Tuesday, March 30, 2010

Nisa' River Camping-unforgettable experience !



Allah berfirman bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: ‘Demi sesungguhnya. Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (Surah Ibrahim, ayat 7).

Bertemakan ‘ku hargai, KasihMu, selesai sudah Nisa River Camping anjuran Nisa WP di Kem Nurlaman Bestari, Sg Tua.Pelbagai reaksi dari peserta dan ajk setelah bersama hampir 2 hari dengan berbagai aktiviti, Alhamdulillah, kem ini memberi ruang ahli nisa’ berkenal lebih rapat dan mencuba aktiviti baru bagi meningkatkan stamina. Antaranya kami berpeluang berkayak menggunakan rakit yg ditampung oleh pelampung besar.
Lihat sahaja gambar-gambar kami!



Sesi tazkirah pula menyelitkan perlunya rasa syukur dilafazkan oleh kita setiap masa dan ketika .Bermacam-macam nikmat telah kita terima, apakah kita masih tidak tahu menghargai Kasih Allah s.w.t. Kadangkala Allah masih terus memberi nikmat, walaupun kita tidak mengikut perintahNya.Subhanallah….



River Treasure Hunt juga memberi banyak pengisian bermanafaat disamping aktiviti yang merapatkan ukhuwah. InsyaAllah, kita jumpa di masa akan datang…


Sesiapa yang terlepas peluangmenyertai camping ni, tunggu pengumuman program dari kami ye!

Sunday, March 28, 2010

Jom Sertai Nisa` River Camping - 27& 28 Mac ini

Jom adik-adik dan akak-akak ke :
NISA RIVER CAMPING 2010
TARIKH : 27 & 28 MAC 2010
TEMPAT : NUR LAMAN BESTARI,SG TUA
YURAN : RM 40.00 sahaja (Sijil Penyertaan diberikan)
Jom kita timba pengalaman ber camping bersama-sama!
Sambil melihat keindahan alam ciptaan Allah Yang Maha Indah

Pendaftaran dibuka sehingga 16 Mac 2010.Daftar Segera!!
Hubungi :
013-200 9426 (Azi) & 013-986 7323 (Wan)

Saturday, March 20, 2010

Luasnya Neraka..

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:

'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?' Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.' Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159- Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

Thursday, March 18, 2010

Eksklusif utk Wanita @ BTR

 
 
Semua wanita dan remaja perempuan dijemput hadir!

Sunday, March 7, 2010

Bengkel IT Nisa' Wilayah


Alhamdulillah, pada 6 Mac 2010 lepas, unit 3N (Nisa' News Network) berjaya menganjurkan satu program Bengkel IT untuk AJK Nisa' WP.Bengkel ini berbentuk pengenalan ringkas kepada elemen-elemen teknologi masa kini seperti cara-cara membuat blog,medium komuniti digital, cara membuat poster,montaj dan juga photo editing menggunakan Adobe Photoshop.


Daripada maklum balas yang kami terima, rata-rata mengatakan bengkel seperti ini sangat baik dan perlu diteruskan pada masa akan datang.Insya Allah, kami akan cuba membuat program susulan dan juga program sebegini khas untuk remaja di Wilayah Persekutuan. Akhir kata, terima kasih kepada para peserta yang menghadiri program ini. Sekiranya anda juga berminat, selalu-selalulah melayari blog Nisa' WP ya untuk pengumuman program :)

Jejak Kasih Remaja

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, program kempen menutup aurat yang di beri nama Jejak Kasih Remaja berjaya dilaksanakan.Edaran risalah dan juga Pamplet mengenai Nisa` diedarkan di sekitar Lrt Masjid Jamek, dan juga sekitar pusat beli belah Masjid India.Moga Allah membuka pintu hati kita semua untuk terus mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.Insyaallah.

Monday, March 1, 2010

Salam Barakah Buatmu..

Salam Barakah dan tahniah buat Ukhti Siti, AJK UKS Nisa` WP yang telah bergelar seorang isteri pada ulang tahun kelahiran Nabi, 12 Rabiul Awal, 26hb 2 baru-baru ini.

Team Nisa` WP mendoakan moga Ukhti Siti & Akhi Firdaus mendapat barakah dan maghfirah dari Allah S.W.T.Semoga Ukhti Siti terus istiqamah bersama perjuangan Islam dan seterusnya menjadi isteri yang solehah serta ibu yang mithali. "Ke Arah Membina Sebuah Keluarga Sakinah, Mawaddah wa Rahmah"
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w apabila memberi tahniah kepada orang yang berkahwin, baginda mengucapkan doa ini (Sunan Abi Daud)
DOA BUAT PENGANTIN :
"Semoga Allah memberkatimu dan meletakkan keberkatan ke atasmu serta mengumpulkan kedua kamu dalam kebaikan"


Kisah Cinta Sebenar..

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang

 dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun

 langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan

 sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan

 khutbah, Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta

 kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua

 perkara pada kalian;

 

 Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-

 orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.

 

 Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang

 dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu.

 Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik

 turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas

 panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.

 

 Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba. Rasullullah akan

 meninggalkan kita semua, keluh hati semua sahabat kala itu.

 Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.

 Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas

 menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari

 mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana

 pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu

 rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang

 terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma

 yang menjadi alas tidurnya.

 

 Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan

 salam. Bolehkah saya masuk? tanyanya. Tapi Fatimah tidak

 mengizinkannya masuk, Maafkanlah, ayahku sedang demam. Kata Fatimah

 yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani

 ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah,

 Siapakan itu wahai anakku? Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru

 sekali ini melihatnya. Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap

 puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah

 bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. Ketahuilah,

 dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan

 pertemuan di dunia. Dialah Malakul Maut. Kata Rasulullah. Fatimah pun

 menahan ledakkan tangis.

 

 Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa

 Jibril tidak ikut sama menyertainya .. kemudian dipanggilah Jibril 

 yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh

 kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

 Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah? Tanya Rasulullah

 dengan suara yang amat lemah.

 Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruh mu.

 Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu..

 Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,

 matanya masih penuh kecemasan.

 Engkau tidak senang mendengar khabar ini?tanya Jibril lagi. Khabarkan

 kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?

 Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah

 berfirman kepadaku:

 ' kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah

 berada di dalamnya, kata Jibril.

 

 Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan

 ruh Rasulullah ditarik.

 Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya

 menegang.

 Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini. Perlahan Rasulullah

 mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka.

 Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril? Tanya Rasulullah pada Malaikat

 pengantar wahyu itu.

 Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal, kata Jibril.

 

 Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah mengerang, kerana sakit yang

 tidak tertahankan lagi. Ya Allah, dahsyat nian maut ini,

 timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

 Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak

 lagi.

 Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera

 mendekatkan telinganya. Uushiikum bis shalati, wa maa malakat

 aimanuku-

 Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.

 

 Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling

 berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali

 mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

 Ummatii, ummatii, ummatii- Umatku, seorang manusia yang mulia yang

 memberi sinaran itu.

 

 Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

 

 Allahumma sholi ala Muhammad wa baarik wa salim alaihin.. betapa

 cintanya Rasulullah kepada kita.
 
-Terima kasih kepada pengirim artikel ini, sesungguhnya perkongsian anda sangat mengesankan..