Nurazma, Rafiza, Zurina, Mastura, Zaminah (wakil Muslimat BBS- Wakil Lajnah WP dan kwsn Batu), Siti Zubaidah dan Rohana

Sebelum program pengedaran sumbangan dimulakan Haji Ismail yang juga merupakan Ketua Cawangan Pas Blok 207 Sentul, memulakan dengan bacaan doa selamat.

Kami tidak dapat menyampaikan sumbangan kepada penerima yang pertama kerana beliau ke pasar, jadi kami teruskan kerumah kedua iaitu rumah Encik Ghazali bin L.Akashah, Beliau adalah pesakit kencing manis, sudah pencen, sekarang keluarganya 5 orang di tanggung oleh anaknya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Pendapatan bulan Rm800 sebulan. Beliau menitiskan air mata ketika menerima sumbangan tersebut. Sebelum meninggalkan rumahnya kami akhiri dengan bacaan doa untuk pesakit mudah-mudahan Allah beri keringanan atas kesakitan yang ditanggungnya.

Kami juga gagal bertemu penerima yang ketiga kerana beliau telah keluar untuk berurut, penerima tersebut telah patah tulang belakang, tidak mampu menanggung keluarga kerana tidak mampu berkerja malahan tidak mampu untuk duduk.

Kami kemudian begerak ke Taman Dato' Senu, disana Kak Zaliha Ahmad
(Ketua Muslimat Cwgn Blok 207) menunggu kami untuk meneruskan sumbangan. Penerima keempat adalah seorang balu dan mempunyai anak OKU, beliau tidak pernah mendapat sumbangan dari mana-mana pihak.

Selepas itu kami bergerak kerumah penerima kelima iaitu Adik Muaz yang juga OKU, berumur 9 tahun. Beliau terpaksa bernafas melalui tiub. Sumbangan wang diberikan kepada ibu Muaz iaitu Puan Rohayah bt. Yunus, manakala beras dan wang diberikan kepada nenek Muaz sebelah ibunya yang juga sudah uzur. Atas persetujuan yang ada pada hari tersebut kami juga terpanggil untuk memberi sumbangan wang kepada Nenek Muaz sebelah bapanya yang juga hidup dalam kesusahan.

Memandangkan Nisa' Batu ada duit dan beras yang lebih kami meneruskan sumbangan kami ke Bandar Baru Sentul, sumbangan wang RM100 dan sekampit beras 5kg.

Akhirnya selesailah program NSK Nisa' Kwsan Batu. Sebelum bersurai, atas cadangan Mariam kami telah bersetuju untuk mengunjungi seorang saudara baru yang tinggal
di Kampung Chubadak Kawasan A iaitu makcik Fatimah bt Abdullah yang sudah lama memeluk Islam, mengamalkan hidup cara islam, tetapi beliau tiada saudara mara. Kini beliau tinggal bersama orang Myanmar dan mendapat sumbangan bulanan dari Baitulmal sebanyak RM250 sebulan.

Disinilah 'Nisa Small Kindness' Nisa' kawasan Batu betul-betul terserlah, kerana kami hanya mampu memberi sedikit bantuan wang ringgit bersama sekampit beras. Atas dasar persaudaraan sesama Islam kami wakil Nisa Kawasan Batu bergerak dengan penuh keikhlasan. Tetapi ada insan lain yang lebih mulia dan ikhlas hatinya dengan menyumbang wang dan beras untuk kami agihkan kepada mereka yang memerlukan. Walaupun mereka tidak ada ikatan persaudaran jauh namun mereka bertolong bantu kerana ISLAM. ALLAH HU AKBAR!

Kepada penerima sumbangan yang belum menerima akan diteruskan juga, dalam masa yang terdekat ini. InsyaAllah.. :)