Tuesday, March 27, 2007

ROADSHOW NISA'WP

“BERSAMAMU……..NISA’ WILAYAH”

Bertempat di Bandar Tun Razak, Nisa’ KL Dream Team telah mengadakan sesi penerangan Nisa’ diketuai oleh Pn Hani. Sesi dimulakan dengan tayangan montaj NISA’ dan seterusnya diikuti sessi penerangan oleh Pn Hani sendiri. Seramai lebih 50 peserta yang terdiri daripada remaja perempuan dan wanita telah menghadiri taklimat ini.
Kaunter keahlian turut dibuka kepada mereka yang berminat di samping kaunter jualan pelbagai barangan NISA’ seperti tuala tangan dan muka, “notepad”, penanda buku, pelekat kereta dan lain-lain. Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan penerangan berkenaan Nisa’ Wilayah, boleh menghubungi talian 019-603 9178.

No comments: