Wednesday, November 21, 2007

SUKARELAWAN NISA' DIPERLUKAN!!!

Unit Khidmat dan Kaunseling NISA’WP mengalu-alukan penyertaan NISA’ di Kota Metropolitan ini untuk turut bersama-sama NISA’WP menjalankan aktiviti kebajikan. Terkini, kami memerlukan sukarelawan untuk mengajar al Quran di Rumah Titian Kaseh di Taman Tasik Titiwangsa.
Aktiviti ini dirancang dalam menghidupkan nur Islam di sana. Kelas akan dibuat 2 kali seminggu antara jam 8.00 hingga 10.00 malam.
Anda akan ditugaskan untuk mengajar Al Quran kepada penghuni disana yang terdiri di kalangan adik-adik dari sekolah rendah dan menengah.
InsyaAllah sedikit sagu hati akan diberikan... satu saluran menjana pendapatan, apatah lagi di akhirat sana pendapatan kita lagi berganda.
Justeru tunggu apa lagi NISA’ sekalian?? sambutlah tawaran ini!!.. Lagi ramai, lagi meriah dan agihan tugas lebih mudah.
Semoga rahmat Allah SWT menaungi kalian. Hubungi UKK melalui talian 019-6901016, 0148492029, 016-3672961.

No comments: