Alhamdulillah.. pada 6 September yang lalu, program Nisa Small Kindness (NSK) telah berjaya diadakan di kawasan Batu. NSK tu apa? NSK ni program untuk mendekati masyarakat dan meringankan beban mereka dengan sedikit sumbangan.. hanya dengan matlamat memanjangkan hubungan persaudaraan sesama Islam dan berkongsi dengan mereka yang kurang berkemampuan.
Untuk laporan lengkap tentang NSK Nisa Batu, tungggguuuuu..!! -updated!
Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk Allah yang telah mengizinkan
'Nisa' Small Kindness' Nisa kawasan Batu, dijalankan dengan lancar dan jayanya pada 6hb. Sept. 2009 yang lepas.
Antara ahli yang hadir ialah Mariam, Nurazma, Rafiza, Zurina, Mastura, Zaminah (wakil Muslimat BBS- Wakil Lajnah WP dan kwsn Batu), Siti Zubaidah dan Rohana
Sebelum program pengedaran sumbangan dimulakan Haji Ismail yang juga merupakan Ketua Cawangan Pas Blok 207 Sentul, memulakan dengan bacaan doa selamat.
Kami tidak dapat menyampaikan sumbangan kepada penerima yang pertama kerana beliau ke pasar, jadi kami teruskan kerumah kedua iaitu rumah Encik Ghazali bin L.Akashah, Beliau adalah pesakit kencing manis, sudah pencen, sekarang keluarganya 5 orang di tanggung oleh anaknya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Pendapatan bulan Rm800 sebulan. Beliau menitiskan air mata ketika menerima sumbangan tersebut. Sebelum meninggalkan rumahnya kami akhiri dengan bacaan doa untuk pesakit mudah-mudahan Allah beri keringanan atas kesakitan yang ditanggungnya.
Kami juga gagal bertemu penerima yang ketiga kerana beliau telah keluar untuk berurut, penerima tersebut telah patah tulang belakang, tidak mampu menanggung keluarga kerana tidak mampu berkerja malahan tidak mampu untuk duduk.
Kami kemudian begerak ke Taman Dato' Senu, disana Kak Zaliha Ahmad
(Ketua Muslimat Cwgn Blok 207) menunggu kami untuk meneruskan sumbangan. Penerima keempat adalah seorang balu dan mempunyai anak OKU, beliau tidak pernah mendapat sumbangan dari mana-mana pihak.
Selepas itu kami bergerak kerumah penerima kelima iaitu Adik Muaz yang juga OKU, berumur 9 tahun. Beliau terpaksa bernafas melalui tiub. Sumbangan wang diberikan kepada ibu Muaz iaitu Puan Rohayah bt. Yunus, manakala beras dan wang diberikan kepada nenek Muaz sebelah ibunya yang juga sudah uzur. Atas persetujuan yang ada pada hari tersebut kami juga terpanggil untuk memberi sumbangan wang kepada Nenek Muaz sebelah bapanya yang juga hidup dalam kesusahan.
Memandangkan Nisa' Batu ada duit dan beras yang lebih kami meneruskan sumbangan kami ke Bandar Baru Sentul, sumbangan wang RM100 dan sekampit beras 5kg.
Akhirnya selesailah program NSK Nisa' Kwsan Batu. Sebelum bersurai, atas cadangan Mariam kami telah bersetuju untuk mengunjungi seorang saudara baru yang tinggal
di Kampung Chubadak Kawasan A iaitu makcik Fatimah bt Abdullah yang sudah lama memeluk Islam, mengamalkan hidup cara islam, tetapi beliau tiada saudara mara. Kini beliau tinggal bersama orang Myanmar dan mendapat sumbangan bulanan dari Baitulmal sebanyak RM250 sebulan.
Disinilah 'Nisa Small Kindness' Nisa' kawasan Batu betul-betul terserlah, kerana kami hanya mampu memberi sedikit bantuan wang ringgit bersama sekampit beras. Atas dasar persaudaraan sesama Islam kami wakil Nisa Kawasan Batu bergerak dengan penuh keikhlasan. Tetapi ada insan lain yang lebih mulia dan ikhlas hatinya dengan menyumbang wang dan beras untuk kami agihkan kepada mereka yang memerlukan. Walaupun mereka tidak ada ikatan persaudaran jauh namun mereka bertolong bantu kerana ISLAM. ALLAH HU AKBAR!
Kepada penerima sumbangan yang belum menerima akan diteruskan juga, dalam masa yang terdekat ini. InsyaAllah.. :)
No comments:
Post a Comment