Friday, June 15, 2007

TALKSHOW NISA' SIRI KE-3

Talkshow Nisa' siri ke-3 bakal menemui orang ramai pada 24 Jun 2007. Siri sebelum ini menampilkan Ustazah Teh Izanuri yang menyampaikan topik berkenaan solat. Mengikut perancangan, siri SEMPURNAKAN SOLATMU dijadualkan disambung perbincangannya dalam Talkshow siri ke-3 ini. Walaubagaimanapun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, sambungan SEMPURNAKAN SOLATMU terpaksa ditangguh ke bulan Julai nanti.
Bagi menggantikan slot ustazah Teh, NISA' WP membawakan satu topik baru yang lebih hangat untuk dibincangkan pada talkshow kali ini. NISA'WP bakal menampilkan penceramah yang tidak asing lagi, Ustaz Riduan Md Noor, seorang penceramah yang berpengalaman luas dalam mengupas isu gejala sosial khususnya murtad yang melanda umat Islam dewasa ini. Ada sesuatu yang terkini akan dikongsi bersama anda semua. Oleh itu jangan ketinggalan, datanglah beramai-ramai ke Masjid KLCC pada 24 Jun 2007, jam 9.00 pagi. Muslimin dan muslimat dijemput hadir. Hubungi: 0192050319, 0133095548. Tempat terhad. Jamuan disediakan.

No comments: