Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Alhamdulillah dengan izin dan rahmat dari Allah S.W.T, kita semua telah melepasi medan pentarbiyahan di bulan Ramadhan yang penuh barakah dan maghfirah. Moga Ramadhan pada kali ini menjadikan kita seorang hamba yang bertambah baik dari segi iman dan akhlak kita. Sesungguhnya Ramadhan yang telah berlalu, pasti dirindui dan marilah kita sama-sama doakan agar kita semua terpilih untuk betemu Ramadhan di masa akan datang.Insyaallah.
Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, saya sebagai Pengarah Nisa` Wilayah dan semua AJK-AJK Nisa` Wilayah Persekutuan ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua ahli-ahli Nisa` Wilayah yang menjadi tunjang perjuangan kami, semua AJK dan ahli-ahli Nisa`kawasan-kawasan, dan tidak lupakan juga buat semua pengunjung setia blog Nisa` Wilayah ini. Salam Kemaafan jua daripada kami seandainya terdapat salah dan silap yang kami telah lakukan sepanjang kita bersama dalam Nisa` Wilayah Persekutuan ini. Moga Syawal ini diraikan dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah Yang Maha Agung.
Dan, marilah sama-sama kita membuktikan bahawa tarbiyah Ramadhan yang telah kita lalui membawa kita untuk terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan As Sunnah, serta marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Semoga impian untuk kita menjadi anak, isteri dan wanita solehah akan kita laksanakan bersama-sama. Kita laksanakan impian bersama.
Nantikan program yang menarik daripada Nisa` Wilayah selepas Raya nanti!
Salam Aidilfitri untuk semua …..
Syawal yang dinanti akan diraikan,
Pastinya dikongsi dengan ibu dan ayah,
Salam Aidilfitri & Salam Kemaafan kami ucapkan,
Pastinya Tulus Ikhlas daripada kami Nisa` Wilayah
Salam Ukhuwwah dan Kasih Sayang...
Achik Feeza
Pengarah Nisa' WP
No comments:
Post a Comment