
Talkshow NISA' : Kerana Dirimu Begitu Berharga telah berjaya disempurnakan pada 22 April 2007, bertempat di Dewan Seminar Masjid KLCC. Majlis dimulakan pada jam 10 pagi dengan ucapan aluan oleh Pengarah NISA'WP, Pn Hani Ali. Sessi Talkshow berlangsung sebanyak 3 pusingan bersama moderator Sdri Najibah dan 2 orang ahli panel yang berpengalaman iaitu Ustaz Zaharuddin Abd Rahman & Pn Azlin Hezri. Sepanjang sessi, audiens didedahkan dengan pengisian yang pelbagai baik dari sudut hukum, pengalaman mahupun praktikal berkenaan fitrah kejadian wanita dan kenapa wanita ini begitu berharga.

2 comments:
Assalamu'alaikum,
Adik2 kak kin yang sama-sama bersukan kak kin tak berapa nampak pulak, mereka tak join ke?
Kalau ada kertas atau catatan pengisian dari pembentang bolehlah attach ke blog ini
Tahniah, program berjaya
Kak Kinah
DMPWP.
Waalaikumsalam
Ada beberapa orang yg hadir sama... ramai yang tak dapt ikut program sbb clash dgn prog lain... InsyaAllah kita doakan semakin ramai yang akan turut serta. Mengenai catatan pengisian, satu idea yg baik.. InsyaAllah akan diusahakan..
Terima kasih atas komen dan cadangan...
Post a Comment