Saturday, January 8, 2011

Laporan Talkshow U Turn Ke Jalan Lurus

Pada hari Sabtu 1/1/2011 yang lalu, alhamdulillah Nisa' Wilayah Persekutuan telah bekerjasama dengan Masjid Asy-Syakirin untuk menjayakan program Talkshow Nisa' WP sempena sambutan Ambang Tahun Baru 2011. Program yang diadakan di perkarangan masjid KLCC menampilkan dua orang speaker yang tidak asing lagi, Ustaz Zul Ramli M Razali (pakar motivasi, penceramah undangan di IKIM.FM dan PAHANG.FM dan penulis buku `U Turn ke Jalan yang Lurus') dan Brother Ustaz Kamaruddin Abdullah (Presiden IPSI -Persatuan Penyebaran Islam Antarabangsa) yang terbang jauh dari Pulau Pinang semata-mata untuk menjayakan program ini.

Program yang memakan masa 2 jam tidak terasa lamanya kerana kupasan yang hebat dan menyentuh perasaan daripada kedua-dua orang speaker, ditambah pula dengan moderator yang petah berkata-kata lulusan Universiti Al Azhar, Cik Sharifah Durrah. Seramai lebih kurang 100 orang hadirin yang datang menadah ilmu pada hari tersebut.

Antara isi penting kupasan Talkshow tersebut adalah seperti berikut :

Dalam kehidupan,kita ada `bulatan kerisauan' (circle of concern). Kadang-kadang kita terlalu membesarkan bulatan ini sehingga kita lupakan yang lebih penting iaitu `bulatan tanggungjawab' (circle of responsible). Kalau kita tidak menanda diri dalam bulatan tanggungjawab, akan jadi seperti lagu `bangau oh bangau' di mana setiap makhluk asyik menyalahkan orang lain, kecuali ular! Nampaknya ular sahaja yang `macho' dan mengambil tanggungjawab dengan mengatakan `katak itu adalah makanan aku'.

Persoalannya, bagaimana nak berperanan di sebalik kerisauan?
Kata Imam malik,"Umat tidak akan baik melainkan mereka balik seperti umat yg terdahulu (yang mengamalkan ajaran Islam secara syumul)". Oleh itu, kita janganlah merawat gejala sebaliknya rawatlah punca. Dan cara merawat terbaik dalam segala keadaan adalah yang disertai keikhlasan.

Contoh sirah Nabi yang baik adalah sewaktu seorang Arab Badwi kencing di dalam masjid. Para sahabat tidak sabar untuk memukul Arab Badwi itu tetapi ditegah oleh Rasulullah saw, sebaliknya baginda Nabi/Nabi menyuruh seorang sahabt membersihkan najis tersebut dengan berkata `Ingatlah wahai kalian,kamu semua diutus oleh Allah utk memudahkan urusan'. Di sinilah Nabi kita mengambil tindakan bijak dengan merawat punca, sehingga seterusnya Arab Badwi tersebut memuji Nabi sebagai orang yang terbaik pernah dia jumpa.Oleh demikian, kita perlu berhati-hati dalam merawat gejala dan tidak hanya mengambil pendekatan popular.

Memetik juga perumpamaan oleh Imam Al Ghazali-manusia ni apabila bercinta,sampai ke tahap dia akan merindu. Unta juga pandai rindu; apabila unta merindu ia tidak peduli untuk makan dan minum dan tak kisah berapa beban yg ditanggung. Begitu juga manusia apabila cintakan Allah, tidak akan berat untuk meninggalkan larangan Allah dan setiap suruhan Allah yang dianggap seakan beban oleh orang lain, akan jadi mudah untuk dilakukan.

Akhir sekali para speaker sempat berkongsi tips untuk kekal di jalan yang lurus :
Tips 1-Jadilah orang yang tunduk pada ilmu
Tips 2-mesti cari rakan yang baik
Tips 3-kita mesti mencari kubu kpd iman iaitu dekat dgn masjid

Selain itu, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak juga meriah dengan penyertaan hampir 30 orang kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur. Terima kasih kepada ubat gigi Mukmin yang menjadi penaja utama bagi pertandingan mewarna kali ini.

Sekian, semoga kita mendapat manfaat daripada perkongsian catatan ini dan semoga kita berjumpa lagi di talkshow akan datang!

Monday, January 3, 2011

Terima kasih semua

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga dipanjatkan.Terima kasih Allah,,,terima kasih kerana membantu dan memudahkan kami semua dalam melaksanakan amanah ini....

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat di atas kunjungan ke Booth Nisa` dan juga menghadiri santapan ilmu yang bermanfaat sempena tahun 2011..TALKSHOW : U TURN KE JALAN YANG LURUS.

Jutaan terima kasih buat pihak JAWI dan pihak Masjid Asy-Syakirin KLCC kerana memberi ruang dan peluang kepada Nisa` WP dalam memeriahkan dan menjayakan program DI AMBANG 2011.

Insyaallah , semoga Allah merahmati dan sentiasa membantu kita dalam meniti dan mencari redha Allah SWT.