Tuesday, December 30, 2008
Salam 1430H
Hari berganti hari dan tahun berganti tahun.
Semalam seluruh umat Islam telah menyambut kedatangan tahun ke 1430 Hijrah, dan mengikut kalendar Masihi juga tahun 2008 telah hampir sampai ke penghujungnya. Maka marilah kita semua muhasabah diri dan renung kembali apa yang telah dilakukan sepanjang tahun lalu, lantas kita memohon keampunan Allah semoga dengan limpah dan kurnia Nya, kita diampuni dan diberi peluang untuk memperbaik diri.Juga kita patut sesekali menjenguk kembali sirah bagaimana peristiwa hijrah diambil untuk memulakan tahun dalam kalendar Islam.
1))Penetapan nama Tahun Hijriyah (al-Sanah al-Hijriyah) merupakan kebijaksanaan Khalifah Umar al Khattab.
Dari situlah mengapa konsep dan hikmah hijrah perlu dikaji ulang dan diamalkan oleh umat Islam.
Dengan peralihan tahun ini, mulakanlah dengan menanam azam semoga kita menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini, seiring dengan hadis nabi;
''Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari kemarin, adalah orang yang beruntung."
Wallahu'alam dan salam maal hijrah.
Tuesday, December 16, 2008
Sudi-sudikan ke EUW di Bdr Tun Razak...
Thursday, December 4, 2008
Salam AidilAdha
Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah?
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda,
Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).
Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda,
“Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.
Amalan yang dianjurkan padanya
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan.
Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.:
“Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.
2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi,
“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.
3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padaNya, firman Allah s.w.t yang bermaksud,
(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah.
Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.
4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah.
Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihNya Allah kepadanya.
5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain.
Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).
6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.
7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).
Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda,
Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain :
“Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya,
(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.
9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.
10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.
Wallahua'lam bissowab.
Tuesday, December 2, 2008
Selamat Hari Ulang Tahun... !!
NUR RASHIDAH AHMAD RASHIDI | 1 DIS |
NOR IDAYU MUHAMMAD NOR | 1 DIS |
NURUL BAIZURIANA MAT SHAPIAN | 1 DIS |
Huwaina Abdul Satar | 2 DIS |
NURUL IZZA ABDUL MALEK | 2 DIS |
NUR SADIQAH MOHD DESA | 4 DIS |
Masnor Mat Daud | 4 DIS |
Nor Ismalina Isnan | 5 DIS |
Atikah Jamaluddin | 6 DIS |
Safraizah Abdul Aziz | 6 DIS |
Nor Fauzani Taib | 9 DIS |
NOR AZIYATI ASHARY | 11 DIS |
FARAH NADIA MOHD NUR FAHMI SOM | 12 DIS |
EMILLIA RAMDZAN | 12 DIS |
NORHAFIZA MOKHTAR | 12 DIS |
ZURAINA TAMRIN | 12 DIS |
NURUL AMANI ROSLI | 14 DIS |
HAZWANI ABD KADIR | 14 DIS |
Norzawani Jaffar | 14 DIS |
MARLIANA HJ ADNAN | 15 DIS |
LAILI MASTURA BINTI MANSOR | 16 DIS |
UMMU SALAMAH HJ MUSTAPA KAMAL | 17 DIS |
Nurul Athirah Amran | 18 DIS |
SITI ASMA AZA ZAM ZAM HJ ALI | 20 DIS |
SITI ROSMA AZA ZAM-ZAM HJ ALI | 20 DIS |
SITI ZURAIDA MD TADJUDIN | 20 DIS |
Farah Hazwani Hamdan | 23 DIS |
Shahidra Abd Khalil | 25 DIS |
SITI FARHAH ABD KARIM | 26 DIS |
ZAURIN ISHAK | 26 DIS |
SHARIFAH NOOR SYED AZMAN | 28 DIS |
NURUL AINI MOHD TAWI | 28 DIS |
NOR AQILA ABD AZIZ | 28 DIS |
ASHWIDA MD RAWI | 28 DIS |
NUR HUSNA AMIRUDDIN | 29 DIS |
Wednesday, November 12, 2008
Tuesday, November 4, 2008
Job Vacancy
Maklumat berkaitan seperti berikut:
- Kelulusan Syariah (Sarjana Muda/ Sarjana). Jika PhD, boleh dibincangkan. Pemegang Ijazah Undang-undang juga boleh dipertimbangkan jika ada asas kefahaman Syariah yang baik.
- Gaji (negotiable, above RM2K).
- Entry level RM 2250.
- Perlu buktikan kemampuan menyelidik.
- Lelaki sahaja.
- Kemahiran bahasa Inggeris dan bahasa Arab yang baik.
- Jika pemegang Ijazah undang-undang, bahasa Arab boleh dirundingkan.
Wednesday, October 8, 2008
Salam Aidilfitri
Ribuan terima kasih jua diucapkan kepada semua yang telah memberikan sokongan kepada kami dalam mengendalikan mahupun terlibat sebagai peserta di dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak kami. Teruskan sokongan anda!
Thursday, September 25, 2008
PRE-UNIVERSITY SCHOLARSHIP PROGRAMME 2008/09
Scholarships will be offered to individuals who intend to pursue either one of the following fields of study:
• Engineering: Civil, Electrical, Mechanical, Chemical, Computer
• Business: Accountancy, Finance, Business Administration, Computer Science, Information and Communication Technology
• Science: Agricultural sciences, Agronomy, Food Technology, Biotechnology
Selection Criteria
The minimum selection criteria for Pre-University scholarship is as follows:
- Candidate must possess at least 7A1 for their trial 2008 SPM results
- Past academic achievements of candidates will be considered
- Ability to demonstrate outstanding leadership qualities and potential
- Actively involved in extra-curricular activities and sporting events
For more information, please visit https://portal. simedarby.com/
We welcome your online application at http://www.simedarby. com/scholarships latest by 19 October 2008.
Group Human Resource
Sime Darby Berhad
Tuesday, September 9, 2008
Monday, September 8, 2008
Nisa' Garden Talk sempena Simfoni Merdeka
2 orang ahli panel yang dijemput khusus untuk Garden Talk : "Hadiah untuk Kekasih" bersama moderator
antara para penonton yang hadir
di antara bahan pameran Nisa' Wilayah
saudara Azhan Atan bersama-sama saudara Shah (berbaju putih), salah seorang peserta Akademi Nasyid dan seorang lagi teman mengajak hadirin melaungkan solawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W
Wednesday, September 3, 2008
Selamat Hari Lahir, geng-geng September...
Maka dengan ini, Nisa' Wilayah mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada...
Zunnur Idris, Tajzelina Jusoh @ Tajudin, Nor Aziah Md Isa ~ 2 Sept
Nor Diyana Nor Meah, Noor Afizah Basarudin (exco 3N Nisa' Wilayah) ~ 3-Sept
SHAILAH ABDULLAH ~ 7 Sept
Kartini Ahmad, NUR HAZIQAH ABDUL JALIL ~ 8 Sept
Nor Farzlina Nor Rizan ~ 9 Sept
ZAIWANA NGOJAR (pernah menjadi "MC" semasa Program Rebranding Nisa' Wilayah) ~ 10 Sept
Nor Roshada Hashim ~ 12 Sept
Hani Mohd Ali (Pengarah Nisa' Wilayah), NUR SAADAH ROZALI ~ 13 Sept
SYARUNZAINI RAZMA MD SAAD, Zuriyati Ramli ~ 15 Sept
NORHAIDA OMAR, Nur Zaireena Zainal ~ 16 Sept
MURNIRA ABIDIN, Khairi Syutina Mahmood (Setiausaha Nisa' Wilayah) ~ 20 Sept
NURATIQAH ISLAMIAH MOHD, NORAMIZA SABTURANI ~ 21 Sept
MAHHAYU ISMAIL (pernah mewakili Nisa' Wilayah dalam Nisa' Games bagi acara bowling) ~ 24 Sept
SITI SALWA MURSIDI, NUR AZREENA AHMAD RASHIDI ~ 27 Sept
NUR SYAFIQAH ABDULLAH ALI ~ 28 Sept
MASDALINA LOKMAN ~ 29 Sept
Hazwani Farhana Mustafa ~ 30 Sept
So apa ciri-ciri mereka yang lahir pada bulan September? Check it out!
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur * Sangat cermat, teliti & teratur * Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik * Pendiam tapi pandai bercakap * Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati * Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur * Kerja yang dilakukan sangat sempurna * Sangat sensitif yang tidak diketahui * Orang yang banyak berfikir * Daya pentaakulan yang baik * Otak bijak & mudah belajar * Suka mencari maklumat * Kawal diri dari terlalu mengkritik * Pandai mendorong diri sendiri * Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia * Suka sukan, hiburan & melancong * Kurang menunjukkan perasaannya * Terluka hatinya sangat lama disimpan * Terlalu memilih pasangan * Sukakan benda yang luas * Bersistematik
Tuesday, September 2, 2008
Nisa' Wilayah di Konsert Akhir Akademi Nasyid
Semoga kejuaraan Saudara Azhan Atan ini menjadi inspirasi kepada golongan muda untuk terus memartabatkan lagu-lagu nasyid sebagai alternatif di dalam industri hiburan tanahair kita yang tercinta ini.
Monday, August 25, 2008
Sukarelawan Nisa' Sempena Program Sambutan Simfoni Merdeka 2008
KEPADA SEMUA AHLI NISA';
NISA WILAYAH AKAN MENGADAKAN PROGRAM NISA' INDOOR GAMES DAN NISA' GARDEN TALK SEMPENA SAMBUTAN SIMFONI MERDEKA 2008 & RAMADHAN PADA 30 & 31 OGOS 2008.
SEHUBUNGAN DENGAN ITU, NISA' WILAYAH MEMERLUKAN SUKARELAWAN UNTUK BERTUGAS PADA HARI TERSEBUT.
KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENYUMBANGKAN TENAGA SILA HUBUNGI
SYUTINA 0196039178 ATAU FAZRIAH 0122945732.
SUMBANGAN DAN KERJASAMA YANG DIBERIKAN AMAT DIHARGAI.
Friday, August 22, 2008
Monday, August 18, 2008
Jawatan Kosong...di MAIWP
1. Pegawai Hal Ehwal Islam (Pengetua) Gred S48 (1 Kekosongan)
2. Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S44 (2 Kekosongan)
3. Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 (9 Kekosongan)
4. Juru Ukur Bahan Gred J41 (1 Kekosongan)
5. Pembantu Teknik (Awam) Gred J29 (1 Kekosongan)
6. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 (1 Kekosongan)
7. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27 (5 Kekosongan)
8. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27 (5 Kekosongan)
9. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 (3 Kekosongan)
10.Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17 (3 Kekosongan)
11.Pengawal Keselamatan Gred KP11 (2 Kekosongan)
Sila rujuk http://www.maiwp.gov.my/ untuk keterangan lanjut, tarikh tutup ialah pada 29 Ogos 2008.
Tahniah kepada Saudari Marliana Adnan!
Semoga rumahtangga yang telah dibina berkekalan hingga ke akhirat dan melahirkan zuriat yang soleh dan solehah, Amin ya Rabbal Alamin.
Sunday, August 17, 2008
Selamat Hari Lahir...
Kepada ahli-ahli Nisa' yang lahir dalam bulan Ogos ini, Moderator Blog Nisa' WP mengucapkan jutaan kemaafan kerana ucapan ini tiba lewat bagi mereka yang tarikh-tarikh lahirnya sudahpun berlalu. Ini adalah kerana Moderator Blog terpaksa menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum dapat mengadap kembali blog Nisa' WP ini.
Sebelum kita umumkan ahli-ahli Nisa' WP yang lahir di dalam bulan ini, mari kita tengok apa dia ciri-ciri mereka yang lahir dalam bulan ini mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Fadzilah Kamsah :
* Suka berlawak
* Mudah tertawan padanya
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain
* Berani dan tidak tahu takut
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
* Pandai memujuk orang lain
* Terlalu pemurah & bersikap ego
* Nilai harga diri yang sangat tinggi
* Dahagakan pujian
* Semangat juang yang luar biasa
* Cepat marah & mudah mengamuk
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan
* Sangat cemburu
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti
* Cepat berfikir
* Fikiran yang berdikari
* Suka memimpin & dipimpin
* Sifat suka berangan
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
* Belajar untuk bertenang
* Sikap kelam kabut
* Romantik, pengasih dan penyayang
* Suka mencari kawan
Mereka yang bertuah pada bulan ini pula ialah :
Fazalilah Abdul Mutalib, Nor Azilah Abdullah, Tengku Balqis Tengku Azam - 2 Ogos
Nurul Haniza Awalludin (mantan AJK UKJ) - 5 Ogos
Nurul Huda Setak - 6 Ogos
Nurhidayah Mohamad Som, Norhidayah Ab Ghani - 7 Ogos
Liza Taufik, Nor Hamidah Ismail, Nurul Hidayah Zainal (Exco UPI) - 11 Ogos
Norsham (Exco UKK), Nurul Awinar Zainuddin - 14 Ogos
Nor Hasliza Abdullah - 15 Ogos
Noorhuda Mohd Yaacob@Yahya, Ummu Aiman Ismail (mantan Ketua Nisa' Lembah Pantai), Siti Farah Mohd Sapinie - 17 Ogos
Nurhuda Jamaluddin - 18 Ogos
Salazzuin Abdul Salam - 22 Ogos
Aishah Abd Rahim (Exco UPI), Suria Mohammed Shahid, Siti Norkhalilah Ahmad Khairi, Nurul Faizah Jusoh - 23 Ogos
Nurul Sakinah, Norhanita Ibrahim - 24 Ogos
Noraizali Yahaya, Nuzira Haimi - 25 Ogos
Norazurah Mohd Nor - 26 Ogos
Nurul Syafiqah Ahmad - 28 Ogos
Norlela Mohd Noor - 30 Ogos
Tahniah diucapkan!
Friday, August 8, 2008
Pengumumuan !!! Ahli Nisa' Online
Semenjak adanya borang pendaftaran online di dalam blog ini telah ramai yang mendaftar sebagai ahli Nisa'. Kami amat berterima kasih kepada semua pengunjung dan suka dimaklumkan bahawa kami telah menerima permohanan saudari semua. Insyaallah segala maklumat anda boleh mendapatkannya dari blog ini. Diharap anda semua dapat terus mengikuti perkembangan Nisa WP dan seterusnya bersama-sama merealisasikan impian Nisa' sebagai ahli yang komited dengan segala program yang kami atur. Kami juga amat mengalukan jika ada sebarang idea atau cadangan dari anda semua.
Walaubagaimanapun anda juga perlu membayar yuran keahlian Nisa sebanyak RM 5.00 seumur hidup di akaun BIMB atas nama Nisa Event Management no akaun 14153010022073 bagi menerima kad keahlian Nisa. Sekiranya telah membuat bayaran tersebut sila sms maklumat pembayaran kepada Sekretariat Pendaftaran Nisa WP di talian 0196039178.
Di bawah ini adalah senarai nama ahli-ahli yang telah mendaftar secara online:
1. Abida Binti Dahalan
2. Adilah Binti Hamzah
3. Aini Farhana Binti Mansor
4. Aisyah Binti Lamme
5. Atiehidayah Bte A.Awe
6. Atiqah Binti Dahalan
7. Azniah Zainal Abidin
8. Badriah Bt Abdullah
9. Bisha Fathamah Binti Uzir
10. Chamim Rushila
11. Dyg Mimie Affizie Bt Mohd Ariffin
12. Fadh
13. Farrahuzarina Bte Md Amin
14. Fatimah Bt Abd Munir
15. Hanani Mohammad Asri
16. Jamilah Osman
17. Jumilawati Bt Mohd Afpandi
18. Kamaliah Binti Kamaluddin
19. Khairul Bariyyah Mohamad Arifin
20. Khairunnisa Saiman
21. Latifah Majid
22. Lin
23. Linsharliana Bt Sharudin
24. Majita Binti Ahmad Sultan
25. Mardhiah Binti Md Ramli
26. Mariah
27. Masyitah Bt Abd Razak
28. Maziyatun Mahabat
29. Nadhirah Bt Dzulkarnain
30. Najibah Mustaffa
31. Nazierah Muhammad
32. Nazurah Ahmad Termimi
33. Nik Siti Fatimah Binti Mohamed Noor
34. Noor Adilah Bt Abdullah
35. Noor Hafizah Binti Arifin
36. Noor Khawalah Binti Othman
37. Noor Shuhaida Binti Abdul Rahman
38. Nor Affiza Bt Alang Idris
39. Nor Asyikin Ramli
40. Nor Azita Bt Abdul Karim
41. Noramiza Sabturani
42. Norfazura Binti Khalil
43. Norhafizah Binti Rajum
44. Norhasmiza Binti Suid
45. Norul Huda Arsah
46. Norviyah Binti Zainudin
47. Norzalina
48. Norzuriana Bt Mohd Khidzir
49. Nur Athirah Mat Zahari
50. Nur Faridah Selamat
51. Nur Hajjar Kamaruddin
52. Nur Hidayah Binti Mohd Yusoff
53. Nur Isharra Binti Abdullah
54. Nur Saadah Binti Rozali
55. Nur Sa'adah Yub
56. Nur Syafawati Bt Mazni
57. Nur Syakinah Bte Rosly
58. Nur Zalikha Sazali
59. Nurajeerah Binti Mohd Zabidi
60. Nurfadilah Bt Saadul Kurzi
61. Nursyakirin Mohd Nasir
62. Nurul Damia Bt Md Zin
63. Nurul Hidayanti Binti Muhaiyan
64. Nurul Syuhada Md.Yatim
65. Nurulnazihah Roslan
66. Rabiatul Adawiyah Binti Adanan
67. Riani Bt Awang
68. Ruzaini Binti Zainal Abidin
69. Sabariah Bt. Hj. Abdul Wahab
70. Saffiah Aini Binti Ismail
71. Safinatunnajah Bt Mohamad Noor
72. Satina Binti Jasni
73. Sharifah Nur Shazleen Bt. Syed Mohd Sobri
74. Siti 'Aisyah Bt. Meor Kamarulzaman
75. Siti Aminah Bt. Hj. Abd. Wahab
76. Siti Bahiyah Anuar
77. Siti Hajar Bt Alip
78. Siti Hajar Bt Daji
79. Siti Nur Zulfah Bt Zulkipli
80. Siti Nurnafisah Bt Ishak
81. Siti Rafidah Binti Abd Rahman
82. Siti Syuhada Che Ishak
83. Siti Zaidah Bt Arshad
84. Siti Zulfa Hanim Bt Zul Nazri
85. Sue
86. Suriani Bt Wahab
87. Suryani Sulong
88. Syazana Binti Mohd Rulsy
89. Syuhaidah Mohammad
90. Umi Mahmudah Mohd Jaafar
91. Ummi Athirah
92. Wan Noor Zailani
93. Zaidatul Akmal Othman
94. Zal Idayunadia Mohd Yaacob
95. Zarinah Binti Muhammad
96. Zulaikha Mohamed Khazin
97. Zuraidah Aziz
98. Zuzita Binti Ahmad Kusharay
Wednesday, August 6, 2008
MIGRAINE
A Migraine is a headache that does not have any root causes, it cannot be inherited, it effects more women than men and it is often mistaken for a tension headache. It is described as a genetic disorder whose typical symptoms are easily recognisable to a doctor.
A migraine is often described as either a mild or severe throbbing and pounding pain on one or both sides of the head and around the temples. It can also affect the back of your neck or feel like pressure on your face, eyes and sinuses (movements of the head can increase the pain) and can have a large disabilitating effect on the sufferer. The pain usually starts off mild and gradually increases to intense or severe pains. Migraine attacks usually last from 4 to 72 hours and in some cases for several days!
