Sunday, April 1, 2007

TERBARU DAN BAKAL HANGAT DI PASARAN!!!

Nisa’ Wilayah membuka jualan SUIT RENANG KHUSUS UNTUK WANITA YANG BERTUDUNG. Contoh baju renang adalah seperti gambar-gambar yang tertera di bawah dan ia meliputi saiz S hingga XL.


Harga adalah diantara RM100 - RM200 meliputi saiz S -XXL (Harga terendah di Malaysia)

Buat pengetahuan, suit renang untuk wanita ini terdiri daripada sehelai baju terus,yang bersambung dengan seluar, sehelai baju luar (seolah-olah baju mini jubah), tudung serta serkup yang direkabentuk seperti mana “hat” yang biasa dipakai oleh perenang-perenang dan ianya diperbuat daripada jenis kain yang sesuai untuk acara renang. Selain daripada itu, ia didatangkan dengan beberapa warna dan corak yang menarik.

Kami di peringkat Nisa’ Wilayah amat mengalu-alukan sesiapa yang berminat utk mendapatkan suit renang ini @ ingin menjadi pengedar. Hubungi pihak kami di talian 017-310 4552 / 019-673 2037 @ e-mail maklumat anda ke nisa_wp@yahoo.com.

Dapatkan segera, sementara stok masih ada!

10 comments:

Anonymous said...

salam...

cantik design baju renang tu. ada pun alternatif pakaian renang utk muslimah. tapi kalau beli baju ni, kami nak berenag kat mana? ada anjurkan kelas renang khusus untuk muslimah ke? kalau ada, saya amat berminat nak join...

Nisa_WP said...

wslam.. tkasih atas maklumbalas sdri. pihak Nisa'WP sedang merancang mengadakan kelas renang. setakat ini sudah hampir 25 orang mendaftar sebagai ahli. kami merancang mengadakan kelas renang di UIA. InsyaAllah sekiranya tiada masalah kelas akan bermula penghujung Mac @ awal april. Sekiranya sdri berminat sila hubungi kami melalui telefon Tini 0196732037, Mai 0192042010 @ e-mail maklumat diri anda seperti nama penuh, alamat, no contact, pekerjaan dll.
Jumpa di kelas renang nanti!!

Anonymous said...

assalamualaikum..

saya pun berminat juga nak ke kelas renang..kalau nak send makumat yang dikehendaki, nak send ke email mana yer

Nisa_WP said...

w'salam
terima kasih srikandi_jilbab... penyertaan masih dibuka. InsyaAllah, kelas renang mungkin akan diawalkan. E-mail maklumat diri anda ke nisa_wp@yahoo.com dan kalau boleh c.c. to maisuharah@yahoo.com
Terima kasih..

Anonymous said...

asslamualaikum,

macam berminat ngan baju renang tu. Design ada 2 tu jer ker?

Anonymous said...

cantik baju tu, kalu berminat nak jadi wakil pengedar camna? Bleh ke wakil nisa' wp turun ke ofis buat promosi?

Nisa_WP said...

Salam..
To anonymous: design ada banyak, kami belum sempat display dlm blog. If interested bole call wakil kami tu, dan dia akan bw g jumpe awak if u duk kat area KL.
To rogayah: yes. kita sedia lantik wakil pengedar. Promosi kat ofis? If ofis line clear?! Just call wakil kami Fauziah 0173104552.

Anonymous said...

saudari, corak yang floral dan stripe tu masih ada lagi ke? size apa yang ada..saya berminat nak beli tapi ingin tahu harga nya..kat mana boleh saya tengok sample..
p/s tadi saya dah call fauziah..dan dah inform yg saya berminat utk jadi pengedar..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Salam..
Saya nak tanya tentang baju renang muslimah. Macamana saya nak
tengok design lain yang available bg saiz S?Macamana cara utk dapatkannya if interested? Fyi, I'm in Bangi/Cyberjaya..
Thanks