Monday, December 11, 2006

STONE2 MUNCUL JUARA BOWLING NISA' WP

10 Disember 2006 - Bertempat di Ampang Superbowl Flamingo, Nisa’ Wilayah Persekutuan telah berjaya mengadakan Pertandingan Bowling sempena Nisa’ Games. Sebanyak 10 pasukan telah bertanding bagi merebut tempat bagi mewakili Nisa’ Wilayah Persekutuan ke Nisa’ Games peringkat pusat yang bakal diadakan di Negeri Kelantan Darul Naim pada tahun hadapan.

Dalam pertandingan yang dianggap sengit itu, para peserta telah bertarung dengan segenap kudrat mereka berbekalkan semangat kesukanan yang tinggi.

Keputusan pertandingan berpihak kepada Pasukan Stone 2 selaku Juara, Pasukan BTR mengungguli Naib Juara manakala Pasukan Pantai sekadar berpuas hati di tempat ketiga. Individu yang terpilih untuk meneruskan cabaran Nisa’ Wilayah Persekutuan di peringkat pusat pula adalah mereka yang mencatatkan jatuhan pin tertinggi di kalangan 40 orang peserta yang bertanding. Mereka terdiri daripada Puan Mariam, Puan Rosni, Saudari Nor Azlinah dan Saudari Mahayyu.

Dalam ucapan penutup, Dr. Rosni selaku Penasihat Nisa’ Wilayah Persekutuan menekankan bahawa Islam memang menggalakkan umatnya bersukan untuk mengekalkan kesihatan diri secara semulajadi. Tambah beliau lagi, wanita tidak dihalang untuk bersukan selagi menjaga batas syariat yang ditetapkan.

Pemenang-pemenang bagi Acara Bowling ini akan menerima hadiah masing-masing di dalam Acara Penutup Nisa’ Games Wilayah Persekutuan yang akan diadakan pada bulan Januari tahun 2007. Selain daripada Acara Bowling, Nisa’ Games turut membuka penyertaan untuk acara-acara lain seperti Futsal, Bola Tampar, Bola Jaring dan Badminton. Mereka yang berminat untuk menyertai sebarang acara yang disebutkan di atas boleh menghubungi urusetia di talian 019-673 2037/019-205 0319/019-603 9178.




1 comment:

Anonymous said...

Salam......


Wahh.. wah.. cun-cun blako....