Bersempena kedatangan bulan Ramadhan, Nisa’ Batu dengan kerjasama PERKIM Cawangan Sentul Timur mengambil inisiatif mengadakan talk show khusus membincangkan mengenai solat dan puasa pada 29 Ogos yang lalu.
Bertempat di Surau Al Islah Bandar Baru Sentul, Ustazah Nor Hafizah Musa bersama suami, Dr Azhar Yaacob diundang bagi memberikan pengisian mengenai tajuk berkenaan.
Program bermula dari jam 10 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari itu sarat dengan pengisian rohani, bersesuai dengan bulan yang penuh barakah ini.
Dalam program berkenaan, peserta yang terdiri daripada golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak dijelaskan mengenai kepentingan menjaga kesempurnaan solat, kusyuk dalam solat dan cara-cara mendapatkan kusyuk dalam solat.
Peserta juga diingatkan agar sentiasa mengerjakan solat pada awal waktu dan tidak meninggalkan solat walau dalam apa keadaan sekalipun.
Turut diberi penekanan mengenai kepentingan doa terutamanya dalam bulan Ramadhan ini selain amalan-amalan lain yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T.
Program berkenaan turut dihadiri penghuni rumah perlindungan Darul Saadah. Ini merupakan kali kedua mereka menerima jemputan ke program anjuran Nisa’ Wilayah Persekutuan.
Diharapkan program-program anjuran Nisa’ Wilayah Persekutuan dapat memberi manfaat kepada seluruh penghuni kota metropolitan ini dan dapat mendekatkan diri kita dengan Islam selain mengeratkan ukhuwah sesama kita.
Nantikan program-program yang lebih menarik pada masa akan datang.InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment