
Tuesday, July 29, 2008
Nisa' Explorace berjaya!!!
“Life Is All About Challenge, Explore Your Exciting World”, tema Explorace Nisa' yang meninggalkan cebisan kenangan yang manis buat para peserta dan juga Exco Nisa' Wilayah yang terlibat. Bertempat di Taman Sri Gombak, Explorace kali ini lebih mencabar dan berjaya menarik seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada remaja-remaja yang mewakili Nisa` kawasan masing-masing. Walaupun program Explorace mengalami masalah perubahan tempat di saat akhir, namun Alhamdulillah program ini telah berjalan dengan lancar.
Pit stop yang paling mencabar iaitu Fear Factor, di mana peserta dimestikan mengambil kunci di dalam baldi yang mengandungi 2 ekor belut. Kebanyakan peserta sukar untuk menghadapi cabaran ini dan ada juga yang menangis. Cabaran ini begitu meninggalkan kesan kepada kebanyakan peserta.
Di kesempatan ini, pihak kami ingin mengucapkan tahniah dan syabas buat semua peserta yang telah berjaya mengharungi cabaran dan seterusnya menjayakan Nisa' Explorace kali ini.
Sekalung penghargaan juga buat Jawatankuasa Pelaksana dan juga para Fasilitator yang terlibat. Semoga Explorace kali ini menjadi kenangan yang bermakna kepada semua dan peserta dapat mengaplikasikan pengalaman yang dilalui ke dalam kehidupan seharian dalam mengharungi setiap cabaran dan rintangan yang mendatang.
Memanah - bukan sahaja Sukan tetapi Kemahiran
Alhamdulillah, pada 12 Julai 2008 yang lalu, Unit Sukan & Rekreasi (USR), Nisa' Wilayah telah berjaya mengadakan Aktiviti Memanah di Padang MINDEF, Jalan Padang Tembak. Aktiviti ini julung-julung kali diadakan dan berjaya menarik seramai 30 orang peserta. Sesi dimulakan dengan senaman ringkas oleh Exco USR. Kemudian, setiap peserta diberikan penerangan ringkas tentang peralatan memanah dan cara penggunaannya. Sesi ini telah dikendalikan sendiri oleh salah seorang ahli Nisa' Wilayah iaitu Saudari Faridah yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini.
Sebelum memulakan Aktiviti Memanah, pastikan anda memakai pelapik jari (finger tab), pelindung lengan (arm guard) dan pelindung dada (chest guard) untuk tujuan keselamatan. Peralatan utama adalah nock panah dan busar. Pengiraan markah pula berdasarkan warna sasaran nock panah iaitu kuning (9/10 markah), merah (7/8 markah), biru (5/6 markah), hitam (3,4 markah) dan putih (1,2 markah). Secara keseluruhannya, semua peserta telah berpeluang untuk mencuba dan mereka berpuas hati dengan Aktiviti Memanah kali pertama ini.
Memanah adalah antara aktiviti sukan pada zaman Rasulullah s.a.w. Terdapat sebuah kisah di mana Nabi pernah berjalan-jalan dan menjumpai sekelompok sahabatnya yang sedang mengadakan Pertandingan Memanah, maka pada waktu itu, Rasulullah s.a.w. telah memberikan dorongan kepada mereka dengan sabda Baginda: "Lemparkanlah panahmu itu, saya bersama kamu." (Riwayat Bukhari)
Allah s.w.t. berfirman: "Dan bersiap-siaplah kamu untuk menghadapi mereka (musuh) dengan kekuatan yang kamu sanggup."
Dalam menafsirkan ayat ini Rasulullah bersabda: "Ketahuilah! Bahwa yang dimaksud 'kekuatan' itu ialah memanah - beliau ucapkan kata-kata itu tiga kali." (Riwayat Muslim)
Dan sabdanya pula: "Kamu harus belajar memanah karena memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu." (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)
Berdasarkan dalil-dalil di atas, dapat disimpulkan bahawa aktiviti memanah ini memang amat digalakkan oleh Islam kepada muslimin dan muslimat seluruhnya. Memanah bukan sahaja satu cabang sukan yang berprestij malah ia merupakan kemahiran dalam peperangan.
Alhamdulillah, ramai di kalangan peserta yang berharap agar Nisa' Wilayah akan mengadakan sesi lanjutan untuk mereka terus mempelajari sukan ini. InsyaAllah jika dipermudahkan Allah s.w.t, USR pasti akan mengendalikan sesi ke-2 dalam masa terdekat. Semoga usaha-usaha untuk mendekatkan diri kita dengan sukan tanpa meminggirkan prinsip Islam akan berjalan dengan lancar dan mendapat redhaNya.
Tuesday, July 15, 2008
Birthday Greetings to all July Girls...

* Sangat suka didamping. * Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. * Agak pendiam kecuali dirangsang. * Ada harga dan maruah diri. * Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. * Mudah dipujuk dan bercakap lurus. * Sangat menjaga hati orang lain. * Sangat peramah. * Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. * Berjiwa sentimental. * Jarang berdendam. * Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. * Tidak suka benda remeh-temeh. * Membimbing cara fizikal dan mental. * Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. * Layanan yang serupa terhadap semua orang. * Tinggi daya simpati. * Pemerhatian yang tajam. * Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. * Mudah dan rajin belajar. * Suka muhasabah diri. * Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. * suka mendiamkan diri. * Suka duduk di rumah. * Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. * Tidak agresif kecuali terpaksa. * Lemah dari segi kesihatan perut. * Mudah gemuk kalau tak kawal diet. * Minta disayangi. * Mudah terluka hati tapi lambat pulih. * Terlalu mengambil berat. * Rajin dalam membuat kerja.
Berikut adalah ahli-ahli Nisa' Wilayah yang lahir pada bulan ini...
1 Jul - Nor Fadhilah Sharif
2 Jul - NURUL AZREEN YUSOF
6 Jul - DR. FATIN HAYYANI MOHAMAD NAJIB,NURUL HUDA ZAHARI
7 Jul - Faizah Ferdaus, Norhafizah Rajum
8 Jul - NUR RASYIDAH ISMAIL, ROSNAH MOHAMAD AMIN
9 Jul - ATIKAH ZAKARIA
10 Jul - Nurul Izzati Abdul Aziz
11 Jul - JASMIN 'AQILAH ZAHAR, NORIZATI HUSSIN
12 Jul - Nur Azrin Abdul Rahim, NUR ISLAHANA ISEMAIL
13 Jul - Mai Suharah Basarudin (Ketua Unit Kerjaya Nisa' Wilayah), AZLINDA MD ALI
14 Jul - Nurul Masyitah Mohd Sham
15 Jul - FARHAH BALQIS IBRAHIM
16 Jul - Siti Hajar Daji
17 Jul - HIJREEN ISMAIL
19 Jul - Noor Laila Muhiddin @ Yidin, NUR SYAHIRAH KAMAL
21 Jul - Nur Aina Syazwani Bt Abu Bakar Azhari
23 Jul - Siti Famira Rosland (Exco Unit Sukan & Rekreasi, Nisa' Wilayah)
25 Jul - Azma Azlimaton Yahya
26 Jul - Jamilah Sanny, Roslinda Ab Jalil
27 Jul - Farrahuzarina Md Amin
28 Jul - BAHIYAH A.SAMAH @ STEPHENIE BAHIYAH DICKEY, Nur Hamizah Abdul Rohim, Nur Syuhadah Dollah,
SITI NURUL AMALINA HJ JALIL, NURUL BAIZULIANA MAT SHAPIAN, Suhana Roslan
29 Jul - FATIN HANANI MOHAMAD NAJIB
30 Jul - UMI MAWAR ABDUL RAZAK
31 Jul - FATIN LIYANA PAUZI, SITI FATIMAH MOHAMAD, NOR HAFIZAH AHMAD SHAHABUDIN
Thursday, July 3, 2008
Let's join Nisa' Explorace!!!
JOM MEMANAH BERSAMA NISA'!!!
TARIKH : 12 Julai 2008 (Sabtu)
MASA : 8.45 pagi
TEMPAT : Padang MINDEF, Jln Semarak

- Yuran RM8 SAHAJA
- Dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman
Tempat terhad kepada 15 orang SAHAJA.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 Julai 2008.
Dalam satu riwayat daripada Bazzar dan Thabrani dengan sanad hasan, Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu."