Wednesday, February 28, 2007

UKK: JOM RINGANKAN BEBAN MEREKA!!!

Keluarga pesakit jantung rayu sumbangan RM18,000

Azamin Amin Wed Feb 28, 07 03:35:30 AM

KUALA LUMPUR,28 Feb (Hrkh) - Keluarga pesakit jantung Mohd Shaffie Mohamed Zin merayu sumbangan berjumlah RM18,000 daripada orang ramai bagi menampung perbelanjaan pembedahan jantung beliau di Institut Jantung Negara ketika ini.
Mereka, isteri dan anak-anaknya datang ke pejabat Harakahdaily baru-baru ini untuk meminta supaya masalah kesulitan kewangan diketengahkan supaya mendapat simpati orang ramai yang sudi meringankan masalah kewangan mereka.
Isteri beliau, Mardziah Abd Kiram berkata suaminya yang pernah berkhidmat di dalam tentera (renjer) selama 10 tahun yang kemudiannya berkerja sebagai pemandu lori, mengalami masalah kesihatan semenjak 2000.
Katanya, beliau sekeluarga yang menetap di Sijangkang, Kuala Langat, Selangor terpaksa berulang alik selama hampir 4 tahun di Hospital Klang bagi merawat masalah kesihatan suaminya dan kos sebulan selama itu mencecah RM500 sebulan namun 24 Februari lalu, beliau telah pun dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pembedahan atas nasihat doktor.
"Minta jasa baik orang ramai yang sudi membantu meringankan beban kami sekeluarga," katanya yang juga seorang suri rumah.
"Dan kos RM18,000 agak tinggi bagi kami yang tiada sumber pendapatan yang tetap," katanya lagi.
Katanya sekiranya ada pihak yang sudi memberi bantuan bolehlah menghubungi beliau di talian 016-2242103 atau rumah 03-31221489 dan sumbangan juga boleh di buat ke akaun Bank Simpanan Nasional No. Akaun : 1015629820604605 atas nama Mardziah Binti Abd Kiram.
Segala jasa baik dan sumbangan yang diberikan, pihak keluarga Mohd Shafie merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak yang berkenaan. - mks.

No comments: