Tuesday, December 29, 2009

Jom ke Konvensyen Nisa` Wilayah

Dijemput semua ahli-ahli Nisa` Wilayah,adik-adik remaja yang ingin menyertai Nisa`, akak-akak dan ibu-ibu ke :

KONVENSYEN NISA` WILAYAH
TARIKH : 10 JANUARI 2010 / 24 MUHARAM 1431 HIJRAH (AHAD)

TEMPAT : DEWAN SRI ALAM, ANJUNG RAHMAT, GOMBAK
MASA : 8.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI


ANTARA YANG MENARIK :
1)Talkshow Nisa`, bertajuk : "Bidadari Cemburu Padamu..."
2)Persembahan Nasyid dan Deklamasi Sajak "Seindah Bidadari Syurga"

3)Pembahagian Kad Keahlian Nisa`
4)Cabutan Bertuah
5)Cenderahati kepada semua yang hadir

Tempat adalah terhad untuk 200 orang peserta!!
MASUK ADALAH PERCUMA!!
SARAPAN PAGI DAN MAKAN TENGAHARI TURUT DISEDIAKAN


" Kerana Dirimu Begitu Berharga"
Hubungi Segera:

013 200 9426 (Azi) atau 017-353 3468(Yani)

Saturday, December 5, 2009

Seminar Masyarakat Majmuk-terima kasih!

Alhamdulillah, dengan izin dan inayahNYA, tanggal 22 November 2009 bersamaan 5 Zulhijjah 1430H yang lalu telah berlangsungnya Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk Siri 1. Program anjuran bersama antara Nisa’ WP dan PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan ini telah diadakan di Dewan Seminar Masjid As- Syakirin, KLCC. Ianya telah dirasmikan oleh Encik Mathurudi bin Rejab yang merupakan Ahli Jawatankuasa PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan. Dalam ucapannya, beliau menyatakan tentang keperluan mendekati masyarakat melalui wadah yang betul dan menyeru pada semua terutamanya kaum Adam agar lebih peka dengan masalah yang menimpa umat Islam hari ini.

Hadirin kemudiannya dihidangkan dengan santapan rohani oleh Ustaz Rashidy Jamil Muhammad Ar-Rasyid, yang merupakan Presiden Tuan Sharifah Islamic Foundation. Ustaz Rashidy telah menyampaikan ceramah yang bertajuk: Kewajipan Berdakwah Dan Cabarannya Pada Abad ke-21.

Penceramah telah memulakan ceramahnya dengan menerangkan cabaran abad sekarang yang realiti persekitaran tidak dapat membantu untuk membentuk Hujjatul Islam. Ditambah pula dengan rancangan televisyen yang berbeza dengan zaman dahulu yang terlalu banyak meyiarkan rancangan berunsur hiburan. Cabaran bertambah dengan tindakan Missionary Kristian yang membaca dan menghafal Al-Quran dan memurtadkan umat Islam dengan menggunakan ayat Al-Quran.

Sesi seminar diteruskan lagi dengan penceramah jemputan yang kedua iaitu oleh Tuan Haji Kamaruddin Abdullah atau lebih dikenali dengan Brother Kamaruddin adalah merupakan Presiden IPSI. Dalam waktu yang singkat, beliau berjaya membawa hadirin mendalami halatuju dakwah dalam kehidupan masyarakat majmuk.

Memulakan ceramahnya dengan ayat daripada Al Quran iaitu surah Al-Fushilat, Surah ke 41 dan ayat ke 33 yang bermaksud “Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada ALLAH dan mengerjakan kebajikan dan berkata “Sungguh, aku termasuk orang muslim (yang berserah diri)”. Beliau menyeru kepada semua hadirin supaya sentiasa bersikap terbuka kepada orang bukan Islam dan menegaskan tentang janji Allah s.w.t berupa ketenangan dan keyakinan ke dalam hati orang-orang yang menyampaikan seruan Islam kepada orang bukan Islam.

Penceramah telah mengupas bagaimana cara untuk berdakwah iaitu dengan hikmah dan pelajaran yang baik. Makruf yang utama ialah mengesakan Allah s.w.t dan mengajak manusia ke arah kebaikan. Manakala mungkar yang utama ialah syirik kepada Allah s.w.t. Seiring dengan ayat daripada Surah An-Nahl, ayat ke 125 yang bermaksud “serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk” Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud “Apabila Allah menggunakan kamu untuk memberi hidayah kepada seseorang maka itu lebih baik dari unta – unta merah”.

Kenapa perlu berdakwah? Penceramah mengupas soalan tersebut dengan menerangkan perlunya dakwah kerana ianya adalah tugas setiap Muslim , tanggungjawab dan tuntutan semasa. Benteng utama untuk menghalang dakwah kristian ialah encounter semula dakwah mereka. Kristianisasi telah tersebar ke serata dunia yang bermatlamatkan untuk meramai penganut kristian yang sesat ini.

Seminar ini telah diakhiri dengan sesi soal-jawab dan jamuan tengah hari. Tahniah dan terima kasih yang terhingga kepada semua urusetia dan peserta yang terlibat dalam menjayakan seminar ini.

Insya Allah siri kedua Seminar Dakwah Masyarkat Majmuk akan menyusul pada bulan Januari 2010. Semoga mutiara-mutiara ilmu yang telah disampaikan dalam seminar ini dapat dimanfaatkan bersama. Diharapkan program seumpama ini boleh mengisi ruang-ruang vakum dalam situasi masyarakat yang amat dahagakan pengisian rohani seterusnya dapat menyebar luaskan kesyumulan dan keindahan Islam dimata dan dihati masyarakat Islam khususnya dan masyarakat majmuk amnya.

December babies!

Salam semua!

Pejam celik pejam celik dah bulan Disember..bulan ni juga kita akan menyambut tahun baru 1431H.Jom tengok siapa lahir dalam bulan ni:


NUR RASHIDAH AHMAD RASHIDI 1 DIS
NOR IDAYU MUHAMMAD NOR 1 DIS
NURUL BAIZURIANA MAT SHAPIAN 1 DIS
Huwaina Abdul Satar 2 DIS
NURUL IZZA ABDUL MALEK 2 DIS
NOR FAZRIAH ABDUL SUBHAN 3 DIS
NUR SADIQAH MOHD DESA 4 DIS
Masnor Mat Daud 4 DIS
Nor Ismalina Isnan 5 DIS
Atikah Jamaluddin 6 DIS
Safraizah Abdul Aziz 6 DIS
Nor Fauzani Taib 9 DIS
NOR AZIYATI ASHARY 11 DIS
FARAH NADIA MOHD NUR FAHMI SOM 12 DIS
EMILLIA RAMDZAN 12 DIS
NORHAFIZA MOKHTAR 12 DIS
ZURAINA TAMRIN 12 DIS
NURUL AMANI ROSLI 14 DIS
HAZWANI ABD KADIR 14 DIS
Norzawani Jaffar 14 DIS
MARLIANA HJ ADNAN 15 DIS
LAILI MASTURA BINTI MANSOR 16 DIS
UMMU SALAMAH HJ MUSTAPA KAMAL 17 DIS
Nurul Athirah Amran 18 DIS
SITI ASMA AZA ZAM ZAM HJ ALI 20 DIS
SITI ROSMA AZA ZAM-ZAM HJ ALI 20 DIS
SITI ZURAIDA MD TADJUDIN 20 DIS
Farah Hazwani Hamdan 23 DIS
Shahidra Abd Khalil 25 DIS
SITI FARHAH ABD KARIM 26 DIS
ZAURIN ISHAK 26 DIS
SHARIFAH NOOR SYED AZMAN 28 DIS
NURUL AINI MOHD TAWI 28 DIS
NOR AQILA ABD AZIZ 28 DIS
ASHWIDA MD RAWI 28 DIS
NUR HUSNA AMIRUDDIN 29 DIS

Selamat hari lahir!!

Monday, November 16, 2009

Training badminton -November

Jangan ketinggalan menyertai training badminton Nisa' WP bulan ini!
 
24 November 2009 (Selasa)
 
Dewan DBKL Desa Tasek, Bandar Tasik Selatan
 
8-10 malam

Wednesday, November 4, 2009

"SERVE AND CARE WITH LOVE" - part 1

"Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk - Siri 1"
Tarikh : 22 November 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 pg - 2.00 ptg
Tempat : Masjid Asy-Syakirin, KLCC
Ahli panel :
1) Ustaz Rashidy Jamil (Pengasas Tuan Sharifah Islamic Foundation, Pendakwah Bebas)
2) Brother Kamarudin (Pengasas Islamic Propagational Society International, Penerima Anugerah Muslim Terbaik 2009)

Berminat? Sila hubungi untuk mendaftar :
Syuhada (019-7516020)
Shikin (013-2222589)
JUMPA DI SANA YA!

Sunday, November 1, 2009

Hi Tea Tautan Kasih

"Wahai orang-orang yang beriman!Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan(wasilah) yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya), dan berjuanglah pada jalan Allah(untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan" - Surah Al Maidah : Ayat 35Alhamdulillah dengan izin dari Allah Yang Maha Agung, baru-baru ini telah dilaksanakan program Hi Tea Tautan Kasih. Program ini telah berjaya mengumpulkan NGO-NGO Wanita sekitar Wilayah Persekutuan.Program anjuran Wanita JIM KL ini mempunyai matlamat yang tersendiri dalam mentautkan hati dan kasih sayang antara sesama aktivis wanita gerakan Islam Kota Metropolitan.Sekalung penghargaan buat Wanita JIM KL kerana sudi menjemput wakil daripada AJK Nisa` Wilayah untuk hadir.

Terima kasih pada Allah S.W.T kerana melalui program tersebut, kami dapat mewujudkan satu wadah untuk terus berkerjasama dalam memantapkan lagi penyampaian risalah Islam kepada wanita dan remaja perempuan khususnya sekitar Wilayah ini.Bertemakan "Eratkan Ukhuwah Gerak Islah", program ini membawa satu momentom baru untuk kami terus bersama, bersatu padu dalam menggalas amanah dari Allah S.W.T.Sesungguhnya nikmat persaudaraan yang telah dirasai membawa semangat baru kepada kami.Betapa Agungnya Allah kerana melahirkan para pendokong gerakan Islam yang sanggup berkorban tanpa mengenal erti penat dan jemu.

Berkorban tanpa mengharap apa-apa balasan dari manusia, kerana Redha Allah yang menjadi matlamat utama...
Antara badan NGO wanita yang hadir adalah daripada WIRDA, AN NIDA`, HEWI ABIM, dan juga WANITA JIM kawasan-kawasan.Insyaallah, semoga selepas ini kita dapat bergabung tenaga dan bersatu dalam menyemarakkan lagi program-program islah kepada wanita-wanita di luar sana yang dahagakan ilmu Islam dan kasih sayang daripada kita.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.Allah yang memiliki hati manusia, dan sama-sama kita tingkatkan doa dan usaha.
AJK Nisa` WP bersama Pengarah Nisa` Malaysia, Dr Rosni Bt Adam

Tuesday, October 27, 2009

Jalan-jalan Raya Nisa' WP

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, program Jalan Jalan Raya Nisa` WP 2009 di sepanjang syawal telah berjalan dengan jayanya.Walaupun masing-masing mempunyai komitmen kerja dan program-program lain di hujung minggu, namun atas dasar ukhuwah kerana Allah, program ini berjaya memantapkan lagi ukhuwah antara Nisa` seluruh Wilayah Persekutuan. Memetik sepotong hadis daripada Rasulullah S.AW yang diriwayatkan oleh Tabrani, "Kasihanilah siapa yang di bumi supaya kamu akan dikasihi oleh siapa yang di langit". Ini menjelaskan bahawa pentingnya hubungan kasih sayang sesama manusia dalam mengecapi kebahagiaan hidup dan dalam mencari keredhaan Allah S.W.T. Nikmat Kasih sayang yang terjalin sesama manusia adalah merupakan salah satu rahmat yang besar, dikurniakan oleh Yang Maha Pengasih dan Penyayang kepada hamba-hambaNya.

JJR NISA` WP kali ini membuka tirainya dengan berkunjung ke Putrajaya.Tahniah dan syabas kepada Nisa` Putrajaya kerana telah berjaya melaksanakan program ini walaupun baru beberapa bulan Nisa` Putrajaya ditubuhkan.Dan, kami dihidangkan dengan hidangan laksa penang, nasi himpit, kek coklat dan pelbagai jenis biskut dan kuih dirasai.Juadah yang dihidangkan bukanlah menjadi perkara utama, akan tetapi ikatan ukhuwah antara AJK-AJK Nisa` dapat dijalinkan supaya lebih utuh dan jitu.

Seterusnya, JJR diteruskan ke Rumah Kak Yana, yang merupakan AJK Unit Sukan dan Rekreasi (USR) Nisa` WP. Walaupun berbadan dua, Kak Yana masih sempat menyambut kami dengan menghidangkan dengan hidangan yang menyelerakan dan yang PALINH berharga adalah senyuman yang manis dan ikhlas dari tuan rumah.JJR NISA` WP ketiga pula bertandang ke Rumah Kak Siti di Sentul Timur.Kak Siti merupakan salah seorang AJK Nisa` WP dan juga AJK Nisa` Batu. Apa yang menarik adalah kami disajikan dengan Yong Tau Fu, yang jarang-jarang sekali menjadi menu Rumah Terbuka. Jika kita lihat dan renungkan sejenak, alangkah besarnya nikmat Allah kepada hambanya kerana pelbagai jenis makanan terdapat di muka bumi Allah ini.Macam- macam ada, macam-macam kita boleh nikmati, dan yang paling penting carilah yang halal.
Dalam merealisasikan JJR NISA` WP, Nisa` Bandar Tun Razak pula mengadakan Jamuan Raya pada 16 Oktober .Alhamdulillah, dapatlah kami berkenalan dengan lebih dekat AJK-AJK Nisa` Bandar Tun Razak.Kami juga terkejut dengan puluhan pelajar yang hadir bertandang, dan rupanya pelajar-pelajar tersebut merupakan anak murid kepada Ketua Nisa` BTR, iaitu Cikgu A`isyah.Suasana riang ria raya kami rasai di sini. Penutup tirai JJR NISA` WP pada kali ini bertandang ke Jamuan Raya Nisa` Wangsa Maju. Jamuan yang diadakan pada 21 Oktober baru-baru ini telah berjaya menggamit lebih kurang 80 orang pengunjung.AJK- AJK Nisa` dari pelbagai kawasan menyerikan jamuan tersebut. Jamuan tersebut juga sempena meraikan salah seorang AJK Nisa` Wangsa Maju yang akan berpindah ke Terengganu.Moga selepas ini, saudari Rusyi dapat menyambung amanah dan berkhidmat dengan Nisa` Terengganu.Insyaallah.
Begitulah serba sedikit coretan mengenai program Jalan-Jalan Raya NISA` WP 2009 yang telah berjaya dilaksanakan dengan izin Allah S.W.T.Allah Ya Muqtadir, Allah Yang Maha Menentukan.Menentuk an segala sesuatu berlaku..Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan program ini sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Sesungguhnya hanya Allah S.W.T sahajalah yang dapat membalas jasa baik dan pengorbanan yang telah dilakukan.Akhir bicara, moga kita semua dapat merasai kemanisan berukhuwah kerana Allah S.W.T.Ukhuwah yang terjalin inilah yang bakal menyatu padukan kita dan menjadikan kita untuk terus bersemangat menjalankan kerja-kerja Islam khususnya di Kota Metropolitan yang begitu mencabar ini. Ukhuwah fillah abadan abada…

Penutup bicara, perkongsian kata-kata hikmah daripada Saidina Umar r.a :

"Tidak ada suatupun yang paling berharga yang dimiliki oleh seorang insane selepas nikmat Islam selain teman yang soleh….Apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya, maka peganglah ia sungguh-sungguh".

Friday, October 23, 2009

Belasungkawa - Nur Fatimah

Assalamualaikum wbt,
 
Nisa' Wilayah Persekutuan dengan ini mengucapkan takziah kepada Kak Khadijah( Timbalan Pengarah 2 Nisa Malaysia) dan Ustaz Ramadhan Fitri atas pemergian puteri mereka, Nur Fatimah pada hari Rabu lepas, kira-kira jam 6.20 pagi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ibu bapanya diberi ketabahan dan keredhaan-Nya. AlFatihah.
 
                http://www.saifulislam.com/
                 
 
 

Training badminton-27 Oct and 3 Nov

Pembetulan utk jadual badminton di bawah -
 
Sepatutnye 27 October & 3 November ye.. maaf typo :)

Sunday, October 18, 2009

Training badminton bulan ni & bulan depan :)

27 Okt - Dewan DBKL, Desa Tasek
5 Nov - Dewan DBKL, Desa Tasek

Jumpa di sana!


Thursday, October 1, 2009

Harijadi bulan Oktober!



Fadilah Othman 2 OKT
NUR AMIRRA MD YUSOF 2 OKT
NURUL AKMANIDAR ZAINUDDIN 2 OKT
Norazlinah Abdul Rahman 2 OKT
Maryam Thoraya Arifin 3 OKT
Siti Syahira Shaari 3 OKT
FARHANA ABDUL RAZAK 4 OKT
Natasha Roslan 6 OKT
ILVIRA MOHD DASUKI 8 OKT
MILA MUALLIFAH SUMARNA 8 OKT
MARDZIAH MOHAMAD 11 OKT
Siti Hajar Mohamad Noor 12 OKT
Nor Hasyimah Harun 14 OKT
NUR ADIRAH BT ISMAIL 16 OKT
ASMAA NAFEESA RAMZI 18 OKT
NOR HAFIZAH MD YAAKOB 18 OKT
NUR ADIBAH MOHD ZAINAL ABIDIN 18 OKT
Intan Rafidah Yasin 19 OKT
FAIZAH ISMAIL 20 OKT
Latifah Mat Aroff 21 OKT
Norrul Afzan Zainal Abidin 23 OKT
Siti Zubaidah Abas 23 OKT
SULAIHA MOHD KASIM 23 OKT
Siti Asmah Yusof 26 OKT
Iryani Abdul Rahman 27 OKT
Nazalina Mohamed Nawawi 28 OKT
NOR AISYAH MALIK 29 OKT

Friday, September 18, 2009

Ucapan Raya Pengarah Nisa' WP


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.


Alhamdulillah dengan izin dan rahmat dari Allah S.W.T, kita semua telah melepasi medan pentarbiyahan di bulan Ramadhan yang penuh barakah dan maghfirah. Moga Ramadhan pada kali ini menjadikan kita seorang hamba yang bertambah baik dari segi iman dan akhlak kita. Sesungguhnya Ramadhan yang telah berlalu, pasti dirindui dan marilah kita sama-sama doakan agar kita semua terpilih untuk betemu Ramadhan di masa akan datang.Insyaallah.


Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, saya sebagai Pengarah Nisa` Wilayah dan semua AJK-AJK Nisa` Wilayah Persekutuan ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua ahli-ahli Nisa` Wilayah yang menjadi tunjang perjuangan kami, semua AJK dan ahli-ahli Nisa`kawasan-kawasan, dan tidak lupakan juga buat semua pengunjung setia blog Nisa` Wilayah ini. Salam Kemaafan jua daripada kami seandainya terdapat salah dan silap yang kami telah lakukan sepanjang kita bersama dalam Nisa` Wilayah Persekutuan ini. Moga Syawal ini diraikan dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah Yang Maha Agung.


Dan, marilah sama-sama kita membuktikan bahawa tarbiyah Ramadhan yang telah kita lalui membawa kita untuk terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan As Sunnah, serta marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Semoga impian untuk kita menjadi anak, isteri dan wanita solehah akan kita laksanakan bersama-sama. Kita laksanakan impian bersama.


Nantikan program yang menarik daripada Nisa` Wilayah selepas Raya nanti!


Salam Aidilfitri untuk semua …..
Syawal yang dinanti akan diraikan,
Pastinya dikongsi dengan ibu dan ayah,
Salam Aidilfitri & Salam Kemaafan kami ucapkan,
Pastinya Tulus Ikhlas daripada kami Nisa` Wilayah

Salam Ukhuwwah dan Kasih Sayang...


Achik Feeza
Pengarah Nisa' WP

Friday, September 11, 2009

Nisa Small Kindness @ Titiwangsa

updated with photos!!
Alhamdulillah, dengan izin Allah Ya Muqtadir, Allah Yang Maha Menentukan, Nisa` Titiwangsa kembali aktif dengan nafas dan semangat yang baru. Hadir dengan program sulungnya iaitu Nisa` Small Kindness, yang telah berjalan dengan jayanya pada 10 September 2009 di Darul Ummah.

Program kerjasama yang erat antara Nisa` Titiwangsa dan juga Nisa` Wilayah Persekutuan ini meraikan golongan armalah/ibu tunggal yang tidak berkemampuan. Dalam menyambut Syawal yang bakal kunjung tiba, visi NSK pada setiap kali Ramadhan adalah ingin membantu meringankan beban kehidupan.Walaupun sumbangan sedikit cuma, namun keikhlasan hati para penyumbang amat berharga untuk turut sama-sama menjayakan visi NSK pada kali ini.

NSK peringkat Wilayah Persekutuan pada Ramadhan kali ini akan diadakan di setiap peringkat Nisa` kawasan-kawasan sekitar Wilayah.Walaupun berada di kota metropolitan yang serba maju dan canggih ,namun masih ada lagi insan-insan yang kurang berkemampuan untuk menjalani kehidupan seperti insan lain.Semoga usaha murni ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.Insyaallah.

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga buat para penyumbang yang sudi memberikan sumbangan.Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya, dan moga sumbangan yang telah diberikan menjadi Bekalan saham di akhirat nanti.Akhir kalam, 2 rangkap pantun buat semua.

Perjalanan hidup perlu diteruskan
Kepada Allah mohon pengharapan
Nisa' Small Kindness dianjurkan
Moga dapat ringankan beban

Susah senang kita bersama
Indahnya Syawal jika dinikmati bersama-sama




SUSAH SENANG KITA BERSAMA..

p.s: Kepada Cik S/U, kami suka pantun awak yang dua rangkap tu.. hehe.. -admin

Thursday, September 10, 2009

Coming soon -NSK@BTR

Jom join!

Nisa Small Kindness @ Batu


Alhamdulillah.. pada 6 September yang lalu, program Nisa Small Kindness (NSK) telah berjaya diadakan di kawasan Batu. NSK tu apa? NSK ni program untuk mendekati masyarakat dan meringankan beban mereka dengan sedikit sumbangan.. hanya dengan matlamat memanjangkan hubungan persaudaraan sesama Islam dan berkongsi dengan mereka yang kurang berkemampuan.





Untuk laporan lengkap tentang NSK Nisa Batu, tungggguuuuu..!! -updated!

Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk Allah yang telah mengizinkan
'Nisa' Small Kindness' Nisa kawasan Batu, dijalankan dengan lancar dan jayanya pada 6hb. Sept. 2009 yang lepas.

Antara ahli yang hadir ialah Mariam, Nurazma, Rafiza, Zurina, Mastura, Zaminah (wakil Muslimat BBS- Wakil Lajnah WP dan kwsn Batu), Siti Zubaidah dan Rohana

Sebelum program pengedaran sumbangan dimulakan Haji Ismail yang juga merupakan Ketua Cawangan Pas Blok 207 Sentul, memulakan dengan bacaan doa selamat.

Kami tidak dapat menyampaikan sumbangan kepada penerima yang pertama kerana beliau ke pasar, jadi kami teruskan kerumah kedua iaitu rumah Encik Ghazali bin L.Akashah, Beliau adalah pesakit kencing manis, sudah pencen, sekarang keluarganya 5 orang di tanggung oleh anaknya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Pendapatan bulan Rm800 sebulan. Beliau menitiskan air mata ketika menerima sumbangan tersebut. Sebelum meninggalkan rumahnya kami akhiri dengan bacaan doa untuk pesakit mudah-mudahan Allah beri keringanan atas kesakitan yang ditanggungnya.

Kami juga gagal bertemu penerima yang ketiga kerana beliau telah keluar untuk berurut, penerima tersebut telah patah tulang belakang, tidak mampu menanggung keluarga kerana tidak mampu berkerja malahan tidak mampu untuk duduk.

Kami kemudian begerak ke Taman Dato' Senu, disana Kak Zaliha Ahmad
(Ketua Muslimat Cwgn Blok 207) menunggu kami untuk meneruskan sumbangan. Penerima keempat adalah seorang balu dan mempunyai anak OKU, beliau tidak pernah mendapat sumbangan dari mana-mana pihak.

Selepas itu kami bergerak kerumah penerima kelima iaitu Adik Muaz yang juga OKU, berumur 9 tahun. Beliau terpaksa bernafas melalui tiub. Sumbangan wang diberikan kepada ibu Muaz iaitu Puan Rohayah bt. Yunus, manakala beras dan wang diberikan kepada nenek Muaz sebelah ibunya yang juga sudah uzur. Atas persetujuan yang ada pada hari tersebut kami juga terpanggil untuk memberi sumbangan wang kepada Nenek Muaz sebelah bapanya yang juga hidup dalam kesusahan.

Memandangkan Nisa' Batu ada duit dan beras yang lebih kami meneruskan sumbangan kami ke Bandar Baru Sentul, sumbangan wang RM100 dan sekampit beras 5kg.

Akhirnya selesailah program NSK Nisa' Kwsan Batu. Sebelum bersurai, atas cadangan Mariam kami telah bersetuju untuk mengunjungi seorang saudara baru yang tinggal
di Kampung Chubadak Kawasan A iaitu makcik Fatimah bt Abdullah yang sudah lama memeluk Islam, mengamalkan hidup cara islam, tetapi beliau tiada saudara mara. Kini beliau tinggal bersama orang Myanmar dan mendapat sumbangan bulanan dari Baitulmal sebanyak RM250 sebulan.

Disinilah 'Nisa Small Kindness' Nisa' kawasan Batu betul-betul terserlah, kerana kami hanya mampu memberi sedikit bantuan wang ringgit bersama sekampit beras. Atas dasar persaudaraan sesama Islam kami wakil Nisa Kawasan Batu bergerak dengan penuh keikhlasan. Tetapi ada insan lain yang lebih mulia dan ikhlas hatinya dengan menyumbang wang dan beras untuk kami agihkan kepada mereka yang memerlukan. Walaupun mereka tidak ada ikatan persaudaran jauh namun mereka bertolong bantu kerana ISLAM. ALLAH HU AKBAR!

Kepada penerima sumbangan yang belum menerima akan diteruskan juga, dalam masa yang terdekat ini. InsyaAllah.. :)

Hadiah Dari Ramadhan: “Terapi Solat, Puasa Hebat”

Bersempena kedatangan bulan Ramadhan, Nisa’ Batu dengan kerjasama PERKIM Cawangan Sentul Timur mengambil inisiatif mengadakan talk show khusus membincangkan mengenai solat dan puasa pada 29 Ogos yang lalu.

Bertempat di Surau Al Islah Bandar Baru Sentul, Ustazah Nor Hafizah Musa bersama suami, Dr Azhar Yaacob diundang bagi memberikan pengisian mengenai tajuk berkenaan.

Program bermula dari jam 10 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari itu sarat dengan pengisian rohani, bersesuai dengan bulan yang penuh barakah ini.

Dalam program berkenaan, peserta yang terdiri daripada golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak dijelaskan mengenai kepentingan menjaga kesempurnaan solat, kusyuk dalam solat dan cara-cara mendapatkan kusyuk dalam solat.

Peserta juga diingatkan agar sentiasa mengerjakan solat pada awal waktu dan tidak meninggalkan solat walau dalam apa keadaan sekalipun.

Turut diberi penekanan mengenai kepentingan doa terutamanya dalam bulan Ramadhan ini selain amalan-amalan lain yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T.

Program berkenaan turut dihadiri penghuni rumah perlindungan Darul Saadah. Ini merupakan kali kedua mereka menerima jemputan ke program anjuran Nisa’ Wilayah Persekutuan.

Diharapkan program-program anjuran Nisa’ Wilayah Persekutuan dapat memberi manfaat kepada seluruh penghuni kota metropolitan ini dan dapat mendekatkan diri kita dengan Islam selain mengeratkan ukhuwah sesama kita.

Nantikan program-program yang lebih menarik pada masa akan datang.InsyaAllah..

Monday, September 7, 2009

September Babies!

Zunnur Idris 2 SEPT
TAJZELINA JUSOH@TAJUDIN 2 SEPT
Nor Azia Md Isa 2 SEPT
Noor Afizah Basarudin 3 SEPT
Nor Diyana Nor Meah 3 SEPT
SHAILAH ABDULLAH 7 SEPT
Kartini Ahmad 8 SEPT
NUR HAZIQAH ABDUL JALIL 8 SEPT
Nor Farzlina Nor Rizan 9 SEPT
ZAIWANA NGOJAR 10 SEPT
Nor Roshada Hashim 12 SEPT
Fakariah Hani Mohd Ali 13 SEPT
SYARUNZAINI RAZMA MD SAAD 15 SEPT
Zuriyati Ramli 15 SEPT
NORHAIDA OMAR 16 SEPT
Nur Zaireena Zainal 16 SEPT
Khairi Syutina Binti Mahmood 20 SEPT
MURNIRA ABIDIN 20 SEPT
NURATIQAH ISLAMIAH MOHD 21 SEPT
MAHHAYU ISMAIL 24 SEPT
SITI SALWA MURSIDI 27 SEPT
NUR AZREENA AHMAD RASHIDI 27 SEPT
ALIYA HADINI AHMAD NASARUDDIN 28 SEPT
NUR SYAFIQAH ABDULLAH ALI 28 SEPT
MASDALINA LOKMAN 29 SEPT
Hazwani Farhana Mustafa 30 SEPT
Wah..nampaknya ramai `big boss' kita lahir bulan ni ye.. istimewa untuk mantan big bos, Dr Hani.. mantan 3N, Kak Tini dan Pen Pengarah kita Kak Su..dan semua September babies..
SELAMAT HARI LAHIR :)

Friday, September 4, 2009

Perang di bulan Ramadhan

Oleh : M Zafiq (UNSW)

Pernahkah kita tertanya tentang sejarah yg pernah berlaku dlm bulan Ramadhan? Percaya atau tidak hampir kebanyakan peperangan yg pernah berlaku ketika dahulu dlm usaha menyebarkan atau mempertahankan Islam berlaku pd bulan yg mulia ini. Drpd zaman Muhammad s.a.w sehinggalah tersebarnya Islam dan menakluki 2/3 dunia, dan sehinggalah ke hari ini, siri2 peperangan yg cukup hebat dan bersejarah terus berlaku ketika tentera muslimin sedang berpuasa. SubhanAllah. Cukup hebat tentera muslimin. Inilah cara mereka berehat pada bulan Ramadhan, yakni dgn menyahut seruan jihad Allah.

Saya cukup berminat dgn sejarah terutamanya sejarah yg berkaitan dgn umat Islam sbb ianya banyak bersangkut paut pd diri kita jika kita benar2 menghayatinya. Malulah kita kalau kita tdk mengetahui ttg usaha2 dan sejarah2 yg pernah tercoret dgn darah umat Islam suatu ketika dahulu hanya semata2 ingin memastikan Islam itu sampai kpd kita. Dan bertambah malulah kita ambil acuh tak acuh ttg Islam yg telah sampai kpd kita pd hari ini.

Justeru, marilah kita ikuti beberapa siri peperangan yg sempat saya kupas dr beberapa artikel, dari awal tahun hijrah sehinggalah yg terkini. Semoga ianya menjadi ikhtibar dan semangat kpd kita menempuh Ramadhan yg mulia ini.

Perang Badr al-Kubra 17R/2H
Merupakan peperangan yg paling singkat, namun adalah peperangan yg paling hebat dlm sejarah umat Islam. Ianya merupakan peperangan yg memisahkan antara haq dan batil. 313 tentera muslimin vs 1000 kafir Quraish.

Permulaan panji Islam yang dijulang oleh Penghulu Syuhada Saidina Hamzah pada 4 Ramadhan tahun pertama Hijrah.

Orang yang berjuang demi mencapai keredhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Ali ‘Imran ayat 123 hingga 125." Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya".Persiapan Rasulullah dlm Perang AhzabDinamakan juga Perang Khandak (parit) kerana tentera Islam telah menggali parit yg sgt dalam di sekeliling kota Madinah sepanjang Ramadhan untuk menghalang tentera musuh dari menceroboh dan menyerang Madinah. Perang ini berlaku pd awal bulan Syawal tahun ke 5 Hijrah dan ini ada diceritakan dalam al-Qur'an di dalam Surah Al-Ahzab.

Pembukaan kota Mekah 10R/6H
Fathu Makkah. Umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya, dan manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Allah menyebutnya dalam Al Quran Surah Al Nasr.

Hari kehancuran berhala-berhala di Mekah 25R/9H
Nabi Muhammad SAW menyucikan Kota Mekah dengan memusnahkan 360 patung berhala di sekeliling Kaabah. Khalid Al Walid menghancurkan berhala yg paling agung dan besar, Al Uzza, sementara Amru Al-As menghancurkan berhala Suwa' dan Saad bin Zaid memusnahkan berhala Manat.

Perang Al-Qadisiyyah 9R/16H
Kemenangan besar Islam dalam peperangan Al Qodisiyyah yang dipimpin oleh Saad bin Abi Waqas. Tentera islam seramai 10,000 vs tentera Parsi 120,000 orang. Sejak dari itu, hancurlah empayar Parsi yg gah dan terkenal, dan Umar r.a memakaikan gelang Raja Kisra pada Suraqah bin Malik seperti yg dijanjikan oleh Rasulullah.

Bermulanya era keemasan Andalusia selama 700thn 9R/92H
Kemenangan Islam di bawah pimpinan Thoriq bin Ziad ke atas raja Rudrik di Sepanyol. 12,000 tentera Arab dan Barbar menetang 90,000 tentera Gothic pimpinan Raja Rudrick. Selepas tiba di daratan Sepanyol, Thariq bin Ziad membakar kapal2 tentera Islam dan menyahut "Kita telah membakar kapal2 kita, dan sekarang tiada apa yg boleh menyebabkan kita lari dr bertempur dgn tentera kufar, sekarang yg tinggal hanya kemenangan yg nyata atau syahid di jalan Allah". Tentera muslim yg bersemengat meggempur tentera Rudrick sehabis-habisnya sehinggalah mereka dikalahkan dgn teruk. Bukan shj raja Rudrick dan tenteranya mati dibunuh, bahkan Tariq bin Ziad berjaya memerdekakan Spain, Sicily (Itali) dan sebahagian Perancis.

Tariq ibn Ziyad, pembuka Andalusia
Peperangan Zallaqah di Portugal 10R/459H
Al-Muktamin dgn bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin memerangi al-Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Portugal dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

9R/559H
Tentera Islam di bawah pimpinan As-Sutan Nuruddin Az-Zanki mendapat kembali negara Harim,barat Halab di Syria daripada tentera Salib. Salahuddin Al-Ayubi kemudian menggantikan Nuruddin dlm siri peperangan Salib merampas kembali tanah umat Islam di Palestin.

Perang Salib pimpinan Salahuddin al-Ayubi 22R/648H
Kemenangan Islam di bawah pimpinan Solahuddin Al Ayyubi dengan merampas kembali Baitul Maqdis dan mengusir tentera Salibiyyah. Ahli sejarah menceritakan tentera salib yg menguasai Baitul Maqdis di Palestin ketika itu sungguh ganas dan kejam, membunuh sesiapa sahaja yg tdk memberi sokongan kpd mereka, termasuk org2 kristian sendiri. Orang-orang Islam itu dipaksa terjun dari puncak menara dan bumbung-bumbung rumah mrk, mereka dibakar hidup-hidup, diheret dari tempat persembunyian bawah tanah, diheret ke hadapan umum dan dikorbankan di tiang salib (Ketika peristiwa Ambun tahun 1999 di Indonesia, org2 kristian Indonesia telah meniru kekejaman tentera Salib ini terhadap umat Islam di Ambon).Hasil usaha yg lama, tentera Islam pimpinan Salahuddin bertempur hebat dgn gabungan tentera2 Salib dari Eropah. Perancis dan Jerman dgn jumlah yg sgt besar. Tentera Islam mdpt kemenagan yg agung dan mengusir tentera Salib dari Baitul Maqdis, yakni jantung umat Islam.

Perang Ain Jalut 24R/658H
Pada tahun 1258, tentera Mongol pimpinan Jeneral Hulagu Khan (cucu Genghis Khan) merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah (ketika Islam menakluki 2/3 dunia). Dalam serangan itu, berjuta-juta umat Islam terbunuh sehingga diceritakan darah manusia mencecah ke paras lutut kuda dan buku2 karangan sarjana Islam dr perpustakaan terbesar dunia Baitul Hikmah dibuang ke dalam Sungai Furat sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Saifuddin al-Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut.Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan barbarik akhirnya kalah kepada tentera Islam. Ahli sejarawan menceritakan bhw jika ditakdirkan tentera Islam kalah pd ketika itu, nescaya sudah tentu dunia ini telah ditawan oleh tentera Mongol.

Saifuddin Qutz, jeneral tentera Islam yg mengembalikan maruah Islam dr tangan Mongol.

Perang Serbia 26R/927H
Kemenangan Islam di bawah pimpinan Panglima Othmani Murad dan pembukaan Bandar Balgred di Serbia.

Perang Yakhliz 15R/1294H
Bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusia yang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

Perang 6 hari 10R/1393H
Kemenangan Islam ke atas Zionis dalam perang 6 Oktober yang melibatkan negara Mesir. Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Sebenarnya banyak lagi peristiwa2 menarik dan peperangan yg pernah berlaku sepanjang bulan Ramadhan, cuma tiada kesempatan utk diceritakan di ruang yg terhad ini. SubhanAllah, moga-moga dengan sejarah-sejarah yg terukir indah ini dapat membangkitkan semangat kita utk terus berjuang menjulang agama Allah di bumi ini.

"Ramadhan yg dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara haq dan batil.." (2:185)
Selamat beramal!!

Wednesday, August 26, 2009

Happy 'Best' Day

HAPPY BIRTHDAY!!



Nisa' WP mengucapkan selamat hari lahir kepada sahabat2 yg lahir dalam bulan Ogos. Semoga sentiasa dalam keredhaan Allah swt. =)


Fazalilah Abdul Mutalib - 2 Ogos
Nor Azilah Abdullah - 2 Ogos
Tengku Balqis Tengku Azam - 2 Ogos
Nurul Huda Setak - 6 Ogos
Nurhidayah Mohamad Som - 7 Ogos
Norhidayah Ab Ghani - 7 Ogos
Nurul Hidayah Zainal - 11 Ogos
Liza Taufik - 11 Ogos
Nor Hamidah Ismail - 11 Ogos
Norsham Shamsuddin - 14 Ogos
Nurul Awinar Zainuddin - 14 Ogos
Nor Hasliza Abdullah - 15 Ogos
Noorhuda Mohd Yaacob - 17 Ogos
Ummu Aiman Ismail - 17 Ogos
Siti Farah Mohd Sapinie - 17 Ogos
Nurhuda Jamaluddin - 18 Ogos
Salazzuin Abdul Salam - 22 Ogos
Aishah Abd Rahim - 23 Ogos
Suria Mohammed Shahid - 23 Ogos
Siti Norkhalilah Ahmad Khairi - 23 Ogos
Nurul Faizah Jusoh - 23 Ogos
Nurul Sakinah - 24 Ogos
Norhanita Ibrahim - 24 Ogos
Noraizali Yahaya - 25 Ogos
Nuzira Haimi - 25 Ogos
Norazurah Mohd Nor - 26 Ogos
Nurul Syafiqah Ahmad - 28 Ogos
Norlela Mohd Noor - 30 Ogos




Saturday, August 22, 2009

Sunday, August 9, 2009

Tersingkap Sebuah Rahsia..


Setelah sekian lama peminat setia Talkshow Nisa` WP menanti , kali ini Unit Pembangunan Insan (UPI) hadir melalui talkshow, bersempena Isra` Mikraj yang bertajuk Isra` Mikraj : Tersingkap Sebuah Rahsia. Dengan izin Allah S.W.T, talkshow ini telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Julai 2009 bersamaan 26 Rejab 1430 Hijrah di Dewan Seminar Masjid As-Syakirin, KLCC.

Di kala insan lain masih dibuai angin petang yang indah, para hadirin telah dihidangkan dengan santapan rohani oleh Ustaz Uda Bin Kassim yang merupakan Mantan Ketua Penerangan dan Dakwah, Lembaga Zakat Selangor.


Rahsia mengenai keajaiban Isra ` Mikraj telah tersingkap oleh para hadirin ,dan penceramah menyeru kepada para hadirin untuk sentiasa menyambut dan mengambil iktibar dari peristiwa Isra` Mikraj yang telah dilalui oleh junjungan beesar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Sesungguhnya agama yang diwahyukan oleh Allah adalah benar dan peristiwa Isra` Mikraj ini merupakan mukjizat yang besar dari Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W.

"Maha suci Allah yang membawa hambaNya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa (Palestin) yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah juga yang amat mengetahuinya." (Surah al-Isra': 1)

Isra' Mikraj adalah suatu peristiwa yang teragung dalam bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat, beramai-ramai ke Madinah. Ertinya, Isra' Mi'raj adalah satu titik permulaan Islam mula bertapak di Mekah, solat mula diisytiharkan sebagai suatu amalan dan ketika itu hidup Muslimin penuh dengan riwayat sengsara dan gangguan sehingga memaksa mereka mencari perlindungan di Madinah. Lalu, dengan itu
terbentuklah sebuah Negara Islam yang pertama di dunia.Isra' Mi'raj adalah satu 'turning point' di mana Islam itu terasas dengan begitu kukuh oleh kerana telah termaktub suatu resolusi dari langit mengenai kefardhuan solat yang mana sebelum itu, solat belum lagi diperkukuhkan s
ebagai suatu amalan yang wajib.


Perjalanan kerohanian Nabi Muhammad s.a.w bersama Jibril a.s itu mirip kepada tarbiyah Khidhir a.s ke atas Musa a.s dalam surah al-Kahfi. Dalam perjalanan, ada saja penglihatan yang terbentang dan pengajaran yang baginda lihat.Di riwayatkan bahawa baginda telah menyaksikan golongan yang sedang bertani dam terus menuaikan hasil pertaniannya.

Baginda juga menyaksikan tempat berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun, kaum sedang memecahkan kepala, kaum yang menutup kemaluan dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah berbau busuk.

Rasulullah dibawa ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim yang sedang berada di Baitul Ma'mur bersama beberapa kaumnya.Rasulullah s.a.w juga melihat golongan yang sedang menanggung satu bebanan. Ketika bebanan itu berat, mereka menambah lagi bebanan itu sehingga mereka tidak terdaya lagi menanggungnya.

Peristiwa Isra` Mikraj merupakan peristiwa yang amat penting kerana kerana menunjukkan kebenaran Islam. Peristiwa yang telah berlaku hendaklah diyakini oleh kita kerana tiada yang mustahil di dunia ini kerana semuanya datang dari Allah Yang Maha Pencipta.

Sekalung penghargaan buat muslimin dan muslimat yang telah memeriahkan talkshow kali ini. Semoga terus istiqamah untuk terus menghadiri talkshow dan program-program Nisa' yang lain.
Kepada mereka yang tidak berpeluang untuk menghadirkan diri, insya Allah kami akan membawakan kepada anda tajuk-tajuk yang lebih menarik dan padat dengan ilmu-ilmu pengisian rohani dan mendidik jiwa untuk mengisi ruang-ruang vakum dalam situasi masyarakat yang dahagakan pengisian di kala berhadapan dengan dugaan serta cabaran bersifat keduniaan di akhir zaman ini.Oleh itu, semua muslimat dan juga muslimin diseru untuk mengajak sahabat-sahabat, jiran, saudara dan sesiapa sahaja untuk hadir pada talkshow yang akan datang.


Sokongan daripada semua amatlah dihargai dalam menjayakan talkshow, anjuran Unit Pembangunan Insan (UPI), Nisa' Wilayah Persekutuan.
"Kerana Dirimu Begitu Berharga..."

Tuesday, August 4, 2009

Jiwa dan wang..

“Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah,nescaya Dia (Allah) akan mengadakan baginya jalan keluardan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”(QS: al-Talaq:23)

Di sebuah tasik yang besar ada 2 orang pemancing yang paling hebat antara ratusan pemancing yang ada. Pemancing A dan pemancing B. Ilmu memancing mereka tidak mampu ditandingi. Setiap kali memancing, pasti banyak ekor ikan yang mereka perolehi.Disebabkan kehebatan memancing mereka, lalu sekumpulan pemancing lain ingin belajar memancing daripada mereka berdua.

Pemancing A berkata, “Jika saudara semua ingin belajar memancing dengan saya, saudara semua perlu membayar saya yuran kursus memancing sebanyak RM400 seorang.”“Wah! mahalnya. Kenapa terlalu mahal? Kami juga mencari rezeki dengan memancing dan hasil yang kami perolehi tidak sehebat tuan,” kata sekumpulan pemancing.“Jika saya berikannya secara murah atau percuma, kamu pasti tidak akan menghargai ilmu saya. Juga, jika saya berikan ilmu saya kepada kamu semua, kamu pasti akan pandai memancing. Jadi bagaimana saya mahu memperolehi rezeki yang banyak lagi jika kamu sudah pandai memancing. Kamu akan mengganggu hasil tangkapan saya“.

Sekumpulan pemancing itu berbincang sesama sendiri. Mereka mengambil keputusan tidak mahu belajar dengan pemancing A. Mereka bertemu pula dengan pemancing B.“Salam sejahtera saudara semua. Seperti ada hajat baik datang berjumpa dengan saya, ” Sambut pemancing B.“Kami berhajat untuk belajar memancing dengan tuan. Kami dapat tahu tuan pemancing yang hebat,” kata orang sekumpulan pemancing itu.“Saya tidaklah hebat. Tuan boleh belajar memancing dengan saya,” pemancing B sudi mengajar sekumpulan pemancing memancing dengan cara yang betul.“Boleh kami tahu berapa yurannya?” tanya sekumpulan pemancing.

“Tiada yuran, tetapi ada dua syaratnya. Pertama, saya tidak mempunyai wang untuk menyediakan umpan dan juga peralatan memancing. Jadi tuan-tuan perlu sediakan atau boleh berikan saya sedikit wang untuk saya cari umpan yang terbaik. Kedua, Jika tuan-tuan pergi memancing, jangan lupa menjemput saya. Tidaklah bosan saya memancing sorang-sorang,” kata pemancing B.“Baiklah, kami setuju,” sahut sekumpulan pemancing dengan gembira.Mereka belajar memancing dari sehari ke sehari sehingga mahir. Kini, setiap kali memancing, pasti sekumpulan pemancing tadi mendapat banyak ikan. Apabila mereka mendapat ikan yang banyak, mereka akan berikan kepada pemancing B beberapa ekor ikan hasil tangkapan mereka sebagai hadiah tanda penghargaan ilmu yang telah diberikan kepada mereka.

Apabila pemancing lain mengetahui hal ini, lebih ramai yang ingin belajar daripada pemancing B. Apabila mereka mahir, mereka menghadiahkan dengan pelbagai bentuk hadiah tanda penghargaan. Hadiah atau pemberian mereka tidak pernah putus apabila mereka mendapat tangkapan ikan yang banyak. Ada yang beri dalam bentuk wang dan ada juga memberikan ikan hasil tangkapan mereka kepada pemancing B.Pemancing B juga mendapat ramai kawan.

Kehidupan pemancing B semakin bahagia dan tenang.Pemancing B ikhlas membantu tanpa mengharapkan malah tidak pernah terfikir tentang balasan yang diterimanya. Tetapi Allah SWT memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

***Yakinlah pada Allah SWT bahawa rezeki pasti ada untuk mereka yang sentiasa ingat Allah SWT. Menjadi masalah utama apabila kita terlalu bimbang dengan rezeki yang ada sedangkan urusan rezeki adalah urusan Allah SWT.Kita memerlukan rezeki, memerlukan wang dan sebagainya tetapi keyakinan di dalam memperolehinya sentiasa rendah. Kita tidak yakin dengan melakukan kerja dengan ikhlas, kita akan pasti akan memperolehi rezeki. Kita biasanya ingin lihat rezeki dahulu barulah mahu melakukan kerja.Yakinlah rezeki pasti datang dari arah yang tidak disangka-sangka setelah kita melakukan sesuatu dengan ikhlas. Yang lebih menggembirakan, dengan keikhlasan, kita akan lebih tenang dan gembira kerana pasti ramai yang sudi berkawan dan menuntut ilmu dengan kita.

Bagaimana untuk ikhlas? Komunikasilah dengan Allah memohon ikhlaskan jiwa kita.“Ya Allah, aku rasa tak ikhlas nak buat kerja ni ya Allah. Tapi ya Allah, Engkau meminta untuk aku ikhlas ya Allah. Ya Allah, Engkau ikhlaskanlah jiwa aku ni ya Allah. Bantu aku ya Allah. Janganlah aku ni fikir duit saja ya Allah di dalam melakukan pekerjaan ya Allah. Aku yakin Engkau akan beri rezeki pada aku. Ya Allah, ikhlaskan aku ye ya Allah. Terima kasih ya Allah, Terima kasih.”Semoga cerita tersebut dikenang sentiasa.

Source: http://www.fuadlatip.com/v1/2009/07/jiwa-dan-wang/

Sunday, August 2, 2009

USR dalam Muslimah!



Nampaknya Unit Sukan dan Rekreasi Nisa Wilayah Persekutuan telah dipaparkan dalam majalah Muslimah bulan ini.. tahniah!
Anda jangan ketinggalan menyertai aktiviti USR ya :)






Saturday, July 25, 2009

Jiwa Positif Hidup Bertuhan..

Pada 12 Julai yang lepas, Unit Khidmat Kaunseling (UKK) Nisa’ WP telah mengadakan satu bengkel asas kaunseling yang bertajuk Jiwa Positif Hidup Bertuhan: “Komunikasi dengan Allah”. Bertempat di Batu Caves, Gombak bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 85 peserta yang terdiri daripada penggerak-penggerak Nisa’ Wilayah dan Nisa’ Kawasan sekitar wilayah.



Pengisian yang telah disampaikan oleh Encik Fuad bin Latip, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM Shah Alam telah menarik para peserta untuk memahami tentang kemahiran komunikasi intrapersonal dan interpersonal. Bersesuaian dengan tema bengkel iaitu ”Serve and Care with Allah’s Love” peserta juga turut dihidangkan dengan banyak sentuhan-sentuhan rohani yang diharapkan dapat digarap oleh semua peserta bengkel seterusnya diaplikasikan di dalam kehidupan seharian.


Bengkel selama separuh hari ini juga antara lain berobjektifkan supaya penggerak Nisa’ mempunyai pendekatan dan sentuhan komunikasi yang berkesan di samping merangsang penggerak Nisa’ untuk memperlengkapkan diri dengan nilai tambah secara dinamik.

Bengkel ini telah diakhiri dengan resolusi dan sedikit latihan komunikasi yang dipimpin sendiri oleh penceramah dalam menghayati hidup sebagai hamba-Nya. Diharap semua peserta dapat mengutip seberapa banyak mutiara yang berharga di dalam program ini dan semoga Allah melimpahi rahmat dan kasih sayangNya ke atas semua pejuang agamaNya, InsyaAllah.

Saturday, July 18, 2009

Keberkatan Surah AL Ikhlas


Ketika Memulakan Kerja


Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah


Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam , seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby ).

Khatam al-Quran


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama denganmembaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Wednesday, July 8, 2009

Volleyball in July


Setiakawan Nisa' Wilayah

Bertemakan “Susah Senang Kita Bersama”, Nisa’ Wilayah Persekutuan mengadakan satu program brainstorming santai pada 13 dan 14 Jun yang lalu bertempat di Kuang, Selangor. Antara objektif program adalah merangka program-program Nisa’ Wilayah Persekutuan selama satu tahun selain untuk merapatkan ukhuwah di antara ajk baru dan lama.

Program selama dua hari satu malam itu diisi dengan aktiviti ta’aruf di kalangan semua ajk, qiammulail dan kuliah subuh yang dipimpin oleh Ustazah Teh Izanuri , bengkel brainstorming idea bagi setiap unit dan disusuli dengan pembentangan program dari setiap unit.


Progam diakhiri dengan resolusi dan nyanyian lagu tema “Satu Hati”, semoga semua ahli Nisa' mendapat manfaat dan teguh bersatu hati hingga ke akhirnya.. :)