Friday, March 30, 2007

JOM JOIN KHIDMAT MASYARAKAT DI KG BEREMBANG

Khamis 29 Mac 2007- NISA'WP bersama-sama wakil Nisa' Malaysia berkesempatan menziarahi penduduk Kg Berembang, mangsa kerakusan dan ketamakan Pihak Berkuasa Tempatan MPAJ. Kami tiba di Kg Berembang pd jam 8.45 malam. Sejurus tiba, kami disambut oleh Sdr Lukhman yang bertugas di sana mewakili NGO Alumni. Selepas taklimat ringkas disampaikan oleh Sdr Lukhman, kami dibawa ke khemah seorang warga emas. Disana, kami mengenali Mak Wan dan Kak Linda. Melalui mereka kami mula memahami cerita sebenar yang berlaku di Kg Berembang dan mula merasai keperitan hidup yang terpaksa dialami mereka.
Mak Wan yg sudah hampir 42 tahun tinggal di Kg Berembang, tiba-tiba dihalau tidak ubah seperti pelarian perang. Syahdu sungguh mendengar kisah mereka. Pihak PBT tidak berhak menghalau mereka dr penempatan itu kerana masih ada kes mahkamah yang belum selesai dan mereka sendiri sudah mendapatkan surat jaminan dari Jabatan Perdana Menteri untuk menangguhkan perobohan rumah mereka, sementara menunggu perbicaraan kes mahkamah selesai dan penempatan baru yang sesuai disediakan.
Sementara mendengar kisah duka mak wan dan beberapa jiran yang mengunjungi khemah mak wan, saya dan seorang ahli NISA'WP menyertai mesyuarat JK Bertindak di Bilik Gerakan Kg Berembang bersama-sama wakil alumni dan AJK Kg Berembang. Kami diberikan sedikit taklimat berkenaan suasana di Kg Berembang. Untuk makluman, anak2 Kg Berembang dalam keadaan trauma yang agak membimbangkan, sehinggakan ada yang mengambil keputusan tidak mahu bersekolah kerana sudah hilang fokus untuk belajar dek kerana memikirkan masa depan mereka yang masih samar2. Trauma ini juga hasil kebiadapan PBT yang merobohkan rumah mereka dgn cara yang kasar berserta samseng-samseng upahan dan perobohan sudah masuk kali ke 4.
Perbincangan difokuskan kepada masalah anak2 Kg Berembang dan bantuan yang ingin ditawarkan oleh rombongan kami. Hasil perbincangan, aktiviti yang bakal diadakan menumpukan kepada 3 perkara iaitu
1.Kaunseling & Motivasi
2.Kelas Tuisyen
3.Kelas Agama.
NISA'WP diamanahkan untuk mengetuai program Kaunseling & Motivasi. Sebagai makluman tambahan, saya perhatikan ada juga NGO2 yang membantu, tetapi tidak bersifat jangka panjang, bersifat hiburan dan tiada elemen agama diselitkan. Kami merancang mengadakan program mingguan, dan dalam sebulan sekali akan bermalam bersama-sama mereka di 'HOMESTAY' Kg Berembang. Sehubungan dengan itu, saya menyeru semua ahli NISA' yang ingin melibatkan diri dalam program adik angkat & kakak angkat Kg Berembang, ingin merasai keperitan mereka, ingin menyalurkan kasih sayang kepada adik2 ini, sila hubungi kami segera bagi memudahkan pihak JK mengatur jadual dan mengukur kekuatan untuk turun dalam memberikan khidmat masyarakat kepada adik2 Kg Berembang.
Perlu diingatkan.. . amanah ini perlu dipikul bersama dan matlamat kita ialah bagi memastikan kekuatan jati diri adik2 ini, fikrah agama yang mantap, dan InsyaAllah bakal menjadi pendukung agama pd masa akan datang. Seperti yang disebut oleh Sdr Lukhman, kita mahu bersama-sama adik ini sehingga ke Syurga nanti..yang kekal abadi...
Hubungi : Mai 019-2042010

No comments: