Alhamdulillah, baru-baru ini Nisa’ Wilayah telah pun dengan jayanya mengadakan suatu majlis Talkshow di Surau Al-Falah, PPR Hiliran Ampang dengan kerjasama AJK Surau yang super sporting :)
Talkshow yang bertajuk “Penghujung Cintaku” ini dihadiri oleh ramai sangat-sangat penduduk PPR Hiliran Ampang mahupun kawasan sekitar. Penuh kerusi dan ruang yang disediakan. Meriahhh :)
Sayang nya Catriona Ross tak dapat hadir sebab keadaan kesihatan yang tak mengizinkan. Tapi, Alhamdulillah, gandingan mantap Ustazah Ros Izanuri dan Adeep Fabulous Cat beserta moderator yang petah berceloteh, Ustaz Syed membuatkan sekalian penonton tak berkelip-kelip mata. Asyik sangat dengan penyampaian mutiara ilmu dari Ustazah dan juga kisah pengalaman peribadi Adeep yang beroleh hidayah Allah.
Antara pengisian yang boleh dikongsikan di sini ialah seperti berikut. Maaf ya sebab agak kucar-kacir nota yang di ambik ni, tapi nak buat macam mana, pena tak mampu bergerak laju sebabnya mata dan telinga terlalu asyik dan terpaku ke arah pentas sahaja sepanjang talkshow berlangsung :)
Antara pengisian yang boleh dikongsikan di sini ialah seperti berikut. Maaf ya sebab agak kucar-kacir nota yang di ambik ni, tapi nak buat macam mana, pena tak mampu bergerak laju sebabnya mata dan telinga terlalu asyik dan terpaku ke arah pentas sahaja sepanjang talkshow berlangsung :)
Cinta kena ada dua rasa:
1) Rasa ingin bertemu selalu
2) Rasa tenang ketika bersama.
Sama jugak bila kita cinta pada Allah dan Rasulullah. Rasa nak sangat berjumpa dan inshaAllah mudah-mudahan tenang bila jumpa.
Adeep Fabulous Cat menangis saat bercerita bagaimana beliau tersedar dari leka dengan duniawi. Masa tu baca tentang saat-saat akhir kehidupan Rasulullah. Bagaimana baginda sangat kasihi ummat baginda. Bagaimana telah banyak yang Rasulullah korbankan demi sampaikan Islam, yang sampai kepada kita hari ini.....Allahurabbi..
Orang bercinta sekarang ini asyik bermain sms atau whatsapp atau messanging yang lain. Sibuk sangat, kalah tasbih. Ustazah pesan, jaga-jaga jangan sampai kita sibuk membina hubungan dengan manusia lain, sampai leka dalam bina hubungan dengan Allah..
Kita mesti mencintai orang yang cinta pada Allah dan Allah cintakan dia. Siapakah mereka ini yang Allah cintai? Iaitulah orang yang bertaqwa dan taqarrub kepada Allah.
Ustazah juga berkongsi tentang tanda-tanda kematian semakin menghampiri yang disampaikan oleh Rasululalh s.a.w dalam satu hadis iaitu:
1) ada uban
2) sakit-sakit badan
3) resah gelisah
4) mata mula tak nampak
5) telinga mula tak dengar
Bila tiada cinta dalam diri, yang ada dalam diri itu ialah kebencian. Jadi, sama-samalah kita pupuk rasa cinta dalam diri, cinta pada Allah, pada manusia dan sekaliannya.
Ketika sesi soal-jawab, Adeep Fabulous Cat ada berkongsi satu tips. Kalau nak rasa cinta atau nak mencari cinta, Ingatlah pada mati, dalam kubur nanti nak kena seksa ke taknak kena seksa. Di akhirat nanti nak jumpa Allah ke tak nak jumpa Allah. Nak jumpa Rasulullah ke tak nak jumpa. Kita dah tak banyak masa. Allah dah bagi banyak nikmat, cukuplah leka dunia, jom lah kembali pada Allah. Nanti pun memang Allah nak panggil kita balik pun. Bila kita dengan dengan Allah, Allah akan datangkan orang baik dekat kita.
Sekian dulu nota pendek, sharing kepada semua. Moga bermanfaat & Selamat Mencari dan Menikmati CINTA! :)
With lots of love,
Nisa' Wilayah Persekutuan :)
No comments:
Post a Comment