Monday, May 28, 2007

NISA'WP BUKA GERAI DI KELANTAN!!

Bersempena Muktamar Tahunan PAS ke53 di Kelantan pada 30 Mei - 3 Jun 2007, Nisa'WP akan membuka gerai jualan bagi mempromosi Nisa' dan mencari dana bagi membiayai program-program Nisa'WP yang dirancang sepanjang tahun. Pelbagai barangan bakal ditawarkan kepada pengunjung seperti T-shirt muslimah, merchandise Nisa' (key chain nisa', handphone strap, note pad, book mark, sticker kereta dsbg) dan banyak lagi. Istimewa kali ini Nisa'WP akan membawa bersama produk keluaran Telaga Biru. Kepada mereka yang belum memiliki novel istimewa keluaran Telaga Biru bertajuk 'Tautan Hati' hasil nukilan Fatimah Syahra... jangan ketinggalan.. dapatkan novel ini di gerai Nisa'WP.

'Bersama Menjana Kewangan'

No comments: