Thursday, November 15, 2007

UNIT PEMBANGUNAN INSAN

Pelbagai aktiviti menarik boleh anda sertai. Kemukakan cadangan anda, mungkin kami boleh realisasikan aktiviti impian anda. JOM JOIN NISA' !!!!

1 comment:

Anonymous said...

Seminar masalah remaja & cara menanganinya
Tempat:masjid wilayah,jln duta
tarikh:26/1/08(sabtu)
Masa:8.30am-1.30pm
bayaran:RM30
Pendaftaran:0122662109/0123960817


petikan iklan dari metro:
KUALA LUMPUR: Ibu bapa atau ahli keluarga yang berdepan remaja bermasalah seperti penagihan dadah, gangsterisme atau mat rempit kini boleh berkongsi rahsia, seterusnya menemui jalan penyelesaian melalui Seminar Masalah Sosial Remaja dan Teknik Untuk Menanganinya pada 26 Januari ini.

Selain mendengar pengalaman dilalui ibu bapa, program anjuran Yayasan Sahabat Iman dan Insan Malaysia (Sidim) itu menyediakan khidmat kaunseling percuma kepada peserta.

Pengerusi Sidim, Hanafi Malek, berkata program di Masjid Wilayah, Jalan Duta, itu yang bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari mensasarkan penyertaan 200 orang.

Selain ibu bapa, pihaknya berharap golongan pendidik, penuntut universiti atau mereka yang membuat kajian mengenai masalah sosial hadir sama.





Dalam program itu, dua kertas kerja dibentangkan ahli panel, iaitu Prof Dr Nasir Lanjong, bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan beliau sendiri.






Katanya, tujuan program itu diadakan untuk berkongsi pengalaman dan idea, sekali gus mencari jalan penyelesaian.

Bayaran RM30 dikenakan untuk seorang peserta dan sesiapa yang berminat boleh menghubungi Hanafi di talian 013-2007072.

“Ini adalah program pertama Sidim berikutan setiap hari saya terima banyak panggilan dan SMS (khidmat pesanan ringkas) dari seluruh negara.

“Saya berharap orang ramai mengambil peluang ini, tetapi saya minta peserta tidak membawa anak atau remaja terbabit bagi mengelak mereka tahu teknik yang bakal dipraktikkan,” katanya.