Gagal tapi berjaya... Menarik bukan? Mari kita fahami maksudnya dgn klik pd link di bawah..
Selamat menonton!!!
http://www.damaitv.com/material.php?id=4283&cat=remaja
Friday, March 30, 2007
JOM JOIN KHIDMAT MASYARAKAT DI KG BEREMBANG
Khamis 29 Mac 2007- NISA'WP bersama-sama wakil Nisa' Malaysia berkesempatan menziarahi penduduk Kg Berembang, mangsa kerakusan dan ketamakan Pihak Berkuasa Tempatan MPAJ. Kami tiba di Kg Berembang pd jam 8.45 malam. Sejurus tiba, kami disambut oleh Sdr Lukhman yang bertugas di sana mewakili NGO Alumni. Selepas taklimat ringkas disampaikan oleh Sdr Lukhman, kami dibawa ke khemah seorang warga emas. Disana, kami mengenali Mak Wan dan Kak Linda. Melalui mereka kami mula memahami cerita sebenar yang berlaku di Kg Berembang dan mula merasai keperitan hidup yang terpaksa dialami mereka.
Mak Wan yg sudah hampir 42 tahun tinggal di Kg Berembang, tiba-tiba dihalau tidak ubah seperti pelarian perang. Syahdu sungguh mendengar kisah mereka. Pihak PBT tidak berhak menghalau mereka dr penempatan itu kerana masih ada kes mahkamah yang belum selesai dan mereka sendiri sudah mendapatkan surat jaminan dari Jabatan Perdana Menteri untuk menangguhkan perobohan rumah mereka, sementara menunggu perbicaraan kes mahkamah selesai dan penempatan baru yang sesuai disediakan.
Sementara mendengar kisah duka mak wan dan beberapa jiran yang mengunjungi khemah mak wan, saya dan seorang ahli NISA'WP menyertai mesyuarat JK Bertindak di Bilik Gerakan Kg Berembang bersama-sama wakil alumni dan AJK Kg Berembang. Kami diberikan sedikit taklimat berkenaan suasana di Kg Berembang. Untuk makluman, anak2 Kg Berembang dalam keadaan trauma yang agak membimbangkan, sehinggakan ada yang mengambil keputusan tidak mahu bersekolah kerana sudah hilang fokus untuk belajar dek kerana memikirkan masa depan mereka yang masih samar2. Trauma ini juga hasil kebiadapan PBT yang merobohkan rumah mereka dgn cara yang kasar berserta samseng-samseng upahan dan perobohan sudah masuk kali ke 4.
Perbincangan difokuskan kepada masalah anak2 Kg Berembang dan bantuan yang ingin ditawarkan oleh rombongan kami. Hasil perbincangan, aktiviti yang bakal diadakan menumpukan kepada 3 perkara iaitu
1.Kaunseling & Motivasi
2.Kelas Tuisyen
3.Kelas Agama.
NISA'WP diamanahkan untuk mengetuai program Kaunseling & Motivasi. Sebagai makluman tambahan, saya perhatikan ada juga NGO2 yang membantu, tetapi tidak bersifat jangka panjang, bersifat hiburan dan tiada elemen agama diselitkan. Kami merancang mengadakan program mingguan, dan dalam sebulan sekali akan bermalam bersama-sama mereka di 'HOMESTAY' Kg Berembang. Sehubungan dengan itu, saya menyeru semua ahli NISA' yang ingin melibatkan diri dalam program adik angkat & kakak angkat Kg Berembang, ingin merasai keperitan mereka, ingin menyalurkan kasih sayang kepada adik2 ini, sila hubungi kami segera bagi memudahkan pihak JK mengatur jadual dan mengukur kekuatan untuk turun dalam memberikan khidmat masyarakat kepada adik2 Kg Berembang.
Perlu diingatkan.. . amanah ini perlu dipikul bersama dan matlamat kita ialah bagi memastikan kekuatan jati diri adik2 ini, fikrah agama yang mantap, dan InsyaAllah bakal menjadi pendukung agama pd masa akan datang. Seperti yang disebut oleh Sdr Lukhman, kita mahu bersama-sama adik ini sehingga ke Syurga nanti..yang kekal abadi...
Hubungi : Mai 019-2042010
Tuesday, March 27, 2007
KELAS RENANG NISA’ WP MEMASUKI FASA KE-3
12 jam/6 sessi
(2 jam setiap sessi)
Bayaran RM250
- Tenaga pengajar berpengalaman dan terlatih
- Sijil akan dikeluarkan
- Hari : Isnin & Khamis
- Masa : 8 hingga 10 malam
- Tempat: Consist Training Centre, Ulu Kelang
BAJU RENANG TURUT DIJUAL!
Hubungi : Fauziah 017-310 4552
Penyertaan terhad kepada 10 orang satu kumpulan. Daftar segera.......
USAH KETINGGALAN!!!
ROADSHOW NISA'WP
“BERSAMAMU……..NISA’ WILAYAH”
Bertempat di Bandar Tun Razak, Nisa’ KL Dream Team telah mengadakan sesi penerangan Nisa’ diketuai oleh Pn Hani. Sesi dimulakan dengan tayangan montaj NISA’ dan seterusnya diikuti sessi penerangan oleh Pn Hani sendiri. Seramai lebih 50 peserta yang terdiri daripada remaja perempuan dan wanita telah menghadiri taklimat ini.
Kaunter keahlian turut dibuka kepada mereka yang berminat di samping kaunter jualan pelbagai barangan NISA’ seperti tuala tangan dan muka, “notepad”, penanda buku, pelekat kereta dan lain-lain. Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan penerangan berkenaan Nisa’ Wilayah, boleh menghubungi talian 019-603 9178.

Monday, March 26, 2007
TERBARU DR NISA'WP ... STICKER KERETA....
STICKER KERETA NISA'... HANYA RM 3!!!
JANGAN KETINGGALAN DAPATKAN SEGERA!!!
Dapatkan juga produk-produk NISA' yang lain seperti:
1. Hand Towel - RM7
2. Face Towel - RM4
3. Bookmark Edisi Nisa' Games 2007 (5 keping) - RM4
4. Notebook Edisi Nisa' Games 2007 - RM2.50
5. T-shirt NISA' - RM34
6. Baju Renang Muslimah (Saiz S - XXL) - Harga dr RM105 - RM 195.
7. CD Single Nisa' Games 2007 - RM10
8. T-shirt Muslimah (Brotherhood) - RM34
9. T-shirt Muslimin (Brotherhood) - RM 24-25
Hubungi Pengarah Jualan NISA'WP... Syima 016-3672961 & Zarina 0192649508
Friday, March 23, 2007
ASMA'.....MODEL CONTOH REMAJA ISLAM!!!
Assalamualaikum pembaca blog yang dikasihi sekalian. Seperti yang dijanjikan sebelum ini, kami bawakan transkrip temubual NISA'WP yang diwakili Kartini Ahmad bersama pemain bola tampar NISA'WP adik Asma' Ahmad Razali yang mendapat kejayaan cemerlang dalam SPM 2006 baru-baru ini. Temubual dijalankan pada 18 Mac 2007 bertempat di Gelanggang Bola Tampar Kompleks Sukan Tasik Titiwangsa. Kita ikuti hasil temubual ini....
NISA'WP: Boleh ceritakan sedikit berkenaan latarbelakang saudari?
ASMA': Saya dilahirkan pada 1 Jun 1989 di El Paso, Amerika Syarikat dan merupakan anak ketiga daripada enam orang adik-beradik. Ayah saya merupakan lulusan kursus kejuruteraan dan ibu saya adalah graduan dalam bidang perniagaan dan sekarang ini kedua-duanya menjalankan perniagaan insurans. Saya sendiri telah memasuki alam persekolahan sejak usia 3 tahun di Tadika Al-Hidayah di Selayang dan seterusnya bersekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Selayang Baru sebelum bertukar ke Sekolah Rendah Sinaran Budi. Untuk peringkat menengah pula, pada mulanya saya bersekolah di Sekolah Agama Menengah Rawang dan kemudiannya sehingga saya mengambil SPM, di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang. Saya merupakan seorang pengawas di sekolah sehingga Tingkatan Empat. Berkenaan hobi, saya tidak mempunyai sebarang hobi tetap cuma saya bergiat aktif dalam bidang sukan seperti olahraga, bola jaring, bola tampar, ping pong dan bowling selain turut terlibat dengan kumpulan nasyid. Dalam persatuan pula, saya merupakan exco BADAR dan pernah terlibat dalam Nadwah Kepimpinan Islam. Di antara anugerah yang saya pernah terima di peringkat sekolah ialah Anugerah Tokoh Pelajar Terbaik dari Tingkatan Satu hingga Tiga manakala pencapaian di dalam peperiksaan pula adalah 5A dalam UPSR, 9A dalam PMR dan baru-baru ini, 11 A1, 1 A2 dalam SPM.
NISA'WP: Apakah teknik pembelajaran yang diamalkan oleh saudari?
ASMA': Oleh kerana saya sekolah di sekolah berasrama, masa saya sebenarnya amat terhad kerana perlu terlibat dengan pelbagai aktiviti di asrama. Namun begitu, saya percaya kepada prinsip “bukan banyak mana masa yang diperlukan tetapi lebih kepada bagaimana kita meningkatkan kualiti dalam penggunaan masa tersebut” dalam erti kata lain, memaksimakan kualiti masa itu. Di dalam kelas, saya akan menumpukan perhatian sepenuhnya ketika guru mengajar. Selain itu, kami di sekolah turut membuat kumpulan belajar (study group) sesama kami dengan tujuan utamanya untuk meningkatkan daya ingatan terhadap sesuatu bab yang dipelajari bagi setiap subjek. Di antara kaedah yang digunakan adalah contohnya bagi subjek Biologi, setiap kumpulan belajar tadi akan berbincang dan kemudiannya merekacipta sesuatu “singkatan” (pneumonic) untuk mengingati suatu bab, “singkatan” yang paling kreatif serta paling mudah diingati akan dipilih untuk dijadikan bahan bagi mengingati bab tersebut oleh semua pelajar. Saya dapati cara ini adalah antara cara paling berkesan untuk menghafal bagi mana-mana subjek.
NISA'WP: Tentunya di pihak saudari sebagai seorang pelajar mempunyai pengalaman menarik yang boleh dikongsi bersama pembaca blog ini.
ASMA': Di antara pengalaman yang paling menarik ialah apabila saya menganjurkan satu kempen yang dinamakan “Kerana Dirimu Begitu Berharga”. Kempen ini adalah kempen untuk menggalakkan pelajar perempuan memakai sarung kaki di mana kita menerangkan berkenaan mengapa pelajar perempuan perlu memakai sarung kaki kerana ia merupakan sebahagian daripada aurat yang wajib dilindungi. Walaupun pada mulanya kempen tersebut tidak mendapat sambutan termasuk daripada rakan-rakan sendiri tapi apabila diberikan penerangan akhirnya ramai yang dapat menerima dan mengubah daripada keadaan tidak memakai sarung kaki kepada memakai sarung kaki. Saya dapati, kadangkala ada di antara mereka tidak mendapat kefahaman yang jelas berkenaan sesuatu terlebih dahulu sebelum mereka betul-betul mengamalkannya oleh itu, amalan mereka itu tidak istiqamah berbanding jika mereka mengamalkan setelah mendapat kefahaman yang jitu berkenaan sesuatu amalan.
Selain daripada itu, saya juga berpengalaman dalam membantu untuk memulihkan pelajar yang terkena histeria di asrama di mana kadangkala sehingga menyebabkan kita kurang rehat dan tidur. Walaubagaimanapun, saya sentiasa berpegang kepada prinsip “Jika kita menolong agama Allah, Allah akan menolong kita pula”.
NISA'WP: Boleh saudari ceritakan kepada pembaca, selain daripada usaha-usaha yang dilakukan, apakah lagi yang saudari lakukan untuk mencapai keputusan yang memberangsangkan dalam peperiksaan?
ASMA': Suka saya kongsikan bahawa di samping usaha saya mengulangkaji pelajaran, saya juga mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis dan Qiyam (bangun melakukan ibadah-ibadah tertentu). Bagi saya, berjaga malam kurang berkesan untuk mengulangkaji, oleh itu, saya akan bangun menjelang Subuh dan seterusnya melakukan Solat Hajat dan sebagainya. Selepas Subuh, saya mengamalkan membaca Manzil (ayat-ayat tertentu yang boleh digunakan sebagai pendinding). Saya percaya bahawa kejayaan cemerlang hanya dapat diperolehi melalui usaha kita di samping berdoa dan bertawakkal kepada Allah S.W.T. Kadangkala saya bukan sahaja berpuasa Isnin dan Khamis bahkan sepanjang minggu kerana pada saya, berpuasa menjadikan tubuh kita menjadi lebih segar dan bertenaga untuk melakukan apa jua aktiviti pun.
NISA'WP: Bagaimanakah keadaaan kehidupan sosial saudari?
ASMA': Saya secara peribadi bukan seorang yang suka keluar dengan rakan-rakan sekolah sebagaimana mungkin sesetengah remaja gemar melakukannya. Saya lebih suka terikat dengan keluarga kerana dengan mereka, saya berasa lebih selesa dan selamat. Saya cuma pernah keluar menonton wayang sekali sahaja, itu pun dengan abang saya sendiri. Namun begitu, saya bukanlah seorang yang bersikap anti-sosial kerana saya mampu bergaul baik dengan rakan-rakan sewaktu di sekolah.
Saya pernah berkawan dengan seseorang di mana beliau merupakan seorang pelajar yang baik di sekolah namun apabila berada di luar sekolah, beliau seolah-olah mendapat kejutan budaya dan terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang. Pada saya, saya jadikan peristiwa tersebut sebagai satu pengajaran dan seterusnya saya mengambil inisiatif untuk bergaul dengan remaja seperti ini untuk mengetahui apakah puncanya mereka boleh berkelakuan demikian. Remaja adalah satu kelompok manusia yang suka mencuba namun kadangkala mereka tidak sedar apa yang mereka lakukan itu boleh memudaratkan mereka sehingga mereka terjebak ke kancah yang lebih serius. Saya fikir ia menjadi tugas berat kepada remaja seperti saya untuk cuba menarik golongan remaja yang telah terjebak ini ke arah kehidupan yang lebih bermakna dan bermatlamat.
NISA'WP: Apa perancangan saudari selepas SPM?
ASMA': Saya berhajat ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara kerana saya juga suka mencuba sesuatu yang saya tidak pernah lakukan sebelum ini.
NISA'WP: Ada sesiapa yang saudari ingin berikan ucapan penghargaan?
ASMA': Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada kedua ibu-bapa yang banyak membantu saya, adik-beradik yang banyak memberikan sokongan moral, guru-guru yang telah berpenat-lelah memberi tunjuk-ajar sehingga memungkinkan saya mencapai kejayaan ini, warden-warden yang banyak membantu saya menjalani kehidupan yang mencabar di asrama, kakak-kakak Nisa’ yang merupakan antara orang pertama mengucapkan tahniah kepada saya serta semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan saya berjaya mencapai keputusan yang cemerlang ini.
NISA'WP: Akhir sekali, boleh saudari berikan sedikit kata-kata perangsang kepada mereka yang bakal mengambil peperiksaan dan mungkin merupakan pembaca setia blog ini khususnya serta remaja di luar sana secara umumnya.
ASMA': “Do the best because Allah always does the best to us”. Lakukan apa jua dan lakukan ia dengan cemerlang untuk seterusnya memartabtkan ISLAM di mata dunia. Sekian dan terima kasih kerana sudi menemubual saya.

p/s: Semoga kejayaan Asma' menjadi perangsang kepada adik-adik Nisa' yang bakal menduduki peperiksaan penting pada tahun ini.
Wednesday, March 21, 2007
UKJ: JAWATAN KOSONG!!
A) We are currently looking for candidate in the following areas, if you know of anyone who may be interested, please contact me directly
1. Receptionist/administrative,
well presented and good command in English,previous experience can be an advantage, hardworking, reliable and willingto learn
2. Acct assistant
3. Acct clerk, temp position till Dec 2007.
Thanks and best regards,
Christina Hiew
Human Resources Manager
Marsh Insurance Brokers (Malaysia) Sdn Bhd
19th Floor, West Block,
Wisma Selangor Dredging,
Jalan Ampang 142-C,
Kuala Lumpur 50450
Tel: 603-21613455
Did:603-27313417
Fax:603-21612230
B)
1 Vacancy as Web Programmer in Colours of Asia Sdn Bhd, Puchong Kinrara, work by contract 3 months (renewable or converted to permanent according to performance).
Salary range from RM1,000-RM1,600 per month but must know PHP Programming & CSS. Work under supervision of a Project Supervisor.
Please send your resume at saifulnang@yahoo.com

Thursday, March 15, 2007
UKJ: BIASISWA PENYELIDIKAN SAINS NASIONAL
Biasiswa Penyelidikan Sains Nasional (NSF) telah pun dibuka bermula 11 Mac 2007 sehingga 10 April 2007. Bagi sesiapa yang berminat sila apply segera. Boleh mula memohon untuk kemasukan MSc sesi hadapan..Biasiswa ini agak lumayan..
Langkah-langkah:
1.Buka website MOSTI; www.mosti.gov. my
2.Pada bahagian MOSTI GRANTS/FUNDS, sila pilih ikon eHCD
3.Sila pilih bahagian Skim Biasiswa Penyelidikan Sains Nasional (National Science Fellowship-NSF)
4.Di sini dinyatakan syarat2 dan perkara2 yang dikehendaki

Tuesday, March 13, 2007
XPDC KRES....PERKAMPUNGAN ORANG ASLI POS BERSIH
Satu pengalaman baru dikutip oleh NISA'WP apabila dijemput membantu Kelab Remaja Soleh yang dinaungi oleh Madrasah Cheras Perdana mengendalikan XPDC ke Perkampungan Orang Asli di Pos Bersih, Ulu Slim, Perak. Program yang berlangsung selama 4 hari itu bermula pada 9 Mac 2007 dan berakhir pada 12 Mac 2007. Seramai 12 wakil dari NISA'WP menyertai XPDC ini dan bertindak sebagai fasilitator bagi membantu melancarkan program ini.
Para peserta seramai 45 orang yang terdiri drp 27 lelaki dan 18 perempuan berumur antara 13 -17 tahun. Kumpulan yang dipimpin oleh Ustaz Fairus dan AJK Kelab Remaja Soleh ini bertolak dari Cheras Perdana selepas Asar pada 9 Mac 2007 dengan menaiki bas awam ke stesen komuter Serdang. Mereka kemudiannya menaiki tren komuter menuju stesen Rawang dan kemudian menaiki bas ke Slim River. Kumpulan XPDC bermalam di Surau berdekatan di Ulu Slim dan selepas sarapan bertolak masuk ke perkampungan orang asli Pos Bersih dengan menaiki lori.
Kumpulan Fasilitator NISA'WP tiba berasingan dengan kumpulan XPDC disebabkan faktor kerja dan sebagainya. Pelbagai acara dirancang dan dilaksanakan bagi memastikan peserta mendapat manfaat dr XPDC yang dijalankan. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Sukaneka bersama penduduk kampung orang asli, Misi Burung Hantu, Misi Myheart, Jungle Tracking, Kunjungan Mesra ke Rumah-rumah Orang Asli, Majlis Ramah Mesra bersama seluruh penduduk kampung yang dijemput oleh peserta sendiri dan banyak lagi.
NISA'WP diberi penghormatan untuk mengendalikan satu slot khas bagi mendekatkan lagi remaja dengan NISA'. Kami mengambil peluang itu dengan menjayakan slot Movie Critics dengan menayangkan filem KIAMAT SUDAH DEKAT. Para peserta diberi peluang menonton sebahagian dari tayangan itu dan selepas habis tayangan, mereka diminta duduk dalam kumpulan masing-masing sambil mengupas cerita yang telah ditonton. Pelbagai komen dan idea diutarakan oleh setiap peserta dan mesej berhibur tidak salah asalkan bijak memilih hiburan yang tidak bercanggah dengan syariat Islam dapat disampaikan. Secara keseluruhan, NISA'WP sangat berbesar hati dapat beganding bahu bersama-sama Kelab Remaja Soleh Cheras Perdana dalam menjayakan XPDC kali ini. Semoga objektif KRES dalam membentuk halaqah yang diimpikan dapat direalisasikan. NISA'WP sendiri bersedia untuk terus menjalinkan kerjasama dengan KRES dalam menjayakan misi dan visi yang dikongsi bersama.

Monday, March 5, 2007
UPI: KELAB RENANG NISA'WP
Alhamdulillah, kelab renang NISA'WP telahpun terbentuk dan kelas renang kumpulan pertama telah berlangsung pada 26 Februari 2007. Pendaftaran kumpulan kedua sedang dibuka. Kelas akan bermula pada 20 Mac 2007.
12 Sessi = 2jam/sessi
Bayaran= Hanya RM250
Percuma 2 sessi
Tenaga pengajar berpengalaman dan terlatih
Sijil akan dikeluarkan
Hari : Selasa & Jumaat
Masa : 8 malam - 10 malam
Tempat: Consist Training Centre, Ulu Kelang
Hubungi : Fauziah 0173104552
Penyertaan terhad kepada 10 orang satu kumpulan. Siapa cepat dia dapat!!! Jangan Ketinggalan!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)