Monday, June 25, 2007

ANTARA CINTA & IMAN... SAMBUTAN DI LUAR JANGKAAN..


24 Jun 2007 - Dengan membawa tajuk Antara Cinta & Iman, Talkshow Nisa’ yang dianjurkan oleh Nisa' Wilayah Persekutuan untuk kali ke-3 mendapat sambutan hebat daripada orang ramai. Panggilan yg bertalu-talu daripada peserta yang berminat untuk hadir sebelum hari talkshow, memaksa pihak penganjur mengubah susun atur dewan, dengan meminta peserta duduk bersila.

Istimewanya kali ini, peserta yg turut meraikan talkshow ini terdiri dikalangan peserta lelaki yg hadir membawa keluarga bersama-sama. Antara Cinta & Iman menceritakan tentang realiti masyarakat masa kini yang semakin hilang jati diri, lebih mencintai dunia dan akhirnya terjerumus ke lembah kehinaan sehingga sanggup menggadai aqidah hasil kejahilan tentang pegangan agama yang digenggam selama ini.

Dalam sessi soal jawab, peserta mengambil kesempatan bertanyakan soalan. Ada antara peserta yang berkongsi pengalaman tentang senario masyarakat Islam yang tidak peka dengan kehadiran saudara baru dalam komuniti Islam, tidak meraikan saudara baru dan membangkitkan sikap (akhlak) sesetengah orang Melayu Islam yang bersikap tidak selari dengan apa yg diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.

Hasil daripada borang penilaian yang diedarkan kepada penonton dalam Talkshow Antara Cinta & Iman, rata-rata mereka berpuas hati dan mengharapkan usaha ini diteruskan. Walaubagaimanapun, NISA'WP ingin memohon maaf atas sebarang kekurangan sepanjang program. NISA'WP juga menghargai sambutan yang diberikan oleh penonton yang baru menyertai talkshow ini, terutama sekali pengikut setia Talkshow Nisa'. Jangan lupa dapatkan VCD rakaman Talkshow Nisa': Antara Cinta & Iman yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. NISA'WP bawakan eksklusif untuk anda..."KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA"

2 comments:

Anonymous said...

TAHNIAH! Teruskan usaha yang murni ini.....

Anonymous said...

tahniah, sambutan yang hangat..cuma saya ingin tambah point sedikit...sebenarnya punca remaja islam murtad walaupun ibubapa bagi pendidikan agama yang cukup, namun ibubapa lupa pendidikan agama perlu ditekankan pada tauhid.selama ini banyak ibubapa hanya menekankan soal solat, puasa dll.tapi soal akidah kurang.