Thursday, April 15, 2010
Kami telah temui Bintang Aura Ungu!
Berhibur tiada salahnya,Kerna hiburan itu indah,Hanya pabila salah memilihnya,Membuat kita jadi bersalah….
Itulah antara lirik lagu yang dinanyikan oleh kumpulan nasyid Raihan dalam lagu mereka berhibur. Sebenarnya program kali ini tiada kaitan pun dengan kumpulan nasyid Raihan,namun Program Pencarian Bintang Aura Ungu anjuran Nisa' WP ini mengambil lirik lagu ini sebagai tema kami. Program ini juga berhasrat memberi pendedahan kepada peserta mengenai ciri-ciri lagu yang sesuai untuk didengari kerana Islam sendiri sentiasa mengingatkan umatnya meletakkan matlamat kerana Allah dalam melakukan setiap perkara. Justeru itu kami berhasrat menyentuh aspek ini bagi memberi kefahaman kepada semua yang hadir.
Pencarian Bintang Aura Ungu ini selamat berlangsung di Dewan Inst Profesional Baitulmal Kg Pandan. PBAU ini telah disertai oleh 9 artis solo dan 8 artis berkumpulan. Program ini dijalankan secara tertutup dan peserta dan penontonnya di kalangan wanita sahaja. Dimulakan pada jam 10 pagi dan tamat jam 4 petang. Antara lagu yang menjadi pilihan ialah Airmata Ibu, Badarsila, aku wanita biasa, kau ku sayang dan banyak lagi. 2 sesi telah dijalankan iaitu kategori solo di awal pagi dan di sesi petang kategori berkumpulan. 2 MC yang bertugas turut menyelitkan sedikit jenaka dan peringatan di sesi masing-masing.
Pemenang bagi setiap kategori akan menjadi wakil Nisa' WP ke konsert Aura Ungu yang dijangka berlangsung pada bulan Mei hadapan. Pemenang bagi kategori solo telah dimenangi oleh peserta dari Taman Maluri dan kategori berkumpulan dari Segambut. Pemenang menerima wang tunai dan cenderahati barangan Nisa' Pemenang tempat ke 2 dan 3 juga turut menerima hadiah. Pihak Nisa WP mengucapkan tahniah bagi pemenang dan peserta yang menyertai program ini dan ribuan terima kasih buat semua yang terlibat.
Selain mengumumkan tentang pertandingan ini, kami juga ingin berkongsi info di bawah :
Nyanyian memang boleh, tetapi ada beberapa perkara yang harus kita perhatikan iaitu:
1. Nyanyian itu harus diperuntukkan buat sesuatu yang tidak bertentangan dengan etika dan ajaran Islam.
2. Cara nyanyian si penyanyi itu mungkin boleh beralih dari lingkungan halal kepada haram, misalnya lenggang gaya dengan sengaja yang dapat membangkitkan nafsu dan menimbulkan fitnah dan perbuatan cabul.
3. Tidak berlebih-lebihan dalam hiburan dan menghabiskan waktu untuk berhibur sahaja
4. Nyanyian itu haram apabila dapat membangkitkan nafsu dan menimbulkan fitnah
5. Nyanyian yang disertai dengan perbuatan-perbuatan haram lainnya seperti minum arak dan berbuat maksiat, maka di sinilah pelakunya, dan pendengarnya diancam dengan seksaan yang sangat berat , sebagaimana sabda Rasulullah:
"Sungguh akan ada beberapa orang dari ummatku yang minum arak, mereka namakan dengan nama lain, kepala mereka itu bisa dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan nyanyian-nyanyian, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu kedalam bumi dan akan menjadikan mereka itu seperti kera dan babi." (Riwayat Ibnu Majah)
Jadi jelas sebenarnya Islam memang membolehkan nyanyian tetapi ada batas-batasnya.Kadangkala dakwah melalui nyanyian itu lebih memberi kesan daripada hanya ceramah dan kuliah-kuliah agama sahaja kan? Kesimpulanya, jadilah manusia kreatif yang berakhlak mulia dan terjaga penampilan kita sebagai muslimah mukminah lagi solehah..lagipun keistimewaan yang Allah berikan itu perlu disalurkan pada tempatnya kan? :)
Sekian sahaja, terima kasih atas kerjasama dan penyertaan yang diberikan..kami sangat terharu dengan sokongan anda! Semoga kita berjumpa lagi ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment