Thursday, February 22, 2007

NISA'WP BERTEMU MB KELANTAN!!!


NISA'WP melakukan kunjungan hormat ke kediaman Menteri Besar Kelantan sebelum bertolak pulang ke ibu negara baru-baru ini. Sehari selepas NISA' GAMES 2007 berakhir, beberapa AJK NISA'WP berkesempatan mengunjungi kediaman Y.A.B. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka. Kunjungan yang pada awalnya hanya untuk melihat kediaman MB yang serba sederhana itu bagaimanapun bertukar ceria apabila tiba-tiba kereta MB melewati perkarangan rumah beliau. TG yang baru sahaja pulang dari merasmikan Akademi Al-Quran peringkat negeri Kelantan, meluangkan masa beramah mesra dengan kami dan sempat mempelawa kami naik ke rumah beliau. Memahami keadaan beliau yang keletihan, kami menolak pelawaan beliau secara baik dan mengabadikan kenangan dengan bergambar bersama TG yang dikasihi dan dihormati. Kami pulang ke Kuala Lumpur dengan membawa kenangan manis berganda. Menang besar di NISA' GAMES 2007 dan dapat bertemu empat mata dengan Y.A.B. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

No comments: