Friday, November 30, 2007

USRAH NVBC....

USRAH NVBC 29/11/2007... Terima Kasih tuan rumah.... ;)

Tuesday, November 27, 2007

PENGUMUMAN!!!!

ASSALAMUALAIKUM.
TALKSHOW NISA' YANG DIJADUALKAN PADA 25 NOV 2007 BARU-BARU INI TERPAKSA DIBATALKAN ATAS SEBAB-SEBAB YG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. NISA' WILAYAH PERSEKUTUAN MEMOHON MAAF ATAS KESULITAN INI. TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT SETIA TALKSHOW NISA'. INSYAALLAH, TARIKH BARU TALKSHOW NISA' BERTAJUK DUNIA BARU REMAJA AKAN DIUMUMKAN DALAM SEDIKIT MASA LAGI.
SEKIAN, HARAP MAKLUM.

Monday, November 26, 2007

LATIHAN BOLA TAMPAR KEMBALI LAGI!!!


UNTUK KETERANGAN LANJUT,
HUBUNGI :
0196494659, 0163054547, 0122945732

Thursday, November 22, 2007

UKJ~VACANCIES


Binalah Kerjaya Cemerlang Bersama Bank Pilihan Anda

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan-jawatan berikut:

1. EKSEKUTIF KONTRAK
Syarat-syarat kelayakan:
* Mempunyai kelulusan minimum Diploma dalam bidang Perbankan/ Pengurusan Perniagaan/ Perakaunan/ Ekonomi/ Pentadbiran Awam dari institusi pengajian yang diiktiraf oleh JPA/LAN.
* Memperolehi Himpunan Purata Nilai Markah (HPNM) sekurang-kurangnya 2.50 ke atas.
* Berumur di antara 21 – 30 tahun
* Mempunyai kemahiran komunikasi dan boleh berinteraksi dengan semua golongan

2. KERANI KONTRAK
Syarat-syarat kelayakan:
* Berumur di antara 18 – 25 tahun
* Kelayakan akademik
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan pencapaian sekurang-kurangnya;
Bahasa Melayu : Kredit
Matematik : Kredit
Bahasa Inggeris : Lulus
* Mahir menggunakan komputer
* Pengalaman dalam bidang perbankan/perakaunan adalah satu kelebihan

Calon yang berminat boleh memohon secara bertulis dengan mengemukakan perkara-perkara berikut:
* Maklumat peribadi (resume)
* Salinan sijil-sijil akademik
* Sekeping gambar saiz passport

Permohonan yg lengkap boleh dihantar ke alamat dibawah:

Jabatan Perjawatan & Perancangan Tenaga Kerja
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
Tingkat 13, Bangunan Bank Rakyat
Jalan Tangsi, Peti Surat 11024
50732 Kuala Lumpur
Tel: 03-26129473/79/80

Permohonan secara online adalah digalakkan. Layari laman
www.bankrakyat.com.my (e-Kerjaya)

Tarikh tutup : 3 Disember 2007

(Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga)


SELAMAT MENCUBA & SEMOGA BERJAYA!!!

UNIT KERJAYA NISA'WP ~ YOUR FUTURE, OUR CONCERNS!!

Wednesday, November 21, 2007

NISA'WP LAHIRKAN DREAM TEAM!!

NISA` WP telah melalui pelbagai pahit manis dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kepada ahli-ahli NISA` dan masyarakat khususnya wanita bermula daripada Rebranding Nisa’WP sehinggalah ke saat ini. Sepanjang tempoh itu, pelbagai kelemahan dan kelebihan penggerak NISA’WP dapat dikenalpasti. Bagi memastikan gerak kerja yang lebih mantap dan tersusun serta disulami dengan ukhuwah Islamiyah yang suci, Nisa’ WP telah mengatur satu program khas untuk penggerak Nisa’WP seluruh WP yang dinamakan NISA’WP DREAM TEAM. NISA’WP DREAM TEAM yang berlangsung pada 17 hingga 18 November 2007. Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada penggerak NISA` setiap kawasan sekitar Wilayah Persekutuan telah berkampung selama 2 hari malam di Kuang, Selangor.
NISA’ WP menggariskan matlamat dalam program kali ini iaitu untuk memantapkan gerak kerja Nisa` WP diperingkat Wilayah Persekutuan dan kawasan di samping memberi kefahaman yang jelas tentang matlamat dan hala tuju NISA’.
Program ini diisi dengan pelbagai pengisian dan tajuk yang mantap seperti Konsep organisasi dan Ciri-ciri organisasi cemerlang yang menjelaskan kepada para peserta cara-cara untuk membentuk sebuah organisasi yang cemerlang dan meningkatkan kualiti gerak kerja dalam organisasi secara lebih sistematik yang disampaikan oleh Ustaz Idris Ahmad.
Selain itu, satu slot bertajuk Kepimpinan yang disampaikan oleh Ustazah Hasrina, telah memberi impak yang berkesan kepada peserta mengenai konsep kepimpinan yang sebenarnya dan mengenali ciri-ciri pemimpin dan persediaan untuk menjadi seorang pemimpin yang cemerlang.
Dalam mendepani cabaran kota metropolitan ini, penggerak Nisa’ perlu lebih bersedia dan melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan supaya gerak kerja akan lebih tersusun. Menyedari keperluan ilmu pengurusan ini, Nisa’WP mengundang Dr.Hamdan Syukur bagi memberikan panduan kepada peserta dalam memandu organisasi NISA’ ke arah yang lebih jelas dan tersusun. Penyampaian bertajuk Pengurusan Strategik, berjaya membuka minda NISA’ dalam menentukan corak pengurusan yang lebih terancang.
Selain pengisian ceramah yang menarik, program kali ini turut diisi dengan aktiviti riadah dan santai seperti sessi suai kenal antara peserta program dan Exco Nisa’WP, Latihan Dalam Kumpulan (Brainstroming 3 unit dalam Nisa’, Brainstorming Isu Semasa), Qiamullail, Kuliah Subuh, Tazkirah Berantai, Ramah Mesra Bersama BONDA NISA’, Forum ‘Khidmat Nisa’ buat BONDA’ dan sessi belajar berenang bersama Dr Rosni – Timbalan Pengarah Nisa’ Malaysia.
Program ini diakhiri dengan slot terakhir, yang begitu bermakna kepada para peserta iaitu Heart to Heart - Sharing Session bersama Pengarah NISA` Wilayah Persekutuan iaitu Puan Hani Ali. Pelbagai komen dan kritikan diterima daripada peserta dan pihak Exco Nisa’WP menerimanya dengan berlapang dada. Program ini diakhiri dengan Lambaian Ukhuwah. Para peserta bersalam-salaman antara satu sama lain sebelum meninggalkan tapak program sekitar jam 5.30 petang.
Melalui program NISA` WP DREAM TEAM ini, ia dapat memberi seribu satu manfaat melalui pengisian-pengisiannya yang mana merangkumi aspek dunia dan akhirat. Dan, yang paling penting adalah untuk melahirkan para pelapis NISA` yang akan memartabatkan dan memantapkan lagi organisasi NISA` Wilayah Persekutuan pada masa akan datang.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta dan AJK-AJK yang telah menjayakan program NISA` WP DREAM TEAM ini.

“Mantapkan Iltizam, Semarakkan Perjuangan”

SUKARELAWAN NISA' DIPERLUKAN!!!

Unit Khidmat dan Kaunseling NISA’WP mengalu-alukan penyertaan NISA’ di Kota Metropolitan ini untuk turut bersama-sama NISA’WP menjalankan aktiviti kebajikan. Terkini, kami memerlukan sukarelawan untuk mengajar al Quran di Rumah Titian Kaseh di Taman Tasik Titiwangsa.
Aktiviti ini dirancang dalam menghidupkan nur Islam di sana. Kelas akan dibuat 2 kali seminggu antara jam 8.00 hingga 10.00 malam.
Anda akan ditugaskan untuk mengajar Al Quran kepada penghuni disana yang terdiri di kalangan adik-adik dari sekolah rendah dan menengah.
InsyaAllah sedikit sagu hati akan diberikan... satu saluran menjana pendapatan, apatah lagi di akhirat sana pendapatan kita lagi berganda.
Justeru tunggu apa lagi NISA’ sekalian?? sambutlah tawaran ini!!.. Lagi ramai, lagi meriah dan agihan tugas lebih mudah.
Semoga rahmat Allah SWT menaungi kalian. Hubungi UKK melalui talian 019-6901016, 0148492029, 016-3672961.

Tuesday, November 20, 2007

Talkshow Nisa' Wilayah Persekutuan




Talkshow Nisa' Wilayah Persekutuan,
kembali menemui anda!
Kali ini dengan tajuk dan ahli panel yang 'manthop'.
Jangan ketinggalan!
Datang beramai-ramai memeriahkan Talkshow Nisa' kali ini!

Anda pasti TERUJA..
"Kerana Dirimu Begitu Berharga...."


Friday, November 16, 2007

JOM JOIN KELAB BOLA TAMPAR!!!


Sertai
KELAB BOLA TAMPAR NISA’WP
Dalam

LATIHAN KECERGASAN
(Fitness Training)

Bimbingan SARJAN FARIDAH

Pada 24 NOVEMBER 2007
7.45 am
di TAMAN KLCC

NISA' GARDEN TALK... dlm Majalah MUSLIMAH



Thursday, November 15, 2007

UNIT KHIDMAT & KAUNSELING

Anda ada masalah peribadi? Kami bersedia menjadi pendengar setia masalah anda. Luahkan masalah anda. Mungkin kami dapat membantu mencari jalan penyelesaian... Khidmat nasihat undang-undang, dietition, kesihatan, perakaunan, kewangan, pendidikan dan sebagainya.... Kami Sahabat yang mendengar............

UNIT KERJAYA NISA' WILAYAH PERSEKUTUAN

Anda sedang mencari pekerjaan?
Unit Kerjaya Nisa' WP akan cuba membantu anda mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Daftarlah sebagai ahli Nisa' WP!! Anda akan kami hubungi segera sekiranya ada kekosongan dalam mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.
Anda minat berniaga? Ingin memulakan perniagaan?
Unit Kerjaya Nisa'WP mungkin boleh membantu anda. Daftarlah sebagai ahli Nisa' WP. Kami akan aturkan kursus keusahawanan, memberi khidmat nasihat dan memberi galakan untuk terus maju dalam bidang perniagaan.
Apa tunggu lagi? JOM JOIN NISA' WP!!!!!
Hubungi:Mai Suharah0192135353
Ketua Unit Kerjaya Nisa' WP

UNIT PEMBANGUNAN INSAN

Pelbagai aktiviti menarik boleh anda sertai. Kemukakan cadangan anda, mungkin kami boleh realisasikan aktiviti impian anda. JOM JOIN NISA' !!!!

Wednesday, November 14, 2007

TERBARU DI PASARAN!!

DAPATKAN MAJALAH MUSLIMAH KELUARAN TERBARU.
ANTARA YG MENARIK....
COVERAGE NISA' GARDEN TALK: 'LOVE IS CINTA'
AKAN BERADA DI PASARAN PADA 15 NOV INI...
Sekiranya Muslimah tiada di tempat anda, hubungi 0192135353.

UNIT KERJAYA ~ VACANCIES

Accounts Assistant

Requirement:
LCCI / Diploma / Degree in Accounting
Knowledge in accounting software

Trading company
Female

Based on Taman Maluri
Send your application and resume to
Unit Kerjaya Nisa’WP at
maisuharah@yahoo.com
or contact 0192135353 for more details.


NISA’WP CAREER UNIT ~ YOUR FUTURE, OUR CONCERNS

UNIT KERJAYA ~ VACANCIES

Few vacancies in FEC International Sdn Bhd

1. IT

well verse in networking, C++, VB
Few years experience in software development, IT project

2. Engineering dept
Degree in any engineering field

3. Sales/marketing
Degree in any field

Those who are interested please email me your CV at

shaibi@fecinc.com.my/shaibi@ hotmail.com


NISA’WP CAREER UNIT ~ YOUR FUTURE, OUR CONCERNS

Sunday, November 11, 2007

NISA' EXPLORACE 2007 BERJAYA!!

NISA’ EXPLORACE 2007 disempurnakan dengan jayanya oleh NISA’ Wilayah Persekutuan pada 8 November 2007 bertempat di SMK Sri Saujana. Seramai 40 orang sukarelawan Nisa’ melibatkan diri dalam program ini sebagai CREW. Explorace yang disertai oleh 10 kumpulan berjumlah 60 orang pelajar dari ASPURI SMK Sri Saujana ini diisi dengan pelbagai cabaran fizikal dan mental yang berjaya menarik minat peserta explorace.
Cabaran explorace dimulakan pada jam 10 pagi dengan semua kumpulan dilepaskan serentak di Petak Mula oleh Pengarah NISA’WP, Pn Hani Ali. Antara cabaran explorace sulung NISA’ WP ini ialah Do It Yourself, Who Is Your Leader??, Pulau Impian, Love Test, Dare To Challenge, Kukur Kelapa – Perah Santan, Test Your Determination, Selamat Hari Raya, Ingat-ingat Lupa, Secret Agent Code & The Final Challenge. 11 PIT STOP disediakan oleh NISA’ CREW dan di setiap PIT STOP mereka diberikan soalan ‘MAUT’ untuk dijawab sebelum sampul tugasan PIT STOP diserahkan.

Kumpulan 2 muncul kumpulan pertama sampai ke Hentian Penamat setelah menyudahkan keseluruhan 11 cabaran NISA’ EXPLORACE 2007. Explorace yang berlangsung selama 3 jam ini tamat pada jam 1 tengahari.

Sejurus selepas explorace tamat, satu majlis penutup dan penyampaian hadiah dijalankan. Dalam majlis penutup ini, NISA’WP diberikan satu slot khas oleh pihak asrama untuk memperkenalkan Nisa’. Nisa’ melalui pengarah NISA’WP bersama-sama ketua-ketua Unit Pembangunan Insan, Kerjaya dan Khidmat & Kaunseling berjaya memberikan penyampaian yang berkesan.

Pn. Noraiza, dalam ucapan penutup mewakili pihak asrama merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada NISA’WP di atas kesudian NISA’WP menerima undangan mereka bagi menganjurkan explorace ini. Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh CREW NISA’ berjaya meyakinkan pihak asrama untuk melanjutkan kerjasama antara NISA’WP dan ASPURI Sri Saujana dalam menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat untuk penghuni asrama.

Majlis tamat pada jam 3 petang selepas sessi penyampaian hadiah. Hadiah disampaikan oleh Pn Noraiza untuk semua peserta termasuk CREW NISA’. Semoga usaha ini diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. NISA’WP ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada Pn Noraiza dan pihak sekolah atas kepercayaan yang diberikan terhadap NISA’WP. Ucapan terima kasih dan penghargaan juga diberikan seluruh CREW NISA’ EXPLORACE 2007 atas kerjasama dan komitmen mereka dalam explorace kali ini. InsyaAllah kita berjumpa lagi dalam siri explorace yang akan datang.



Mai Suharah Basaruddin
Coordinator
NISA’ EXPLORACE 2007 – SRI SAUJANA

Monday, November 5, 2007

JOIN NISA' EXPLORACE CREW NOW!!

NISA' EXPLORACE yang pertama
bakal diadakan pada
8 NOVEMBER 2007
di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Explorace yang bakal berlangung bermula jam 9 pagi
itu akan disertai oleh peserta sekitar Sri Petaling.

Ahli NISA' diseru menyertai
NISA' EXPLORACE CREW
bagi membantu melancarkan lagi program ini.

Kami masih kekurangan tenaga untuk menyelaras aktiviti PIT STOP. Semoga dengan penyertaan anda akan memeriahkan lagi Explorace ini dan seterusnya dapat mengeratkan ukhuwah antara kita.

Berminat??!! Hantarkan NAMA ANDA,
TEMPAT TINGGAL & NOMBOR UTK DIHUBUNGI
KE 0192135353
contoh: MAI SUHARAH SEGAMBUT 0192002020
Drp:
Mai Suharah
Head Coordinator Nisa' Explorace
0192135353