Friday, November 30, 2007
Tuesday, November 27, 2007
PENGUMUMAN!!!!
Monday, November 26, 2007
Thursday, November 22, 2007
UKJ~VACANCIES
Binalah Kerjaya Cemerlang Bersama Bank Pilihan Anda
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan-jawatan berikut:
1. EKSEKUTIF KONTRAK
Syarat-syarat kelayakan:
* Mempunyai kelulusan minimum Diploma dalam bidang Perbankan/ Pengurusan Perniagaan/ Perakaunan/ Ekonomi/ Pentadbiran Awam dari institusi pengajian yang diiktiraf oleh JPA/LAN.
* Memperolehi Himpunan Purata Nilai Markah (HPNM) sekurang-kurangnya 2.50 ke atas.
* Berumur di antara 21 – 30 tahun
* Mempunyai kemahiran komunikasi dan boleh berinteraksi dengan semua golongan
2. KERANI KONTRAK
Syarat-syarat kelayakan:
* Berumur di antara 18 – 25 tahun
* Kelayakan akademik
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan pencapaian sekurang-kurangnya;
Bahasa Melayu : Kredit
Matematik : Kredit
Bahasa Inggeris : Lulus
* Mahir menggunakan komputer
* Pengalaman dalam bidang perbankan/perakaunan adalah satu kelebihan
Calon yang berminat boleh memohon secara bertulis dengan mengemukakan perkara-perkara berikut:
* Maklumat peribadi (resume)
* Salinan sijil-sijil akademik
* Sekeping gambar saiz passport
Permohonan yg lengkap boleh dihantar ke alamat dibawah:
Jabatan Perjawatan & Perancangan Tenaga Kerja
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
Tingkat 13, Bangunan Bank Rakyat
Jalan Tangsi, Peti Surat 11024
50732 Kuala Lumpur
Tel: 03-26129473/79/80
Permohonan secara online adalah digalakkan. Layari laman www.bankrakyat.com.my (e-Kerjaya)
Tarikh tutup : 3 Disember 2007
(Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga)
SELAMAT MENCUBA & SEMOGA BERJAYA!!!
UNIT KERJAYA NISA'WP ~ YOUR FUTURE, OUR CONCERNS!!
Wednesday, November 21, 2007
NISA'WP LAHIRKAN DREAM TEAM!!
NISA’ WP menggariskan matlamat dalam program kali ini iaitu untuk memantapkan gerak kerja Nisa` WP diperingkat Wilayah Persekutuan dan kawasan di samping memberi kefahaman yang jelas tentang matlamat dan hala tuju NISA’.
Program ini diisi dengan pelbagai pengisian dan tajuk yang mantap seperti Konsep organisasi dan Ciri-ciri organisasi cemerlang yang menjelaskan kepada para peserta cara-cara untuk membentuk sebuah organisasi yang cemerlang dan meningkatkan kualiti gerak kerja dalam organisasi secara lebih sistematik yang disampaikan oleh Ustaz Idris Ahmad.
Selain itu, satu slot bertajuk Kepimpinan yang disampaikan oleh Ustazah Hasrina, telah memberi impak yang berkesan kepada peserta mengenai konsep kepimpinan yang sebenarnya dan mengenali ciri-ciri pemimpin dan persediaan untuk menjadi seorang pemimpin yang cemerlang.
Dalam mendepani cabaran kota metropolitan ini, penggerak Nisa’ perlu lebih bersedia dan melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan supaya gerak kerja akan lebih tersusun. Menyedari keperluan ilmu pengurusan ini, Nisa’WP mengundang Dr.Hamdan Syukur bagi memberikan panduan kepada peserta dalam memandu organisasi NISA’ ke arah yang lebih jelas dan tersusun. Penyampaian bertajuk Pengurusan Strategik, berjaya membuka minda NISA’ dalam menentukan corak pengurusan yang lebih terancang.
Selain pengisian ceramah yang menarik, program kali ini turut diisi dengan aktiviti riadah dan santai seperti sessi suai kenal antara peserta program dan Exco Nisa’WP, Latihan Dalam Kumpulan (Brainstroming 3 unit dalam Nisa’, Brainstorming Isu Semasa), Qiamullail, Kuliah Subuh, Tazkirah Berantai, Ramah Mesra Bersama BONDA NISA’, Forum ‘Khidmat Nisa’ buat BONDA’ dan sessi belajar berenang bersama Dr Rosni – Timbalan Pengarah Nisa’ Malaysia.
Program ini diakhiri dengan slot terakhir, yang begitu bermakna kepada para peserta iaitu Heart to Heart - Sharing Session bersama Pengarah NISA` Wilayah Persekutuan iaitu Puan Hani Ali. Pelbagai komen dan kritikan diterima daripada peserta dan pihak Exco Nisa’WP menerimanya dengan berlapang dada. Program ini diakhiri dengan Lambaian Ukhuwah. Para peserta bersalam-salaman antara satu sama lain sebelum meninggalkan tapak program sekitar jam 5.30 petang.
Melalui program NISA` WP DREAM TEAM ini, ia dapat memberi seribu satu manfaat melalui pengisian-pengisiannya yang mana merangkumi aspek dunia dan akhirat. Dan, yang paling penting adalah untuk melahirkan para pelapis NISA` yang akan memartabatkan dan memantapkan lagi organisasi NISA` Wilayah Persekutuan pada masa akan datang.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta dan AJK-AJK yang telah menjayakan program NISA` WP DREAM TEAM ini.
“Mantapkan Iltizam, Semarakkan Perjuangan”
SUKARELAWAN NISA' DIPERLUKAN!!!
Aktiviti ini dirancang dalam menghidupkan nur Islam di sana. Kelas akan dibuat 2 kali seminggu antara jam 8.00 hingga 10.00 malam.
Anda akan ditugaskan untuk mengajar Al Quran kepada penghuni disana yang terdiri di kalangan adik-adik dari sekolah rendah dan menengah.
InsyaAllah sedikit sagu hati akan diberikan... satu saluran menjana pendapatan, apatah lagi di akhirat sana pendapatan kita lagi berganda.
Justeru tunggu apa lagi NISA’ sekalian?? sambutlah tawaran ini!!.. Lagi ramai, lagi meriah dan agihan tugas lebih mudah.
Semoga rahmat Allah SWT menaungi kalian. Hubungi UKK melalui talian 019-6901016, 0148492029, 016-3672961.
Tuesday, November 20, 2007
Friday, November 16, 2007
Thursday, November 15, 2007
UNIT KHIDMAT & KAUNSELING
UNIT KERJAYA NISA' WILAYAH PERSEKUTUAN
UNIT PEMBANGUNAN INSAN
Wednesday, November 14, 2007
TERBARU DI PASARAN!!
UNIT KERJAYA ~ VACANCIES
Requirement:
LCCI / Diploma / Degree in Accounting
Knowledge in accounting software
Trading company
Female
Based on Taman Maluri
Send your application and resume to
Unit Kerjaya Nisa’WP at maisuharah@yahoo.com
or contact 0192135353 for more details.
NISA’WP CAREER UNIT ~ YOUR FUTURE, OUR CONCERNS
UNIT KERJAYA ~ VACANCIES
1. IT
well verse in networking, C++, VB
Few years experience in software development, IT project
2. Engineering dept
Degree in any engineering field
3. Sales/marketing
Degree in any field
Those who are interested please email me your CV at
shaibi@fecinc.com.my/shaibi@ hotmail.com
NISA’WP CAREER UNIT ~ YOUR FUTURE, OUR CONCERNS
Sunday, November 11, 2007
NISA' EXPLORACE 2007 BERJAYA!!
Kumpulan 2 muncul kumpulan pertama sampai ke Hentian Penamat setelah menyudahkan keseluruhan 11 cabaran NISA’ EXPLORACE 2007. Explorace yang berlangsung selama 3 jam ini tamat pada jam 1 tengahari.
Pn. Noraiza, dalam ucapan penutup mewakili pihak asrama merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada NISA’WP di atas kesudian NISA’WP menerima undangan mereka bagi menganjurkan explorace ini. Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh CREW NISA’ berjaya meyakinkan pihak asrama untuk melanjutkan kerjasama antara NISA’WP dan ASPURI Sri Saujana dalam menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat untuk penghuni asrama.
Mai Suharah Basaruddin
Coordinator
NISA’ EXPLORACE 2007 – SRI SAUJANA
Monday, November 5, 2007
JOIN NISA' EXPLORACE CREW NOW!!
bakal diadakan pada
di Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Explorace yang bakal berlangung bermula jam 9 pagi
itu akan disertai oleh peserta sekitar Sri Petaling.
Ahli NISA' diseru menyertai
bagi membantu melancarkan lagi program ini.
Kami masih kekurangan tenaga untuk menyelaras aktiviti PIT STOP. Semoga dengan penyertaan anda akan memeriahkan lagi Explorace ini dan seterusnya dapat mengeratkan ukhuwah antara kita.
Berminat??!! Hantarkan NAMA ANDA,
TEMPAT TINGGAL & NOMBOR UTK DIHUBUNGI
KE 0192135353
contoh: MAI SUHARAH SEGAMBUT 0192002020
Mai Suharah
Head Coordinator Nisa' Explorace
0192135353