Wednesday, February 21, 2007

NISA' GAMES 2007: NISA' WP KUMPUL PINGAT TERBANYAK!!!



NISA' GAMES 2007 telahpun melabuhkan tirainya pada 18 Februari 2007 dalam upacara penutup yang diadakan di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan, Pengkalan Chepa. Sepanjang kejohanan sukan ini berlangsung pelbagai suka duka, pahit dan manis dikongsi bersama diantara atlet dan ajk NISA' WP. Paling bermakna bagi NISA' WP ialah ukhuwah yang berjaya dibina dikalangan ahli kontinjen. Suatu impian yang selama ini kami harap-harapkan menjadi realiti.


Sebaik upacara perasmian penutup berakhir, kontinjen NISA'WP bergegas pulang memandangkan bas sudah lama menanti kami untuk bergerak kembali ke kota metropolitan Kuala Lumpur. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Begitulah juga dengan kontinjen NISA'WP. Indahnya pertemuan yang Allah takdirkan buat kami sehinggakan perpisahan ini menimbulkan rasa rindu untuk bertemu semula. Harapan kami dalam NISA'WP semoga ukhuwah ini dapat dikukuhkan dan kekal selama-lamanya.


Tahniah buat pasukan yang menang!!! NISA'WP boleh berbangga dengan kejayaan yang ditempa dalam NISA' GAMES 2007. Juara berganda dalam acara FUTSAL dan BOLA JARING, serta mengutip gangsa dalam acara BOLA TAMPAR menjadikan NISA'WP kontinjen yang paling kehadapan dalam pungutan PINGAT TERBANYAK!!! Walaupun kejayaan ini tidak diumumkan pd malam itu, tetapi warga Wilayah Persekutuan perlu berbangga dengan kejayaan kontinjen NISA'WP dalam NISA' GAMES 2007 ini. Bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa. Ayuh kita gandakan usaha!! InsyaAllah... kejohanan akan datang kita akan mencipta rekod baru!!! WE LOVE U.... KONTINJEN NISA' WP...


2 comments:

Kak Sakinah, DMPWP said...

DMPWP mengucapkan Setinggi-tinggi tahniah kepada Kontijen NISA' dari WP di atas kemenangan di dalam beberapa acara yg disertai.
Mudah-mudahan restu Allah mengiringi kita semua.....

Nisa_WP said...

Salam... tq kak sakinah... berkat doa dan restu kakak2 DMPWP... sokongan DMPWP menaikkan semangat kami... Allahuakbar!!!