What are the Symptoms of a Migraine?
There are two main types of Migraine:
A 'classic' migraine- this has the 'aura' symptom
A 'common' migraine- this is without the 'aura' symptom
Classic migraine ('aura' symptom)
Symptoms that can indicate to a migraine sufferer that an attack is likely to occur can include: yawning; hunger; visual disturbances (such as halos); flashing lights; zig-zag lines - which is the 'aura' symptom.
Common migraine ('non-aura' symptom)
Symptoms that can indicate to a migraine sufferer that an attack is likely to occur can include: nausea; vomiting; stuffy or runny nose with watery eyes; dizziness; mood changes; depression; dislike of bright light and loud sounds. Those suffering from migraine always seek a quiet, darkroom to lie down in.
What Triggers a Migraine attack?
Though a migraine attack can be triggered for no apparent reason, in some people, certain factors may trigger the attack. Triggers can include:
Diet - Dieting too fast, irregular meals, inadequate water intake, cheese, chocolate, red wines, citrus fruits, and foods containing Tyramine (a food additive).
Environmental - Smoking and smoky rooms, glaring light, VDU screens or flickering TV sets, loud noises, strong smells.
Psychological - Depression, anxiety, anger, tiredness, lack of sleep etc.
Medicines - For example, hormone replacement therapy (HRT), certain sleeping tablets and the contraceptive pill.
Other Factors - Periods (menstruation), shift work, irregular sleep patterns, the menopause.
The majority of experts believe that during a migraine attack, blood vessels on the surface of the brain expand causing the area around them to become inflamed and thus irritating the nerve endings. This expansion and irritation may account for the pain that is experienced during a migraine and may also lead to nausea, sensitivity to light and sound, and other symptoms that are associated with migraine.
How can it be treated?
There is no miraculous cure for migraine currently. Nevertheless, it is possible to bring the condition under control. There are a wide range of effective treatments that are available but due to the complexity of migraine, a treatment that works on one patient may not work on another. It is therefore important to persevere, with the help of your GP, until you develop a management plan that works best for you.
Tuesday, July 29, 2008
Nisa' Explorace berjaya!!!
“Life Is All About Challenge, Explore Your Exciting World”, tema Explorace Nisa' yang meninggalkan cebisan kenangan yang manis buat para peserta dan juga Exco Nisa' Wilayah yang terlibat. Bertempat di Taman Sri Gombak, Explorace kali ini lebih mencabar dan berjaya menarik seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada remaja-remaja yang mewakili Nisa` kawasan masing-masing. Walaupun program Explorace mengalami masalah perubahan tempat di saat akhir, namun Alhamdulillah program ini telah berjalan dengan lancar.Program dimulakan dengan pembahagian kumpulan dan sesi Ice Breaking. Sebanyak 8 kumpulan terlibat dalam mengharungi cabaran-cabaran di 9 Pit Stop yang disediakan untuk para peserta di mana kesemuanya memupuk semangat kerjasama, keberanian,kepimpinan dan juga menguji tahap kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.Antara cabaran yang mesti dilalui oleh para peserta adalah seperti cabaran menjual barangan kepada orang ramai serta membuat dan menaikkan layang-layang. Selain itu, cabaran yang menguji minda para peserta ialah membuat belanjawan pembangunan dengan peruntukan diberikan serta menyusun dan menghafaz ayat Al-Quran.Cabaran yang menguji semangat kerjasama antara pasukan ialah menyambut belon secara berperingkat dari 3 tingkat tangga yang agak tinggi. Mengukur kelapa dan seterusnya memerah santan juga merupakan cabaran yang memerlukan kemahiran para peserta kerana mereka mengukur kelapa menggunakan kukur kelapa tradisional. Agak mencabar bagi remaja yang tinggal di kota metropolitan untuk melalui aktiviti ini, namun ada yang berjaya melakukannya.
Pit stop yang paling mencabar iaitu Fear Factor, di mana peserta dimestikan mengambil kunci di dalam baldi yang mengandungi 2 ekor belut. Kebanyakan peserta sukar untuk menghadapi cabaran ini dan ada juga yang menangis. Cabaran ini begitu meninggalkan kesan kepada kebanyakan peserta.
Nisa' Explorace kali ini telah berjaya memupuk semangat berpasukan antara peserta, membina sifat kepimpinan dalam diri peserta, mendidik para peserta mengatasi faktor penghalang untuk menjadi insan yg pro-aktif. Dan, yang paling penting program ini adalah salah satu alternatif yang mampu mendekatkan Nisa’ kepada remaja.
Di kesempatan ini, pihak kami ingin mengucapkan tahniah dan syabas buat semua peserta yang telah berjaya mengharungi cabaran dan seterusnya menjayakan Nisa' Explorace kali ini.
Sekalung penghargaan juga buat Jawatankuasa Pelaksana dan juga para Fasilitator yang terlibat. Semoga Explorace kali ini menjadi kenangan yang bermakna kepada semua dan peserta dapat mengaplikasikan pengalaman yang dilalui ke dalam kehidupan seharian dalam mengharungi setiap cabaran dan rintangan yang mendatang.
Memanah - bukan sahaja Sukan tetapi Kemahiran
Alhamdulillah, pada 12 Julai 2008 yang lalu, Unit Sukan & Rekreasi (USR), Nisa' Wilayah telah berjaya mengadakan Aktiviti Memanah di Padang MINDEF, Jalan Padang Tembak. Aktiviti ini julung-julung kali diadakan dan berjaya menarik seramai 30 orang peserta. Sesi dimulakan dengan senaman ringkas oleh Exco USR. Kemudian, setiap peserta diberikan penerangan ringkas tentang peralatan memanah dan cara penggunaannya. Sesi ini telah dikendalikan sendiri oleh salah seorang ahli Nisa' Wilayah iaitu Saudari Faridah yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini.
Sebelum memulakan Aktiviti Memanah, pastikan anda memakai pelapik jari (finger tab), pelindung lengan (arm guard) dan pelindung dada (chest guard) untuk tujuan keselamatan. Peralatan utama adalah nock panah dan busar. Pengiraan markah pula berdasarkan warna sasaran nock panah iaitu kuning (9/10 markah), merah (7/8 markah), biru (5/6 markah), hitam (3,4 markah) dan putih (1,2 markah). Secara keseluruhannya, semua peserta telah berpeluang untuk mencuba dan mereka berpuas hati dengan Aktiviti Memanah kali pertama ini.
Memanah adalah antara aktiviti sukan pada zaman Rasulullah s.a.w. Terdapat sebuah kisah di mana Nabi pernah berjalan-jalan dan menjumpai sekelompok sahabatnya yang sedang mengadakan Pertandingan Memanah, maka pada waktu itu, Rasulullah s.a.w. telah memberikan dorongan kepada mereka dengan sabda Baginda: "Lemparkanlah panahmu itu, saya bersama kamu." (Riwayat Bukhari)
Allah s.w.t. berfirman: "Dan bersiap-siaplah kamu untuk menghadapi mereka (musuh) dengan kekuatan yang kamu sanggup."
Dalam menafsirkan ayat ini Rasulullah bersabda: "Ketahuilah! Bahwa yang dimaksud 'kekuatan' itu ialah memanah - beliau ucapkan kata-kata itu tiga kali." (Riwayat Muslim)
Dan sabdanya pula: "Kamu harus belajar memanah karena memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu." (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)
Berdasarkan dalil-dalil di atas, dapat disimpulkan bahawa aktiviti memanah ini memang amat digalakkan oleh Islam kepada muslimin dan muslimat seluruhnya. Memanah bukan sahaja satu cabang sukan yang berprestij malah ia merupakan kemahiran dalam peperangan.
Alhamdulillah, ramai di kalangan peserta yang berharap agar Nisa' Wilayah akan mengadakan sesi lanjutan untuk mereka terus mempelajari sukan ini. InsyaAllah jika dipermudahkan Allah s.w.t, USR pasti akan mengendalikan sesi ke-2 dalam masa terdekat. Semoga usaha-usaha untuk mendekatkan diri kita dengan sukan tanpa meminggirkan prinsip Islam akan berjalan dengan lancar dan mendapat redhaNya.
