Friday, February 13, 2009

Usrah Unit Sukan Nisa WP

Alhamdulillah, tanggal 5 Februari 2009, bertempat di Cheras, unit sukan & rekreasi telah mengadakan satu majlis doa selamat bagi meraikan penubuhan kelab badminton buat julung kalinya. Majlis yang pada awalnya dirancang pada jam 8malam, mengalami sedikit kelewatan kerana ramai kelewatan akibat tersesat mencari jalan dan kesesakan lalulintas.


Namun, suasana tetap meriah dengan kehadiran ajk nisa’wp, ajk unit sukan dan ahli-ahli badminton. Majlis dimulakan dengan taaruf oleh ketua unit sukan. Kemudian disusuli dengan tazkirah dari ustazah suraya atau lebih mesra dengan panggilan kak su. Antara isi kandungan tazkirah, kak su menyentuh mengenai matlamat kelab badminton sendiri. Di mana, matlamat amat penting bagi menjayakan sesuatu aktiviti supaya selaras dengan tuntutan agama. Kak Su juga mengucapkan tahniah atas kejayaan unit sukan menubuhkan kelab badminton, namun perlu menjaga batas-batas supaya sesuai dengan nisa’ sendiri. Kak Su juga menghuraikan makna surah an-nas dan kaitannya dalam kehidupan seharian.


Selepas hampir 40 minit tazkirah, hadirin dijamu dengan nasi lemak ayam goring, rata-rata memuji nasi lemak yang sedap dan ada juga yang tambah 3 kali..erm..sedap kan ..

Pihak unit sukan telah membuat kejutan dengan menyanyikan lagu ‘selamat hari lahir’ sambil membawa kek buat seorang ahli unit sukan. Kami telah menyampaikan hadiah dan cenderahati buat ahli baru. Majlis berakhir dengan sesi bergambar lebih kurang jam 10.35 malam. Unit sukan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan berdoa semoga ukhwah yang terbina sentiasa mendapat rahmat dari Allah s.w.t.

No comments: