Wednesday, April 23, 2008

LAGI KEKOSONGAN JAWATAN..

LEMBAGA TABUNG HAJI

Kami adalah tunggak kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji terbilang.
Seiring dengan visi dan misi TH, pelawaan dibuka kepada calon-calon warganegara Malaysia dan beragama Islam yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-

PENGURUS PEMASARAN TH NEGERI (KONTRAK)

14 Kekosongan Jawatan

SYARAT KELAYAKAN DAN PENGALAMAN

Syarat-syarat permohonan untuk jawatan Pengurus Pemasaran TH Negeri adalah seperti berikut :-
1.1 Mempunyai Ijazah dari universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
1.2 Mempunyai Diploma dari universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
1.3 Berpengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam hal ehwal
pemasaran dan ’Banking and Finance’; DAN
1.4 Mempunyai keperibadian terpuji, sentiasa komited, teliti dan pro aktif; DAN
1.5 Berkemahiran ’Customer Relationship Management’ (CRM), Interpersonal
serta komunikasi dengan semua lapisan; DAN
1.6 Berkemahiran lebih dari satu bahasa dan juga boleh berbahasa Inggeris
dalam komunikasi dan penulisan; DAN
1.7 Berkebolehan dalam mengendalikan komputer.

Permohonan adalah digalakkan melalui laman Web TH iaitu ‘www.tabunghaji.gov.my’ atau yang tiada kemudahan internet boleh melalui ‘Borang SM7’ yang boleh didapati di:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Lantai 27,
Lembaga Tabung Haji, 201 Jalan Tun Razak, Peti surat 11025,
50400 Kuala Lumpur /
di setiap Pejabat TH Negeri / Daerah / Mini.

Hanya calon-calon yang berkelayakan dan terpilih sahaja akan dipanggil
temu duga. Jika calon-calon tidak dihubungi dalam tempoh tiga (3) bulan dari
tarikh tutup permohonan maka permohonan mereka dianggap tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 25 APRIL 2008

http://www.tabunghaji.gov.my/th/bm/jwtKosong/kosong170408.pdf

http://www.tabunghaji.gov.my/jobOnline/newAdvertisement.do?action=search


No comments: