Friday, April 17, 2009

Seindah Bidadari Syurga...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, pada hari Khamis, 16 April 2009 telah diadakan usrah Nisa Wilayah Persekutuan. Usrah ini telah dihadiri lebih 60 orang Nisa Wilayah dari seluruh kawasan. Penceramah pada malam tersebut adalah Ust Teh Izanuri atau panggilan mesranya Kak Teh dengan tajuk yang cukup menarik, `Seindah Bidadari Syurga’.


Antara pengisian yang dikongsi oleh Kak The yang berpandukan buku tulisan ulama terkenal, Syeikh Mutawalli Sya’rawi bertajuk `Tazkirah Peringatan Hari Akhirat’ seperti berikut:

1) Orang yang paling banyak menerima ujian adalah orang yang telah mendapat Hidayah – sesungguhnya Allah menguji mengikut kemampuan hamba-Nya. Apabila kita telah mengetahui sesuatu hukum Allah itu dan masih lagi ingkar, maka dosa yang kita dapat lebih besar daripada orang yang tidak mengetahui. Takutnya!Nauzubillah min zalik, semoga Allah jauhkan kita dari mengingkari hukumnya.. -_-

2) Ciri-ciri penghuni syurga:

I. Mulutnya sentiasa memuji Allah
II. Sentiasa beristighfar dan memuji Allah 70 kali sehari (seperti amalan Nabi Muhammad saw) III. Salam penghormatannya adalah salam, penutup doa mereka adalah alhamdulillah
IV. Ahli-ahli syurga dan isteri-isteri mereka duduk di tempat teduh, menperoleh buah-buahan dan segala yang diminta wah bestnya~
V. Allah dan malaikat memberi salam kepada ahli syurga
VI. Wanita penghuni syurga adalah isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya
VII. Rombongan pertama yang masuk syurga adalah seperti bulan purnama, yang kedua seperti bintang bergemerlapan dengan masing-masing dua isteri dua isteri tau, untung jadi ahli syurga nie
VIII. Di syurga tiada yang bujang, semuanya berpasangan
3) Dalil-dalil yang dikongsi tentang ahli syurga :

i)Surah Yunus, ayat 10- percakapan ahli syurga
Maksudnya : Doa mereka di dalamnya ialah: "Subhanakallahumma", dan salam penghormatan mereka ialah: "Salam". Dan penutup doa mereka ialah: "Alhamdulillaahi Rabbil 'aalamin."
ii)Surah Al Zukhruf, ayat 87- Doa Nabi Yunus ketika ditelan ikan nun
Maksudnya : "..Bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." ( Digalakkan baca sewaktu bersolat hajat, sujud terakhir)
iii)Surah Al Baqarah, ayat 25- Ganjaran didapati ahli syurga
“Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan: "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada istri-istri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.”
4) Dalil dan hadis kehebatan wanita :

i) Surah An Nisa, ayat 32
“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

ii) Sabda Rasulullah “ Wanita itu dikahwini kerana hartanya, keturunannya, paras rupanya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama”

iii) “Wanita yang berkat adalah wanita yang mudah dipinang, murah maharnya dan mudah rahimnya (mudah hamil)

iv) “Sebaik-baik wanita yang menunggang kuda dari kaum Quraisy adalah yang menyayangi anak kecilnya dan yang menhormati suaminya”

v) Jika wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan mentaati suami maka pastilah dia masuk syurga

vi) Lelaki yang mempunyai anak perempuan dan mendidik anaknya dengan baik, maka anak itu akan menjadi pendindingnya dari azab api neraka

vii) “Kesenangan dunia yang paling baik adalah isteri solehah”

Untungnya menjadi seorang wanita kan! :)
Majlis diakhiri dengan jamuan ringan untuk para peserta.Semoga kita berjumpa lagi bulan depan, insya Allah :) -yeay, popia berlada tu sedaplah, lain kali tempah lagi ye!

1 comment:

Anonymous said...

Nak dua disyurga! Alhamdullilah.