Monday, December 4, 2006

JOM JOIN NISA' GAMES



JOM JOIN NISA' GAMES.....



Berita baik untuk warga kota. Julung kalinya Nisa' Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Kejohanan Sukan Nisa WP (Nisa' Games) bermula 10 Disember 2006 hingga 14 Januari 2007. Kejohanan sukan ini terbuka kepada semua remaja perempuan dan wanita berumur antara 14 - 45 tahun, dan ini menjadikan kejohanan sukan ini agak unik dimana pihak penganjur cuba mencipta suasana yang selesa bagi setiap peserta. Nisa' Wilayah Persekutuan cuba mengetengahkan kelainan dalam kejohanan yang dianjurkan dengan menekankan konsep riadah untuk kesihatan dan ukhuwah. Penyertaan bagi setiap acara adalah dalam bentuk pasukan/kumpulan kecuali bagi badminton perseorangan. Penyertaan juga terbuka kepada kumpulan-kumpulan daripada syarikat swasta, NGO dan lain-lain tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. 5 acara dipertandingkan dalam kejohanan yang dilangsungkan pada tarikh yang berasingan. Bowling akan menjadi acara pembuka tirai yang bakal dilangsungkan pada 10 Disember 2006. Acara ini dijangka akan dipertandingkan di Flamingo Bowl Ampang bermula jam 2 petang. Seterusnya, acara futsal dijangka berlangsung pada 7 Januari 2007 bertempat di Soccer XL Segambut. Akhir sekali, bagi sukan bola jaring, bola tampar dan badminton, pertandingan akan dijalankan selama dua hari iaitu pada 13 - 14 Januari 2007 di Kompleks Sukan FRIM. Acara penutup dan penyampaian hadiah akan disempurnakan pada 14 Januari 2007. Hadiah menarik menanti para pemenang dan setiap peserta akan dihadiahkan cenderahati istimewa dari Nisa' WP. Johan bagi setiap acara akan dibawa menyertai Kejohanan Sukan Nisa' Malaysia mewakili Nisa'WP yang dijangka akan diadakan pada 2 Mac 2007 di Kelantan Darul Naim. Sehubungan dengan itu, semua remaja perempuan dan wanita dipelawa menyertai acara yang dipertandingkan dan bersama-sama memeriahkan Nisa' Games WP. Daftar kumpulan anda segera!! Hubungi Tini 0196732037, Hidayah 0132091108, @ nama-nama tertera dalam iklan di atas. Maklumat terkini, sila layari http://nisawp.blogspot.com/. Jumpa anda di sana!!


Unit Promosi

Nisa' Games WP

No comments: