Wednesday, August 15, 2012

SALAM KEMAAFAN BUAT SEMUA




Assalamua'laikum.

Penghujung Ramadhan. Saat ini, ramai dah mula balik kampung. Esok, bertambah ramailah nampaknya. Kerna, cuti sekolah sudah bermula. ^_^

Alhamdulillah, ALLAH masih pinjam nyawa hingga ke saat ini. Semoga setiap hela nafas kita, dirahmati dan diredhai.

Dikesempatan ini, kami dari Nisa' Wilayah Persekutuan ingin memohon ribuan ampun dan maaf, sekiranya ada sebarang kekurangan dan kelemahan, salah serta silap.

Semoga I'dul Fitri nanti, dapat diraikan dengan gembira, hati yang suci.

Ramadhan bakal berakhir. Sama-sama kita manfaatkan ruang waktu yang masih ada. ^_~

Wassalam

Monday, August 6, 2012

Nisa' Putrajaya membawakan MUHASABAH RAMADHAN. Jomm..

sumber : http://nisaputrajaya.blogspot.com/2012/08/m-u-h-s-b-h-r-m-d-h-n.html


Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga diberi kesihatan yang baik, hendaknya.

Alhamdulillah, ALLAH permudahkan urusan perancangan Kuliah Dhuha yang seterusnya. =)



Baiklah, tanpa membuang masa, jom kita tengok 'details' EUW yang bakal berlangsung:

TARIKH : 12 OGOS 2012 / 23 RAMADHAN 1433H (Ahad)MASA    : 9.30 - 11.30 PAGITEMPAT : DEWAN SOLAT WANITA, MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN (MASJID BESI)

Jangan lepaskan peluang... Panel yang akan bersama kita ialah :
USTAZ SYED ABDUL KADIR ALJOFREE!
Personaliti rancangan Tanyalah Ustaz TV9, dan sering juga menjadi tetamu undangan dalam rancangan-rancangan yang lain.

AYuh, bersama kita berMUHASABAH, apa yang telah kita lakukan sepanjang RAMADHAN ini. Adakah masih ada peluang untuk kita tampung mana-mana ruang yang lompong, atau tidak?

JAngan lupa ajak kawan-kawan yang lain ya. (^_^). Sebarkan pada yang lain.

wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *