Sunday, November 11, 2007

NISA' EXPLORACE 2007 BERJAYA!!

NISA’ EXPLORACE 2007 disempurnakan dengan jayanya oleh NISA’ Wilayah Persekutuan pada 8 November 2007 bertempat di SMK Sri Saujana. Seramai 40 orang sukarelawan Nisa’ melibatkan diri dalam program ini sebagai CREW. Explorace yang disertai oleh 10 kumpulan berjumlah 60 orang pelajar dari ASPURI SMK Sri Saujana ini diisi dengan pelbagai cabaran fizikal dan mental yang berjaya menarik minat peserta explorace.
Cabaran explorace dimulakan pada jam 10 pagi dengan semua kumpulan dilepaskan serentak di Petak Mula oleh Pengarah NISA’WP, Pn Hani Ali. Antara cabaran explorace sulung NISA’ WP ini ialah Do It Yourself, Who Is Your Leader??, Pulau Impian, Love Test, Dare To Challenge, Kukur Kelapa – Perah Santan, Test Your Determination, Selamat Hari Raya, Ingat-ingat Lupa, Secret Agent Code & The Final Challenge. 11 PIT STOP disediakan oleh NISA’ CREW dan di setiap PIT STOP mereka diberikan soalan ‘MAUT’ untuk dijawab sebelum sampul tugasan PIT STOP diserahkan.

Kumpulan 2 muncul kumpulan pertama sampai ke Hentian Penamat setelah menyudahkan keseluruhan 11 cabaran NISA’ EXPLORACE 2007. Explorace yang berlangsung selama 3 jam ini tamat pada jam 1 tengahari.

Sejurus selepas explorace tamat, satu majlis penutup dan penyampaian hadiah dijalankan. Dalam majlis penutup ini, NISA’WP diberikan satu slot khas oleh pihak asrama untuk memperkenalkan Nisa’. Nisa’ melalui pengarah NISA’WP bersama-sama ketua-ketua Unit Pembangunan Insan, Kerjaya dan Khidmat & Kaunseling berjaya memberikan penyampaian yang berkesan.

Pn. Noraiza, dalam ucapan penutup mewakili pihak asrama merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada NISA’WP di atas kesudian NISA’WP menerima undangan mereka bagi menganjurkan explorace ini. Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh CREW NISA’ berjaya meyakinkan pihak asrama untuk melanjutkan kerjasama antara NISA’WP dan ASPURI Sri Saujana dalam menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat untuk penghuni asrama.

Majlis tamat pada jam 3 petang selepas sessi penyampaian hadiah. Hadiah disampaikan oleh Pn Noraiza untuk semua peserta termasuk CREW NISA’. Semoga usaha ini diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. NISA’WP ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada Pn Noraiza dan pihak sekolah atas kepercayaan yang diberikan terhadap NISA’WP. Ucapan terima kasih dan penghargaan juga diberikan seluruh CREW NISA’ EXPLORACE 2007 atas kerjasama dan komitmen mereka dalam explorace kali ini. InsyaAllah kita berjumpa lagi dalam siri explorace yang akan datang.



Mai Suharah Basaruddin
Coordinator
NISA’ EXPLORACE 2007 – SRI SAUJANA

No comments: