Setelah sekian lama peminat setia Talkshow Nisa` WP menanti , kali ini Unit Pembangunan Insan (UPI) hadir melalui talkshow, bersempena Isra` Mikraj yang bertajuk Isra` Mikraj : Tersingkap Sebuah Rahsia. Dengan izin Allah S.W.T, talkshow ini telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Julai 2009 bersamaan 26 Rejab 1430 Hijrah di Dewan Seminar Masjid As-Syakirin, KLCC.
Di kala insan lain masih dibuai angin petang yang indah, para hadirin telah dihidangkan dengan santapan rohani oleh Ustaz Uda Bin Kassim yang merupakan Mantan Ketua Penerangan dan Dakwah, Lembaga Zakat Selangor.
Rahsia mengenai keajaiban Isra ` Mikraj telah tersingkap oleh para hadirin ,dan penceramah menyeru kepada para hadirin untuk sentiasa menyambut dan mengambil iktibar dari peristiwa Isra` Mikraj yang telah dilalui oleh junjungan beesar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Sesungguhnya agama yang diwahyukan oleh Allah adalah benar dan peristiwa Isra` Mikraj ini merupakan mukjizat yang besar dari Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W.
"Maha suci Allah yang membawa hambaNya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa (Palestin) yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah juga yang amat mengetahuinya." (Surah al-Isra': 1)
Isra' Mikraj adalah suatu peristiwa yang teragung dalam bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat, beramai-ramai ke Madinah. Ertinya, Isra' Mi'raj adalah satu titik permulaan Islam mula bertapak di Mekah, solat mula diisytiharkan sebagai suatu amalan dan ketika itu hidup Muslimin penuh dengan riwayat sengsara dan gangguan sehingga memaksa mereka mencari perlindungan di Madinah. Lalu, dengan itu
terbentuklah sebuah Negara Islam yang pertama di dunia.Isra' Mi'raj adalah satu 'turning point' di mana Islam itu terasas dengan begitu kukuh oleh kerana telah termaktub suatu resolusi dari langit mengenai kefardhuan solat yang mana sebelum itu, solat belum lagi diperkukuhkan s
ebagai suatu amalan yang wajib.
Perjalanan kerohanian Nabi Muhammad s.a.w bersama Jibril a.s itu mirip kepada tarbiyah Khidhir a.s ke atas Musa a.s dalam surah al-Kahfi. Dalam perjalanan, ada saja penglihatan yang terbentang dan pengajaran yang baginda lihat.Di riwayatkan bahawa baginda telah menyaksikan golongan yang sedang bertani dam terus menuaikan hasil pertaniannya.
Baginda juga menyaksikan tempat berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun, kaum sedang memecahkan kepala, kaum yang menutup kemaluan dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah berbau busuk.
Rasulullah dibawa ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim yang sedang berada di Baitul Ma'mur bersama beberapa kaumnya.Rasulullah s.a.w juga melihat golongan yang sedang menanggung satu bebanan. Ketika bebanan itu berat, mereka menambah lagi bebanan itu sehingga mereka tidak terdaya lagi menanggungnya.
Peristiwa Isra` Mikraj merupakan peristiwa yang amat penting kerana kerana menunjukkan kebenaran Islam. Peristiwa yang telah berlaku hendaklah diyakini oleh kita kerana tiada yang mustahil di dunia ini kerana semuanya datang dari Allah Yang Maha Pencipta.
Sekalung penghargaan buat muslimin dan muslimat yang telah memeriahkan talkshow kali ini. Semoga terus istiqamah untuk terus menghadiri talkshow dan program-program Nisa' yang lain.
Kepada mereka yang tidak berpeluang untuk menghadirkan diri, insya Allah kami akan membawakan kepada anda tajuk-tajuk yang lebih menarik dan padat dengan ilmu-ilmu pengisian rohani dan mendidik jiwa untuk mengisi ruang-ruang vakum dalam situasi masyarakat yang dahagakan pengisian di kala berhadapan dengan dugaan serta cabaran bersifat keduniaan di akhir zaman ini.Oleh itu, semua muslimat dan juga muslimin diseru untuk mengajak sahabat-sahabat, jiran, saudara dan sesiapa sahaja untuk hadir pada talkshow yang akan datang.
Kepada mereka yang tidak berpeluang untuk menghadirkan diri, insya Allah kami akan membawakan kepada anda tajuk-tajuk yang lebih menarik dan padat dengan ilmu-ilmu pengisian rohani dan mendidik jiwa untuk mengisi ruang-ruang vakum dalam situasi masyarakat yang dahagakan pengisian di kala berhadapan dengan dugaan serta cabaran bersifat keduniaan di akhir zaman ini.Oleh itu, semua muslimat dan juga muslimin diseru untuk mengajak sahabat-sahabat, jiran, saudara dan sesiapa sahaja untuk hadir pada talkshow yang akan datang.
Sokongan daripada semua amatlah dihargai dalam menjayakan talkshow, anjuran Unit Pembangunan Insan (UPI), Nisa' Wilayah Persekutuan.
"Kerana Dirimu Begitu Berharga..."
No comments:
Post a Comment