Wednesday, July 18, 2007

USRAH NVBC MERIAH!!!


17 Julai 2007 - Usrah pertama Kelab Bola Tampar Nisa'WP (NVBC)berlangsung dalam suasana penuh mahabbah di rumah ahli kelab saudari Norizan Abd Kadir di Taman Mawar, Cheras dengan kehadiran seramai 10 orang ahli kelab. Majlis bermula tepat jam 8.35pm dan dipengerusikan oleh Penasihat Kelab Bola Tampar. Pengisian pada malam itu disampaikan oleh Ustazah Teh dengan membawa tajuk Doa Mustajab & Penghalang Doa dimakbulkan.



Usrah ini turut dihadiri oleh jiran tetangga tuan rumah sekitar hampir 20 orang. Selesai pengisian yang disampaikan ustazah Teh, para hadirin mengambil kesempatan bertanyakan soalan. Majlis tamat sekitar jam 10.10pm dan diakhiri dengan bacaan doa oleh ustazah sendiri. Hadirin dijamu dengan makanan yang enak dari tuan rumah. Selesai menjamu selera dan beramah mesra dengan ahli kelab dan juga hadirin yang lain, kami tidak melepaskan peluang merakamkan gambar kenangan bersama tuan rumah dan ustazah.



Note: Alhamdulillah... mesej Nisa'WP berjaya disampaikan. Ibu-ibu disana teruja dengan semangat dan komitmen kita menyatukan anak-anak muda melalui sukan dan tidak melupakan pengisian rohani. Thanks to Izzah yang menjadi PR pada malam tu...=) Terima kasih yang tak terhingga kepada tuan rumah yang sudi menerima kunjungan kami.

1 comment:

faridmw said...

salam...


erat selaturrahim sesama insan melalui sukan sekali..
dan jgn la kita putuskan silaturrahim antara kita sesama insan..