Monday, May 28, 2007

NISA'WP BUKA GERAI DI KELANTAN!!

Bersempena Muktamar Tahunan PAS ke53 di Kelantan pada 30 Mei - 3 Jun 2007, Nisa'WP akan membuka gerai jualan bagi mempromosi Nisa' dan mencari dana bagi membiayai program-program Nisa'WP yang dirancang sepanjang tahun. Pelbagai barangan bakal ditawarkan kepada pengunjung seperti T-shirt muslimah, merchandise Nisa' (key chain nisa', handphone strap, note pad, book mark, sticker kereta dsbg) dan banyak lagi. Istimewa kali ini Nisa'WP akan membawa bersama produk keluaran Telaga Biru. Kepada mereka yang belum memiliki novel istimewa keluaran Telaga Biru bertajuk 'Tautan Hati' hasil nukilan Fatimah Syahra... jangan ketinggalan.. dapatkan novel ini di gerai Nisa'WP.

'Bersama Menjana Kewangan'

Tuesday, May 22, 2007

PENGUMUMAN!!!!

KELAB BOLA TAMPAR NISA'WP
Penyertaan masih dibuka kepada semua.
Sessi latihan bagi bulan Jun adalah seperti berikut:
8, 22 & 29 Jun : Jam 9pm -11pm (pindaan 24May2007)
9, 17 & 23 Jun : Jam 7.30am - 10am (pindaan 24May2007)
Tempat: Gelanggang Bola Tampar, Tmn Tasik Titiwangsa
(Tertakluk kepada pindaan)
Yuran Penyertaan:
Hanya RM6 sebulan
Syarat Penyertaan:
Wanita sahaja
Berminat dgn sukan bola tampar
Komited dengan sessi latihan
Menarik dalam Kelab ini?:
Friendly match sebulan sekali
(Perancangan: Friendly di Kelantan 19 Ogos ini) (pindaan 11 Jun 2007)
Trip ke luar Kuala Lumpur
Pengisian rohani untuk ahli
Ukhuwah yang mantap
Dilatih oleh Jurulatih Berpengalaman
Teknik Asas Sukan & Kecergasan
Hubungi:
Nurul 0122585085, Marliana 0196494659, Mai 0192042010
Jangan Lepaskan Peluang ini!!!
Ayuh Bersukan Untuk Kesihatan!!!

Monday, May 21, 2007

TALKSHOW NISA' : TETAP MENDAPAT SAMBUTAN!!!




20 Mei 2007 - Bertempat di Dewan Seminar, Masjid KLCC, Talkshow Nisa' siri ke 2 berlangsung dengan jayanya dengan menarik seramai 50 orang peserta. Tajuk "Sempurnakan Solatmu" yang disampaikan oleh Ustazah Teh Izanuri berjaya memaksa peserta melekat di kerusi masing-masing sehingga pukul 12.15 tgh. Talkshow kali ini diisi dengan penjelasan mengenai maksud kesempurnaan solat, cara-cara mendapatkan solat yang sempurna bermula dari wudhu' yang sempurna sehinggalah kepada praktikal solat. Oleh kerana masa yang begitu terhad, penceramah hanya sempat menerangkan sehingga Takbiratul Ihram. Walaubagaimanapun, peserta yang hadir tidak melepaskan peluang untuk bertanya soalan pada ustazah dalam sessi soal jawab bagi menjawab segala kemusykilan yang dihadapi berkenaan solat.


Sambutan baik daripada para peserta menarik minat pihak penganjur untuk menyambung siri Sempurnakan Solatmu siri ke 2 pada bulan hadapan. Sambungan siri Sempurnakan Solatmu dijangka akan menemui peminat-peminat 'Talkshow Nisa': Kerana Dirimu Begitu Berharga' pada 24 Jun 2007 di tempat dan waktu yang sama. Oleh itu, semua Muslimat diseru mengajak rakan, jiran, saudara dan sesiapa sahaja untuk hadir pada talkshow yang akan datang. Dibawakan khas oleh Nisa' Wilayah Persekutuan, "Kerana Dirimu Begitu Berharga"....


Tuesday, May 15, 2007

TALKSHOW NISA': KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA...

Kata orang, SOLAT itu tiang agama...
Lecehlah nak solat, kena tutup-tutup semua...
Habisla make-up I, nak kena ambil air sembahyang.. .
Saya tak solat pun, saya masih dapat 15A dalam SPM...
Solat ikut mazhab sendiri? Atau solat seperti solat Nabi?

Nantikan jawapan kepada persoalan ini bersama Ustazah Teh....
dengan tajuk....

"SEMPURNAKAN SOLATMU..."

dalam Talkshow Nisa'
di Masjid Asy-Syakirin, KLCC
pada 20 Mei 2007 bermula jam 9 pagi.
Penyertaan adalah PERCUMA!

Tentatif:
9 pagi : Pendaftaran - Dhuha - Minum Pagi
10 pagi: Talkshow bermula
12 tghr : Bersurai


Dibawakan khas untuk anda oleh Nisa' Wilayah Persekutuan...

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi 019-690 1016 @ 019-629 2305.


JOM RAMAI-RAMAI!!!!!

Friday, May 11, 2007

JOM JOIN BOLA TAMPAR!!

KELAB BOLA TAMPAR NISA'WP
Latihan berkala akan dijalankan setiap Jumaat 9-11pm dan Ahad 5-7pm bertempat di Gelanggang Bola Tampar Tmn Tasik Titiwangsa bermula 13 Mei 2007. Sila hubungi Nurul 0122585085 , Marliana 0196494659 @ Mai 0192042010 untuk keterangan lanjut.

Thursday, May 3, 2007

MENARIK: THE IDEAL MUSLIMAH

Muslimah Ideal?! Apa itu Muslimah Ideal? Nak tahu ciri-ciri Muslimah Ideal? Klik pada link di bawah...

http://www.usc.edu/dept/MSA/humanrelations/womeninislam/idealmuslimah/

She is proud of the great position that Islam has given her among humanity. She performs her duties knowing that her role is clearly defined and that her rights are still, even today, greater than any other ideology has provided. She is a woman of moral excellence, true to her nature, not confused by alien and morally bankrupt ideas... She preserves her self-respect and dignity through her piety in obedience to Allah (subhaanahu wa Ta'ala) and His Messenger (sallallaahu 'alayhi wa sallam). She is the role model that every true believer hopes to emulate.


Book Title: The Ideal Muslimah

Review: The true Islamic Personality of the Muslim woman as Defined in the Qur'an and Sunnah

Author: Dr. Muhammad Ali Al-Hashimi

Publisher: International Islamic Publisher House