Tuesday, July 15, 2008
Birthday Greetings to all July Girls...
Di antara ciri-ciri mereka yang lahir dalam bulan JULAI ialah :
* Sangat suka didamping. * Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. * Agak pendiam kecuali dirangsang. * Ada harga dan maruah diri. * Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. * Mudah dipujuk dan bercakap lurus. * Sangat menjaga hati orang lain. * Sangat peramah. * Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. * Berjiwa sentimental. * Jarang berdendam. * Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. * Tidak suka benda remeh-temeh. * Membimbing cara fizikal dan mental. * Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. * Layanan yang serupa terhadap semua orang. * Tinggi daya simpati. * Pemerhatian yang tajam. * Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. * Mudah dan rajin belajar. * Suka muhasabah diri. * Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. * suka mendiamkan diri. * Suka duduk di rumah. * Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. * Tidak agresif kecuali terpaksa. * Lemah dari segi kesihatan perut. * Mudah gemuk kalau tak kawal diet. * Minta disayangi. * Mudah terluka hati tapi lambat pulih. * Terlalu mengambil berat. * Rajin dalam membuat kerja.
Berikut adalah ahli-ahli Nisa' Wilayah yang lahir pada bulan ini...
1 Jul - Nor Fadhilah Sharif
2 Jul - NURUL AZREEN YUSOF
6 Jul - DR. FATIN HAYYANI MOHAMAD NAJIB,NURUL HUDA ZAHARI
7 Jul - Faizah Ferdaus, Norhafizah Rajum
8 Jul - NUR RASYIDAH ISMAIL, ROSNAH MOHAMAD AMIN
9 Jul - ATIKAH ZAKARIA
10 Jul - Nurul Izzati Abdul Aziz
11 Jul - JASMIN 'AQILAH ZAHAR, NORIZATI HUSSIN
12 Jul - Nur Azrin Abdul Rahim, NUR ISLAHANA ISEMAIL
13 Jul - Mai Suharah Basarudin (Ketua Unit Kerjaya Nisa' Wilayah), AZLINDA MD ALI
14 Jul - Nurul Masyitah Mohd Sham
15 Jul - FARHAH BALQIS IBRAHIM
16 Jul - Siti Hajar Daji
17 Jul - HIJREEN ISMAIL
19 Jul - Noor Laila Muhiddin @ Yidin, NUR SYAHIRAH KAMAL
21 Jul - Nur Aina Syazwani Bt Abu Bakar Azhari
23 Jul - Siti Famira Rosland (Exco Unit Sukan & Rekreasi, Nisa' Wilayah)
25 Jul - Azma Azlimaton Yahya
26 Jul - Jamilah Sanny, Roslinda Ab Jalil
27 Jul - Farrahuzarina Md Amin
28 Jul - BAHIYAH A.SAMAH @ STEPHENIE BAHIYAH DICKEY, Nur Hamizah Abdul Rohim, Nur Syuhadah Dollah,
SITI NURUL AMALINA HJ JALIL, NURUL BAIZULIANA MAT SHAPIAN, Suhana Roslan
29 Jul - FATIN HANANI MOHAMAD NAJIB
30 Jul - UMI MAWAR ABDUL RAZAK
31 Jul - FATIN LIYANA PAUZI, SITI FATIMAH MOHAMAD, NOR HAFIZAH AHMAD SHAHABUDIN
Thursday, July 3, 2008
Let's join Nisa' Explorace!!!
JOM MEMANAH BERSAMA NISA'!!!
TARIKH : 12 Julai 2008 (Sabtu)
MASA : 8.45 pagi
TEMPAT : Padang MINDEF, Jln Semarak
- Yuran RM8 SAHAJA
- Dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman
Tempat terhad kepada 15 orang SAHAJA.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 Julai 2008.
Dalam satu riwayat daripada Bazzar dan Thabrani dengan sanad hasan, Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu."