Thursday, February 25, 2010

Salam Maulidur Rasul..


Sebagai seorang umat Islam yang sayangkan Nabi Muhammad S.A.W, marilah sama-sama kita mengikut segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya.Ini sahajalah bukti yang kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W.
SALAM MAULIDUR RASUL DARIPADA NISA` WILAYAH PERSEKUTUAN

Monday, February 22, 2010

Talkshow @ KLCC 21 Feb!

...DAH TANDA DALAM DIARI ANDA?

Book your date ya! Masuk percuma!!

Friday, February 19, 2010

Jom main badminton! 21Feb

 
 
Jom ke Court Melati Impian Ahad ni :)

Sunday, February 7, 2010

Hari Lahir Saya bulan ni!

1 Ainul Mardhiah Mat Aris 1 FEB
2 NOR SAADAH MUSA 2 FEB
3 UMMI KALSOM AHMAD 3 FEB
4 WAN AMALINA ATHIRAH AB TALIB 5 FEB
5 NOOR AZIRA MOHAMMED YUSOP 7 FEB
6 Nurul Izzah Ab Halim 8 FEB
7 ANIS SHAKILA ISMAIL 10 FEB
8 Aznoraini Zulkefli 10 FEB
9 Hafsah Zakaria 11 FEB
10 HANIS MASTURA YAHYA 12 FEB
11 Irmy Juliza Abdul rahman 13 FEB
12 Masitah Omar 14 FEB
13 NADIAH MAT SOONAN 14 FEB
14 NIK HASRAWATI NIK HASSAN 17 FEB
15 NOOR FADRINA CHE LONG 18 FEB
16 NOR RODIANA SYAFINAZ RODI 18 FEB
17 Normasrina Sabari 20 FEB
18 Rafidah Sapiai 21 FEB
19 RAJA NUR AMALINA RAJA AZIZAN SUHAIMI 23 FEB
20 RAZALINA BAHARUDIN 24 FEB
21 SITI SHAIRAH ABDUL KADIR 26 FEB

Thursday, February 4, 2010

Anda marah?

IMAM Syafie ada menegaskan: "Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala ten teranya."

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:


1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca isti'azah kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah.
Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.