Friday, September 28, 2007

UKJ: JAWATAN KOSONG!!

Les’ Copaque Production is now expanding, hiring 30 people to join our team!!. We are conducting an open interview to look for interested individuals. Applicants are given the chance to be a part of our 3D animated film production entitled “Geng: The Adventure Begins”. We are looking for both experienced and fresh graduates. Send your applications to diani.1983@gmail.com.
Please attach the following :-

1. Resume
2. CV
3. Sample of work

3D Animators - 10 positions available
Render Artists - 8 positions available
3D Modellers - 3 positions available
Story Board Artists - 2 positions available
Script Writers - 3 positions available
Audio Designers - 2 positions available
Video Editor - 2 position available

Tuesday, September 25, 2007

SAMPAIKAN SALAM... ERATKAN UKHUWAH..



DAPATKAN
KAD RAYA NISA' EDISI KHAS...


Harga
1 - 10 - RM1/pcs
10 - 20 - RM0.80/pcs
30 ke atas - RM0.70/pcs


Hubungi 019-6039178, 0148492029
Sementara Stok Masih Ada!!

MARHABAN YA RAMADHAN!!


Monday, September 24, 2007

NISA' SMALL KINDNESS: RAMADHAN EDITION


Assalamualaikum w.b.t.

Nisa' Wilayah Persekutuan menjemput semua ahli Nisa' bersama-sama berkongsi keberkatan Ramadhan bersama mereka yang kurang berkemampuan dalam dua majlis berasingan (seperti dalam iklan di atas).
Bagi tujuan penyampaian sumbangan, pihak kami masih mencari penerima sumbangan yang berkelayakan seperti golongan fakir miskin, anak yatim, muallaf (saudara baru), dan yang seumpamanya untuk menerima sumbangan yang disediakan pihak penganjur. Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa akan diadakan pada 30 September 2007 bertempat di Bangunan PERKIM, Jalan Ipoh. Sekiranya anda mengenali mereka sila hubungi UKK Nisa'WP @ 0196901016, 0163672961 secepat mungkin.
Nisa' Wilayah Persekutuan juga menyeru ahli Nisa' yang berkelapangan untuk turut serta dalam program Ramadhan Special bersama RUMAH TITIAN KASIH pada 30 September 2007 jam 9pagi - 12 tengahari di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Semoga dengan kehadiran dan kasih sayang kita, akan dapat melengkapkan Ramadhan mereka.

Salam Kasih Sayang....

Unit Khidmat & Kaunseling
Nisa' Wilayah Persekutuan

Tuesday, September 18, 2007

TALKSHOW NISA' KALI KE 5

RAMADHAN... KEHADIRANMU SATU ANUGERAH

16 Sept 2007 – “Ramadhan….Kehadiranmu Satu Anugerah. Talkshow Nisa’ kali ke 5, telah berjaya menarik lebih 100 orang hadirin bertempat di Dewan Seminar, Masjid Asy-Syakirin, KLCC. Talkshow kali ini telah disampaikan oleh Ustazah Teh Izanuri dan berjaya menyentuh hati para hadirin. Bersesuaian dengan Bulan Ramadhan yang disambut oleh semua umat Islam, talkshow kali ini diisi dengan penjelasan mengenai keistimewaan Bulan Ramadhan, anugerah yang diberikan oleh Allah pada Bulan Ramadhan, tanda-tanda malam Lailatul Qadar, dan juga pengajaran yang diperolehi dalam Bulan Ramadhan. Dalam sesi soal jawab juga, peserta yang hadir tidak melepaskan peluang keemasan untuk bertanya soalan pada ustazah berkaitan ibadat yang dilakukan pada bulan Ramadhan iaitu Solat Sunat Terawih. Pengisian yang begitu padat dan penuh penghayatan memberi satu kesedaran kepada peserta untuk terus menghayati erti sebenar bulan yang penuh dengan rahmat dan barakah dari Ilahi.

Selesai sessi talkshow, Solat Asar berjemaah dijalankan diimamkan oleh Ustazah Teh. Kemudian, seramai kira-kira 30 orang peserta menyertai sessi tadarus diketuai oleh Ustazah sendiri. Surah Al Baqarah menjadi surah pilihan bagi tadarus yang telah dilaksanakan. Rata-rata peserta berpuas hati berpeluang bertadarus bersama disamping memperbetulkan bacaan melalui tunjuk ajar ustazah. Seterusnya, hadirin yang masih setia berada di Masjid KLCC, tidak melepaskan peluang untuk Iftar beramai-ramai. Program seperti ini dapat mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah yang terbina kerana Allah S.W.T dan Islam yang tercinta.

Bagi menghargai para muslimat yang sentiasa menyokong program Talkshow ini yang dijalankan sebulan sekali, sekali lagi Talkshow pada bulan berikutnya akan diadakan pada 28 0ktober 2007.Dengan membawa tajuk yang lebih menarik dan lebih padat dengan ilmu-ilmu bagi pengisian rohani dan mendidik jiwa kita. Oleh itu, semua Muslimat diseru mengajak rakan, jiran, saudara dan sesiapa sahaja untuk hadir pada talkshow yang akan datang. Sokongan daripada semua Muslimat sekalian amatlah dihargai dalam menjayakan Talkshow, anjuran Unit Pembangunan Insan (UPI) Nisa' Wilayah Persekutuan. SALAM RAMADHAN……

"Kerana Dirimu Begitu Berharga"....

Monday, September 10, 2007

Assalamualaikum.....

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKALIAN, NISA'WP MENJEMPUT ANDA KE PROGRAM BERSIRI KAMI....

TALKSHOW NISA'......
Kerana Dirimu Begitu Berharga

Tajuk:
RAMADHAN KEHADIRANMU SATU ANUGERAH

Panel:
Ustazah Teh Izanuri

Tempat: Dewan Seminar, Masjid Asy-Syakirin, KLCC
Tarikh: 16 September 2007 ( Ahad)
Aturcara:
2.30 petang - 4.30 petang :Talkshow
4.30 petang - 5.00 petang :Solat Asar
5.00 petang - 7.30 petang :Tadarus & Iftar bersama

HUBUNGI:
UNIT PEMBANGUNAN INSAN, NISA'WILAYAH PERSEKUTUAN
0192050319
0132091108
0192313176

Monday, September 3, 2007

HAPPY BIRTHDAY SEPTEMBER!!!


Pantas benar masa berlalu... tak sedar dah masuk bulan September. Hanya tinggal 9 hari sahaja lagi Ramadhan akan menjelma. Seperti biasa, ada antara kita dilahirkan pada bulan ini. Kenali karakter sahabat kita yang lahir dalam bulan September. InsyaAllah, boleh kita jadikan panduan untuk memantapkan ukhuwah sesama kita. Selamat Hari Lahir Nisa' yang lahir pada bulan ini. Semoga usia diberkati dan hidup dirahmati Allah selalu..... Amin...


SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.

* Sangat cermat, teliti & teratur.

* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.

* Pendiam tapi pandai bercakap.

* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.

* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.

* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.

* Sangat sensitif yang tidak diketahui.

* orang yang banyak berfikir.

* Daya pentaakulan yang baik.

* Otak bijak & mudah belajar.

* Suka mencari maklumat.

* Kawal diri dari terlalu mengkritik.

* Pandai mendorong diri sendiri.

* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.

* Suka sukan, hiburan & melancong.

* Kurang menunjukkan perasaannya.

* Terluka hatinya sangat lama disimpan.

* Terlalu memilih pasangan.

* Sukakan benda yang luas.

* Bersistematik


1. Hani Mohd Ali (Pengarah Nisa’WP) 13.09.1976
2. Khairi Syutina (SU Nisa’WP) 20.09.1978
3. Noor Afizah (Exco Nisa’WP) 03.09.1982
4. Kartini (Exco Nisa’WP) 08.09.197_
5. Aliya Hadini 28.09.1993
6. Hazwani Farhana 30.09.1990
7. Mahhayu 24.09.1982
8. Nor Azia Md Isa 23.09.1982
9. Nor Diyana 03.09.1986
10. Nor Farzlina 09.09.1984
11. Nor Roshada 12.09.1982
12. Nur Zaireena 16.09.1982
13. Siti Salwa 27.09.1986
14. Zaiwana 10.09.1981
15. Zunnur 02.09.1983
16. Zuriyati 15.09.1982
17. Norharyanni 06.09.1976


SATU TEKAD...SATU PEMBAHARUAN..


Program Munajat Merdeka 2007 yang berlangsung pada 30/8 – 1/9/2007 baru-baru ini merakamkan detik-detik yang sangat bermakna bagi NISA’WP. Jemputan kerjasama daripada pihak masjid seawal lebih sebulan yang lepas, membuka lembaran baru bagi NISA’WP dalam merintis aktiviti kemasyarakatan dengan bekerjasama secara langsung dengan pihak luar seperti Masjid Asy-Syakirin KLCC dan Bank Islam Malaysia Berhad. Peluang kerjasama ini sekaligus dapat memberi sedikit pengalaman bagi NISA’WP dalam berurusan dengan organisasi besar seperti BIMB. NISA’WP mengambil peluang ini dengan mengadakan pameran NISA’WP yang memberi maklumat dan penerangan tentang NISA’ kepada orang ramai yang mengunjungi Masjid Asy-Syakirin KLCC. Selain memberi peluang kepada NISA’ mengadakan pameran, pihak masjid juga memperuntukkan satu slot khas kepada NISA’WP. NISA’WP mengambil peluang ini dengan melancarkan satu program baru dibawah UNIT PEMBANGUNAN INSAN yang dinamakan Nisa’ Garden Talk (NGT).

Bermula pada 30/8/2007, Program Munajat Merdeka 2007 diisi dengan FORUM KEMERDEKAAN. Sebelum forum dimulakan, majlis diserikan dengan bacaan Al-Quranul Karim oleh Juara Akademi Al-Quran musim kedua, Saudara Anuar Hasin. Selesai forum, hadirin dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan As-Saufee dan Mirwana. Menjelang detik 12 tengah malam, hadirin melaungkan ungkapan MERDEKA sebanyak tiga sekali sebagai simbolik sambutan merdeka dan disusuli dengan bacaan doa, selawat serta takbir.

Sementara itu, tamat majlis pada malam itu, kumpulan PERKID dianggotai seramai lebih kurang 500 sukarelawan menjalankan operasi OPS MASIH ADA YANG SAYANG sekitar Kuala Lumpur dengan memberkas serta memberi kaunseling kepada pasangan-pasangan yang berpeleseran di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur.

Pada hari kedua, program diisi dengan pelbagai acara seperti pertandingan nasyid kanak-kanak, pertandingan mewarna dan melukis, serta motivasi remaja. Seramai 16 kumpulan remaja lelaki dari masjid seluruh Malaysia berhimpun di Masjid KLCC tahun ini dalam meraikan sambutan 50 tahun merdeka anjuran Masjid Asy-Syakirin KLCC. Selain motivasi, 16 kumpulan ini menyertai kejohanan futsal “Jom Futsal Remaja Masjid”. Kejohanan futsal yang diadakan selama dua hari dari 31/8/2007 - 1/9/2007, dijalankan di Gelanggang Futsal The Zone dan mnenyaksikan kemenangan berpihak kepada Maahad Tahfiz Al-Quran, Batu 9, Hulu Langat, Cheras.

Pada hari terakhir iaitu 1/9/2007, NISA’WP menganjurkan Nisa’ Garden Talk, sebuah program bual bicara yang kami adakan di tempat terbuka bagi menarik lebih ramai orang awam mendengar topik yang ingin kami sampaikan. Dengan membawa tajuk, LOVE is CINTA, hadirin dibekalkan dengan ilmu yang tak ternilai harganya oleh Ustaz Zamri Zainuldin (host Mari Mengaji) dan Ustazah Teh Jamaludin (pendakwah bebas). Garden Talk turut disertai oleh Ina Naim yang bersama-sama menjadi ahli panel jemputan. Ina Naim tidak lokek berkongsi sedikit pengalaman cinta yang dilaluinya dan mengakui lebih tenang dengan cinta yang dilayarinya selepas berkahwin. Nisa’ Garden Talk diserikan lagi dengan kehadiran pasangan Ina Naim iaitu Suhaimi Saad, yang menyampaikan dua buah lagu hit beliau, Pesona Zulaikha dan Kias Cinta, untuk hiburan para hadirin. Tahniah kepada moderator pentas dan moderator laman, Saudari Fauziah Abdullah dan Masnur Md Daud yang berjaya mengendalikan Nisa’ Garden Talk dengan baik.

Selesai slot Nisa' Garden Talk, NISA’WP melaksanakan penyampaian sumbangan untuk 10 ahli NISA’WP terpilih dalam program Nisa’ Merdeka Small Kindness. Penyampaian sumbangan kepada penerima sumbangan disampaikan oleh Ustaz Sharani daripada Masjid KLCC dan Ina Naim. Majlis Nisa' Garden Talk dan Nisa’ Merdeka Small Kindness tamat sekitar jam 12.15. Orang ramai tidak melepaskan peluang dengan beramah mesra dan merakamkan gambar kenangan dengan ahli panel khususnya pasangan pengantin baru Ina Naim & Suhaimi.

Majlis penutup Program Munajat Merdeka 2007 dijalankan pada jam 2.00 petang. Kesemua penganjur bersama iaitu BIMB, Dewan Pemuda Masjid Malaysia dan Nisa’WP diberi peluang untuk naik ke pentas menyampaikan ucapan penghargaan. Nisa’WP diwakili oleh Pegawai Perhubungan Awam nya, Pn Norhafizah Fadzil. Majlis tamat pada jam 3.30 petang.

Di kesempatan ini, NISA’WP ingin merakamkan sekali lagi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Program Munajat Merdeka 2007 khususnya kepada pihak masjid yang memberi kepercayaan kepada NISA’WP untuk bekerjasama serta sukarelawan Nisa’ yang sudi membantu kami sepanjang program. Terima kasih juga kepada peserta Nisa' Garden Talk yang sudi hadir meraikan program-program NISA’WP. Sambutan dan sokongan anda amat kami hargai. Harapan NISA’WP, semoga kerjasama seperti ini akan tercipta lagi dan InsyaAllah, NISA’WP akan memberikan yang terbaik untuk kecemerlangan ummah. Allahuakbar!!