Thursday, February 26, 2009

Jom Badminton!

[click image for larger view]
(Editedversion!)

Latihan diadakan seminggu sekali bertempat di Dewan DBKL Sentul dan Desa Tasek


Berminat?? Hubungi:


Faz (012 2945732) intishar82@yahoo.com


Thursday, February 19, 2009

ANDA MENCARI PELUANG PEKERJAAN?? (2)


1) jawatan kosong UiTM
Iklan jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tarikh tutup 2 Mac 2009

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak/sementara di Kampus Shah Alam dan Cawangan bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.senarai jawatan dan maklumat lengkap sila lihat disini

http://downloads.ziddu.com/downloadfile/3540830/UiTM.pdf.html

2) permohonan KPLI
Permohonan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) & KPLI j-QAF Tarikh tutup 1 Mac 2009

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) Mode Sepenuh Masa atau Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah di Institut Pendidikan Guru.maklumat lanjut boleh didapati di sini

http://apps.emoe.gov.my/kpli/mohon/iklan.html

3) jawatan kosong YPNH
Iklan jawatan kosong di Jawatan Kosong di Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
Tarikh tutup 27 Februari 2009

Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (YPN) adalah sebuah yayasan bagi membantu golongan yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim, miskin & terbiar. Selain dari itu YPN juga menjalankan banyak program bagi membantu ibu-ibu tunggal serta surirumah untuk berdikari dan menambah pendapatan. Sehubungan dengan itu YPN menjemput anda yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai YPN sebagai kakitangan sepenuh masa bagi mengisi jawatan-jawatan berikut :

1. Pengurus Program
2. Penyelia Program
3. Guru Tahfiz
4. Penyelia Asrama
5. Webmaster
6. Pereka Grafik
7. Kerani
8. Pekerja Am
9. Penghantar Cepat
10. Juruteknik IT
11. Programmer
12. Guru Bahasa Inggeris

Kepada yang berminat dijemput menghantar CV kepada email info@nurhikmah. org.my . Tarikh tutup permohonan ialah pada 27hb Februari 2009 jam 3.00 petang. Hanya calon-calon yang layak akan dihubungi.

YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A No. 16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Telefon :03-87332411 Fax :03-87332967

EMAIL : presiden@nurhikmah.org.my

4) jawatan kosong UMP
Iklan jawatan kosong di Universiti Malaysia Pahang Tarikh tutup 23 Februari 2009

Kami adalah sebuah institusi pendidikan tinggi awam yang menjurus kepada bidang kejuruteraan dan teknikal berteknologi tinggi serta beriltizam menjadi salah satu universiti yang bertaraf dunia berasaskan teknikal mempelawa calon-calon intelektual dan cintakan ilmu untuk sama-sama menyumbang tenaga dan idea bagi melahirkan insan cemerlang dengan mengisi kekosongan jawatan di UMP.

-Pembantu Tadbir (perkeranian/operasi) - N17
-Pegawai Tadbir - N41

CARA MEMOHON Permohonan hendaklah dibuat secara ON LINE dengan mengisi maklumat pemohon di laman web rasmi UMP iaitu http://www.ump.edu.my/. Calon diwajibkan untuk “memuat naik” resume dan sijil-sijil serta mencetak Surat Pengesahan Permohonan On-Line (Selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui web rasmi UMP) dan hantar permohonan beserta dengan salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen yang telah disahkan ke alamat yang tertera di bawah. Permohonan yang tidak dibuat secara ON LINE melalui Laman Web Rasmi UMP tidak akan dilayan.

ANDA MENCARI PELUANG PEKERJAAN?? (1)


1) Jawatan kosong PPJ
Iklan jawatan kosong di Perbadanan Putrajaya. Tarikh tutup 28 Februari 2009

Perbadanan Putrajaya dengan ini mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakkan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap seperti berikut : -

1-PEMBANTU TEKNIK (UKUR) GRED J29 (TETAP)
2-PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA GRED N27 (TETAP)
3-PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G27 (TETAP)
4-PEMBANTU TEKNIK (AWAM / MEKANIKAL/ ELEKTRIKAL / PERKHIDMATAN BANGUNAN) GRED J29 (TETAP)
5-PEMBANTU PERTANIAN GRED G17 (TETAP)
6-PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17 (TETAP)
7-PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) GRED N17 (TETAP)
8-PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17
9-PEMBANTU PENGUATKUASA GRED N17 (TETAP)
10-PEGAWAI PENERANGAN GRED S48 (KONTRAK)
11-PEGAWAI TADBIR GRED N41 (TETAP) permohonan adalah secara online

2) Jawatan kosong SKM
Iklan jawatan kosong di Suruhanjaya Koperasi Malaysia Tarikh tutup 28 Februari 2009

Suruhanjaya Koperasi Malaysia mempelawa warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ini bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di SKM Ibu Pejabat dan SKM Ibu Pejabat dan SKM Cawangan Negeri-Negeri.

jawatan-jawatan yang ditawarkan
1- Ketua Bahagian Undang-Undang L54
2- Pengarah Litigasi L52
3- Penolong Penasihat Undang-Undang L48
4- Pegawai Ehwal Ekonomi E41
5- Pembantu Tadbir (perkeranian/operasi) N26
6- Pembantu Tadbir (perkeranian/operasi) N22
7- Pembantu Ehwal Ekonomi E17
8- Pembantu Juruaudit W17
9- Pembantu Tadbir (perkeranian/operasi) N17
10- Juruaudio Visual N17
11- Pembantu Tadbir Rendah N11 borang permohonan SKM maklumat lanjut boleh didapati di dalam akhbar Utusan Malaysia Ahad 15 Februari 2009

3) jawatan kosong PTPK
Iklan jawatan kosong di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran Tarikh tutup 28 Februari 2009

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelatih jurusan teknikal dan vokasional di institusi-institusi latihan kemahiran awam dan swasta, mempelawa permohonan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan, berintegriti, komited dan berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
2. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
3. Pembantu Tadbir (P/O) N17 Calon-calon yang berjaya akan bertugas di alamat berikut:
KETUA EKSEKUTIF PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA BLOK I, ARAS 3,4 DAN 5 PUSAT BANDAR DAMANSARA BUKIT DAMANSARA 50530 KUALA LUMPUR


4) Jawatan kosong LAP
Iklan jawatan kosong di lembaga Air Perak, Tarikh tutup 23 Februari 2009

Permohonan adalah diperlawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kpd rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak) yg berkelayakan untuk memohon mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan Lembaga Air Perak

JAWATAN
1. Pembantu tadbir (Kewangan) Gred W17

Rujuk http://www.lap.com.my/120209.pdf

Pesta Buku Bangi 09


18 Februari 2009 – 1 Mac 2009


Bangi Bandar Ilmu
Membudayakan Amalan Membaca
Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi
10 Pagi Sehingga 10 Malam
Masuk Percuma
Potongan sehingga 10% bagi semua buku
Lebih 10,000 judul buku daripada pelbagai bidang!!


Pelbagai Acara Menarik:
1. Majlis Perasmian oleh YB Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Selangor, pada 19 Februari 2009, 5.00 ptg
2. Brilliant Students Skill Seminar, 21 Februari 2009, 11.00am-1.00pm
3. Bicara & Pelancaran Buku “ Smart Mental Arithmentik” oleh YB Puan Rodziah Ismail, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi, Selangor
, 28 Februari 2009, 4.00 ptg
4. Seminar Pemikiran Bangi, Tajuk: Peranan Surau dan NGO di Dalam Merealisasikan Bangi Sebagai Bandar Ilmu, 1 Mac 2009, 8.30 pg
5. Demonstrasi Aikido, 28 Februari 2009
6. Pertandingan Futsal, 28 & 29 Februari 2009
7. Pemeriksaan Kesihatan & Khidmat Nasihat Diet PERCUMA, 28 Februari & 1 Mac 2009
8. Pertandingan Pengucapan Awam, 1 Mac 2009
9. Pertandingan Meneka Tebal Buku, Setiap Hari
10. Promosi Album Kumpulan nasyid Rabbani
11. Pertandingan Mewarna Kanak-kanak (bawa adik-adik dan anak-anak!)
12. Pelancaran Buku-buku Baru
13. Ceramah Motivasi
14. Cabutan Bertuah
15. Spelling Bee Contest
16. Beramah Mesra dengan Penulis Buku
17. Pelbagai lagi aktiviti menarik menanti anda!!

Anjuran
1. Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi
2. Mini Kabinet Bangi
3. PKNS
4. MPP Zon 22,23,24 MPKj
5. Jaringan Siswazah Malaysia (JASA)
6. Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM)
7. Az Zahrah Multi-Intelligent Academy (AMPAC)
8. Galeri Buku Syabab
9. Persatuan Peniaga PKNS

Disertai oleh Pelbagai Penerbit Buku. Di antaranya
1. PTS Publication Sdn Bhd
2. McGraw Hill (M) Sdn Bhd (banyak buku rujukan IPTA/S boleh didapati!)
3. Cengage Learning Pte ltd
4. John Wiley & Sons Pte Ltd
5. Taylor & Francis Asia Pacific Pte Ltd
6. Telaga Biru Sdn Bhd
7. Al-Hidayah Publishers Sdn Bhd
8. Pearson Education (M) Sdn Bhd
9. Sarjana Media Sdn Bhd
10. Ana Muslim Sdn Bhd (komik comel?? hehe)
11. Alaf 21 Sdn Bhd
12. Dewan Pustaka Fajar Sdn Bhd
13. Buku-buku rujukan Sekolah
14. Buku-buku kanak-kanak
15. Pelbagai lagi penerbit buku


JANGAN KETINGGALAN!

Tuesday, February 17, 2009

Walimah Pn Saadah Musa pada 24/1/09

Alhamdulillah pada 24 Januari 2009, wakil nisa wp telah sampai ke Majlis WalimahSdri Nor Saadah dgn pasangan, Walid Mohd Sanid. Team konvoi Nisa' yang datang dengan 2 kereta memulakan perjalanan se awal 10.30pagi dari Kuala Lumpur dengan wajah keceriaan masing2 dan berbaju ungu semuanya. Sememangnya nisa pasti mengenakan tema warna ungu jika datang bertandang ke rumah pengantin dan juga dalam setiap aktiviti.

Memandangkan tarikh tersebut adalalah cuti tahun baru china, keadaan jalanraya agak sesak. Perjalanan yang biasanya memakan masa 3jam menjadi 5 jam, kerana kami tiba di rumah pengantin pada jam 3.30 petang dengan wajah agak keletihan dan kelaparan.hehe, maklumla perjalanan yg panjang dan semuanya mengosongkan perut untuk santap di rumah pengantin.


Namun kami ceria semula bila disambut oleh kakak pengantin, iaitu kak chik dengan wajah terharu yang kami berjaya sampai, walaupun agak sesat sedikit, maklum la co-pilot pun boleh lost track. Selesai bersalam dan menyampaikan hadiah kami dijemput menjamu selera. Erm, memang menyelerakan laun-lauk yang ada.Slepas memnuhkan perut masing2 kami bergambar sakan dengan pengantin dan juga pelamin seperti rumah sendiri pulak. Kami bertolak balik ke Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang.


Dalam perjalanan pulang seorang ahli Nisa' dimaklumkan bahawa 1 kereta yg dalam perjalanan ke rumah Saadah terpaksa berpatah balik ke KL berikutan jalan yang sesak. Syukurla kami dipilih Allah untuk sampai di bumi N9. Apapun, kami doakan pengantin dimurahkan rezeki, beroleh keberkatan dan dikurniakan zuriat soleh-solehah.

Diatas nama cinta,Pada yang selayaknya,Kunafikan yang fana,Moga dalam hitungan,Setiap pengorbanan,Agar disuluh cahaya redha-Nya..

Friday, February 13, 2009

Eksklusif untuk Wanita 21/02/09


"Program Eksklusif untuk Wanita"


Tajuk : Hati yang dikasihi Allah - Siri 2
Oleh : Ustazah Norhafizah Musa
Tarikh : 21 Februari 2009
Masa : 9.30 pg - 12.00 tengah hari
Tempat : Madrasah Asy Syakirin, Bandar Tun Razak
(bersebelahan Stesen LRT Bandar Tun Razak)

Training badminton Februari 2009


TARIKH : 2O FEBRUARI 2009 (JUMAAT)
TEMPAT :COURT TERTUTUP SENTUL
(BERDEKATAN STESEN STAR SENTUL TIMUR)
MASA : 8 MLM - 10 MLM
YURAN : RM 5

BERMINAT??

CONTACT FAZ (012 2945732)

JUMPA DI SANAAAA....!

Usrah Unit Sukan Nisa WP

Alhamdulillah, tanggal 5 Februari 2009, bertempat di Cheras, unit sukan & rekreasi telah mengadakan satu majlis doa selamat bagi meraikan penubuhan kelab badminton buat julung kalinya. Majlis yang pada awalnya dirancang pada jam 8malam, mengalami sedikit kelewatan kerana ramai kelewatan akibat tersesat mencari jalan dan kesesakan lalulintas.


Namun, suasana tetap meriah dengan kehadiran ajk nisa’wp, ajk unit sukan dan ahli-ahli badminton. Majlis dimulakan dengan taaruf oleh ketua unit sukan. Kemudian disusuli dengan tazkirah dari ustazah suraya atau lebih mesra dengan panggilan kak su. Antara isi kandungan tazkirah, kak su menyentuh mengenai matlamat kelab badminton sendiri. Di mana, matlamat amat penting bagi menjayakan sesuatu aktiviti supaya selaras dengan tuntutan agama. Kak Su juga mengucapkan tahniah atas kejayaan unit sukan menubuhkan kelab badminton, namun perlu menjaga batas-batas supaya sesuai dengan nisa’ sendiri. Kak Su juga menghuraikan makna surah an-nas dan kaitannya dalam kehidupan seharian.


Selepas hampir 40 minit tazkirah, hadirin dijamu dengan nasi lemak ayam goring, rata-rata memuji nasi lemak yang sedap dan ada juga yang tambah 3 kali..erm..sedap kan ..

Pihak unit sukan telah membuat kejutan dengan menyanyikan lagu ‘selamat hari lahir’ sambil membawa kek buat seorang ahli unit sukan. Kami telah menyampaikan hadiah dan cenderahati buat ahli baru. Majlis berakhir dengan sesi bergambar lebih kurang jam 10.35 malam. Unit sukan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan berdoa semoga ukhwah yang terbina sentiasa mendapat rahmat dari Allah s.w.t.

Wednesday, February 11, 2009

Selamat Hari Ulang Tahun... !! Februarian



1

Ainul Mardhiah Mat Aris

1 Feb

2

Nor Saadah Musa

2 Feb

3

Ummi Kalsom Ahmad

3 Feb

4

Wan Amalina Athirah Ab Talib

5 Feb

5

Noor Azira Mohammed Yusop

7 Feb

6

Nurul Izzah Ab Halim

8 Feb

7

Anis Shakila Ismail

10 Feb

8

Aznoraini Zulkefli

10 Feb

9

Hafsah Zakaria

11 Feb

10

Hanis Mastura Yahya

12 Feb

11

Irmy Juliza Abdul rahman

13 Feb

12

Masitah Omar

14 Feb

13

Nadiah Mat Soonan

14 Feb

14

Nik Hasrawati Nik Hassan

17 Feb

15

Noor Fadrina Che Long

18 Feb

16

Nor Rodiana Syafinaz Rodi

18 Feb

17

Normasrina Sabari

20 Feb

18

Rafidah Sapiai

21 Feb

19

Raja Nur Amalina Raja Azizan Suhaimi

23 Feb

20

Razalina Baharudin

24 Feb

21

Siti Shairah Abdul Kadir

26 Feb