Thursday, May 15, 2008

TAZKIRAH JUMAAT : Kaedah Menuju Bahagia


1) Renungilah sabda Rasulullah S.A.W : “Bila engkau berada pada pagi hari, janganlah menunggu datangnya petang hari. Bila engkau berada pada petang hari, janganlah engkau menunggu datangnya waktu pagi”.

2) Lupakanlah masa lalu dan semua yang pernah terjadi. Tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yang telah selesai, merupakan kebodohan dan menyebabkan kedegilan.

3) Jangan menyibukkan diri anda dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.

4) Jangan mudah tergoncang dengan kritikan. Teguhkan pendirian anda dalam menghadapinya dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda
setara dengan kritikan tersebut.

5) Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.

6) Barangsiapa menginginkan ketenangan, ketenteraman dan kesenangan, maka berzikirlah kepada Allah.

7) Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu yang terjadi itu berdasarkan ketentuan qadha dan qadar.

8) Jangan menunggu ucapan terima kasih dari seseorang.

9) Persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan terburuk.

10) Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri anda.

11) Semua ketentuan Allah (qadha) bagi seseorang Muslim adalah baik baginya.

12) Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.

13) Percayalah bahawa apa yang anda miliki jauh lebih banyak dari orang lain.

14) Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar.

15) Dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa.

16) Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.

17) Sesungguhnya dalam setiap kesulitan itu terdapat kemudahan.

18) Jangan hancurkan hidup anda hanya kerana perkara-perkara yang remeh.

19) Sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha Luas keampunanNya.

20) Jangan marah, jangan marah, jangan marah!!

21) Janganlah risau hanya kerana tidak mempunyai harta dunia, sebab kehidupan ini tidak lebih hanya sekadar sepotong roti , seteguk air, dan bayangan.

22) Adz-Zariyat:22 – “Dan di dilangit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu”.

23) Kebanyakan dari apa yang anda takutkan tidak akan berlaku.

24) Pada orang-orang yang tertimpa musibah itu ada suri teladan.

25) Sesungguhnya jika Allah mencintai satu kaum, maka Dia akan memberikan cubaan atas mereka.

26) Ulangilah doa-doa untuk menghapuskan bencana.

27) Anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkannya, dan tinggalkanlah kekosongan atau pengangguran.

28) Tinggalkanlah semua desas-desus dan jangan percaya pada khabar angin.

29) Kedengkian dan keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang akan
menimpa pihak lawan.

30) Setiap musibah yang menimpa diri anda adalah penghapus dosa-dosa.

Dipetik dari kitab ‘LA TAHZAN’ – Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni (ms146-147)

No comments: