Wednesday, January 17, 2007

NISA' GAMES 2007: NISA' WP SEDIA KE KELANTAN


Nisa' Games WP 2006 melabuhkan tirainya pada 14 Januari 2007 dalam satu acara penutup yang sederhana di Kelab FRIM, Kepong. Majlis Penutup yang bermula jam 1.15 tengahari disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya 1, Wilayah Persekutuan, Pn. Salbiah Wahab. Dalam ucapan penutupnya, beliau mengingatkan bahawa Islam tidak melarang umatnya termasuk lelaki dan perempuan bersukan selagi mereka menjaga batas-batas syariat yang ditetapkan oleh syarak.
Beliau menggariskan 4 perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu muslim dalam bersukan iaitu menjaga batas aurat, menjaga batas pergaulan, tidak mengabaikan pelajaran dan menjaga solat. Menurut beliau, sekiranya 4 perkara ini dipelihara, InsyaAllah Allah akan memberkati umatNya dan tiada sebab untuk Islam melarang kita dari bersukan khususnya kaum wanita kerana sukan itu dapat menyihatkan tubuh badan.

Sejurus sebelum majlis penutup berlangsung, satu pertandingan Badminton telah dijalankan. Seramai 16 peserta perseorangan dan 3 bergu berentap dalam persaingan untuk merebut tempat mewakili Nisa'WP ke Kelantan. Perlawanan yang bermula pada jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 1.00 tengahari itu menyaksikan persaingan sengit baik dalam kategori perseorangan mahupun bergu. Kehebatan peserta-peserta Nisa' Games WP 2006 mengheret kebanyakan perlawanan ke set tambahan. Akhirnya adik Athifathul Hasanah menggungguli kategori perseorangan manakala pasangan Rosni Adam dan Suhana Roslan menjuarai kategori bergu.
Pada 13 Januari 2007, bertempat di Kompleks Belia DBKL telah berlangsung perlawanan Bola Jaring Nisa' Games WP 2006. Sebanyak 8 pasukan telah berentap dalam perlawanan kalah mati. 4 pasukan yang layak ke separuh akhir menyaksikan saingan sengit antara pasukan Garfield menentang K-Force dan KL Net menentang Titiwangsa. Garfield menang tipis ke atas K-Force 9-8 manakala KL Net menang mudah ke atas Titiwangsa. Keputusan akhir meletakkan Garfield menjadi Juara Bola Jaring Nisa' Games WP 2006, KL Net tempat kedua dan Titiwangsa tempat ketiga setelah K-Force menarik diri dalam penentuan tempat ke-3 dan ke-4.

Satu ujian saringan bagi acara bola tampar akan dijalankan pada 21 Januari ini bertempat di Kompleks Belia DBKL Cheras jam 2.30 petang. Para peserta yang telah pun menyertai acara- acara yang telah dipertandingkan sebelum juga adalah dijemput menyertai ujian saringan bola tampar tersebut. Untuk itu semua remaja perempuan dan wanita berumur 15-40 tahun diseru beramai-ramai memenuhi Kompleks Belia DBKL.

Dengan ini, Nisa'WP sudah pun bersedia untuk mencabar negeri-negeri yang lain untuk setiap kategori yang akan dipertandingkan dalam Nisa' Games 2007 di Kelantan pada 17-18 Februari 2007. Menjadi harapan Nisa'WP untuk memenangi kesemua kategori yang dipertandingkan. Semoga Allah memudahkan segala urusan dan InsyaAllah kemenangan milik Nisa'WP. Takbir!!!

Unit Promosi Nisa' Games
Nisa' Wilayah Persekutuan

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Boleh walk-in saja ke kalau nak join aktiviti sukan (cth yg terdekat b.tampar).
saya baru kenal dgn Nisa' sbb kawan forwardkan.

harap dpt maklumbalas.

Nisa_WP said...

Salam... Untuk BOLA TAMPAR Ahad ini memang walk in... Kami mengalu-alukan sekiranya anda dpt memanjangkan mesej ini dan webblog kami seluas-luasnya. Kalau tak keberatan, minta e-mail nama penuh, lokasi anda dan no contact kepada kami di nisa_wp@yahoo.com atau SMS 0192042010. Terima kasih... JUMPA DI SANA!!!!

Anonymous said...

Really proud of team NISA' Wilayah..2 thumbs up :)

Anonymous said...

salamz,

erkkk..blh join lg ke?.. hr tu x sempat nak join sbb lyn badminton final kat stadium sblh. igt nak singgah tp dah petang sgt baru habis. klu dah cukup korum xpe la, mgkin xde rezeki.

:)

Nisa_WP said...

anonymous ni name ape? camne la bole leka kat stadium sebelah? isyh4x... ok la... FYI kita masih lg tak cukup player... next training belum tetap lg coz pengurus bola tampar tak sihat... insyAllah dlm weekend ni akan buat training... so if u still interested plz sms your details to 0192042010 @ e-mail at maisuharah@yahoo.com or nisa_wp@yahoo.com... We will waiting for you... See u there :)