Wednesday, January 13, 2010

Bidadari Cemburu Padamu di Konvensyen Nisa` WP

Tarikh 10 Januari 2010, menjadi tarikh yang berharga buat warga Nisa`WP dan para hadirin yang telah menyertai Konvensyen Nisa` WP 2010.Bertempat di Dewan Sri Alam, Anjung Rahmat, Konvensyen Nisa` WP 2010 yang julung kali diadakan ini telah berjaya dengan jayanya.Terima Kasih Allah...Terima kasih kerana Engkaulah sebaik-baik Perancang dan sebaik-baik Penolong. Konvensyen Nisa` WP 2010 ini diwarnai dengan ucapan dan amanat yang berilmiah daripada Pengarah Nisa` WP iaitu Pn,Norhafiza Bt Fadzil, Pengarah Nisa` Malaysia, Dr Rosni Bt Adam dan cetusan semangat daripada bonda tercinta kami, Ustazah Nuridah Bt Md Salleh selaku Ketua Muslimat WP.

Slot utama yang merealisasikan objektif Konvensyen ini adalah slot Penganugerahan Kad Keahlian Nisa` WP.Sebanyak 9 kawasan telah berjaya didaftarkan menjadi ahli Nisa` Wilayah, seterusnya secara automatik menjadi ahli Nisa` Kawasan.

Antara kawasan yang terlibat adalah Nisa` Bandar Tun Razak, Nisa` Batu, Nisa` Kepong, Nisa Lembah, Nisa` Setiawangsa,Nisa` Segambut, Nisa` Titiwangsa, Nisa` Putrajaya dan juga Nisa` Wangsa Maju.Turut diserikan juga adalah slot penyampaian cenderamata buat mantan-mantan AJK Nisa` WP yang telah banyak berjuang dan berkorban bersama Nisa` Wilayah.Jasamu Dikenang! Susah senang kita bersama. Yang paling menarik pada Konvensyen ini adalah slot Talkshow bertajuk “Bidadari Cemburu Padamu....”yang telah berjaya menggugat para hadirin hingga ke akhir program. Penyampaian yang begitu berilmiah dan berkesan telah disampaikan oleh Panel Jemputan iaitu Ustazah Nurhafizah Bt Musa dan juga Dr Rosni Bt AdamSlot selama 1 jam 15 minit itu begitu bermanfaat dan sarat dengan ilmu yang berguna buat hadirin dalam menjadikan diri sebagai salah seorang wanita yang dicemburui bidadari di syurga.Menariknya, peserta didedahkan dengan kenapa dan mengapa bidadari syurga mencemburui wanita-wanita di dunia, halangan dan cabaran-cabaran bagi seorang wanita. Para hadirin juga diberikan tip-tips untuk menjadi salah seorang penghulu bidadari atau bidadari di syurga nanti.Ilmu-ilmu yang telah disampaikan tersebut begitu berharga buat kami semua.Seorang insan yang bergelar seorang wanita.Wanita yang sedang mencari dan dahagakan ilmu untuk menjadi wanita solehah.Seterusnya, menjadikan kami untuk turut bersama-sama menjadi salah seorang penghulu bidadari di syurga nanti.Insyaallah. Selain itu juga, Konvensyen ini diserikan dengan persembahan deklamasi sajak yang bertajuk “Seindah Bidadari Syurga”.Sajak yang telah dideklamasikan, merupakan salah satu hadiah istimewa buat para peserta.Sajak yang menyentuh hati itu membawa kami untuk terus menghayati sejarah dan menyelusuri liku-liku kehidupan dan perjuangan serikandi-serikandi Islam yang sanggup berjuang dan berkorban mempertahankan keimanan mereka terhadap Allah S.W.T.

Pelbagai iktibar dapat kita teladani melalui kisah mereka.Kisah Hawa, kisah Siti Khadijah r.a, Aisyah r.a, Fatimah Az Zahra, Asiah, Khaulah al Azwar, Zainab Bt Ali, Halimatus Saadiah, Masyitah, Nailah al Farafisah, Balqis, Zulaikha dan serikandi Islam yang lain telah diganjari syurga oleh Allah S.W.T.Walaupun kita mungkin tidak mampu meletakkan nama kita sebaris dengan para serikandi ini tetapi marilah kita berusaha untuk memperbaiki diri dan meningkatkan keimanan kita supaya kita dapat bersama-sama mereka di syurga nanti....

Selain mendapat ilmu dan cetusan motovasi yang berguna, hadirin juga diberikan cenderahati khas daripada Nisa` Wilayah Persekutuan.Dan, seramai 20 orang insan-insan bertuah juga menyerikan Slot Cabutan Bertuah, slot yang menutup tirai Konvensyen Nisa` WP 2010. Di kesempatan ini, jutaan terima kasih buat warga Nisa` WP dan para hadirin yang telah memeriahkan Konvenysen Nisa` WP 2010 ini. Semoga terus istiqamah untuk terus menghadiri program-program Nisa' yang lain.
Kepada mereka yang tidak berpeluang untuk menghadirkan diri, insya Allah kami di peringkat Nisa` Wilayah akan cuba membawakan kepada anda program-program yang lebih menarik dan padat dengan ilmu-ilmu pengisian rohani dan mendidik jiwa.
Kepada adik-adik, kakak-kakak yang berminat untuk menjadi salah seeorang Ahli Nisa` WP, jangan segan silu untuk menghubungi Setiausaha Nisa` WP, iaitu Azi (013-200 9426).Manakala, penerangan dan maklumat mengenai Nisa` Wilayah Persekutuan juga boleh didapati dengan menghubungi Yani (017-353 3468). Mudah saja kan!!
Kami juga mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama daripada mana-mana Badan NGO, IPT, sekolah-sekolah dan mana-mana pihak yang memerlukan khidmat dan sokongan kami.

Untukmu Wanita : "Kerana Dirimu Begitu Berharga...............”

1 comment:

Ummi Mujahidah said...

salam, em kak azi bersajak ke? patutlah wat ucapan presiden pun dikata jiwang. hehe.. trskn akak. bkn jiwang tp kelembutan seorang muslimah itu. :-)