Perlawanan persahabatan dengan PETRONAS Corporate Division berlangsung di Pusat Latihan Bank Simpanan Nasional Bangi dalam suasana ceria dan harmoni. Perlawanan yang dijadualkan bermula jam 5 petang walaubagaimanapun hanya bermula pada jam 6 petang disebabkan hujan lebat dan kebanyakan pemain Nisa' terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk.
4 set perlawanan berjaya disempurnakan dan kesemua 4 set dimenangi PETRONAS. Nisa'WP menunjukkan semangat juang yang tinggi dengan mengekori rapat pungutan mata bagi setiap set perlawanan. Usai perlawanan, kedua-dua pasukan saling bertukar cenderahati dan beramah mesra dalam jamuan ringkas yang diatur oleh PETRONAS selepas Solat Maghrib. Pihak Nisa'WP sangat berbesar hati dengan undangan pihak-pihak yang sudi bekerjasama dengan Nisa'WP. Semoga perlawanan persahabatan ini menjadi titik tolak untuk mempromosikan Nisa' dan Nisa'WP khasnya dalam menjuarai isu dakwah, kebajikan dan kemasyarakatan. - myNisa'KL
No comments:
Post a Comment