"Aku cinta kepadamu kerana agamamu. Kalau hilang agamamu, hilanglah cintaku."
Begitulah kata-kata Imam Al Ghazali kepada isterinya saat berbicara tentang cinta. Perkara ini dikupas lebih mendalam oleh Ustazah Qurratul Aein dalam Talkshow Nisa' WP baru-baru ini,` Kau & Aku ke Syurga'. Alhamdulillah, banyak yang dapat dipelajari daripada kedua-dua panelis kita yang sangat berkaliber dalam bidang masing-masing.
Berikut disertakan isi penting sepanjang forum berlangsung :
CARA KE SYURGA
Orang-orang beriman, bila masuk syurga, akan disatukan kembali dengan ahli keluarganya di sana. Selalunya orang berkahwin semata-mata kerana cinta, jarang yang berkahwin untuk ke syurga. Kalau suami yang jaga akidah dan syariat, tapi isteri tidak, suami sahaja ke syurga, dan begitulah sebaliknya. Cara untuk ke syurga:
o Jaga akidah – berhati-hati dgn fahaman pluralisme, liberalisme, khurafat/bomoh serta pertikaian terhadap ketetapan hukum dan qada'/qadar Allah. Contoh: kaum perempuan yang berlebihan dalam menuntut kesamarataan sehingga mahukan kuasa talak, dan tidak mempersetujui hukum faraid
o Jaga syariat – terutamanya solat, puasa dan zakat
CINTA SAMPAI SYURGA : REALITI ATAU MITOS?
Cinta, atau 'hubb' dalam bahasa arab, adalah suatu perasaan yang letaknya jauh di dalam hati. Allah swt dan Nabi saw ada menyebut tentang rasa cinta:
o Dijadikan pada manusia rasa suka kepada wanita & anak2
o Hadis nabi: tidak beriman jika tidak mencintai orang lain seperti diri sendiri
Cinta, atau 'hubb' dalam bahasa arab, adalah suatu perasaan yang letaknya jauh di dalam hati. Allah swt dan Nabi saw ada menyebut tentang rasa cinta:
o Dijadikan pada manusia rasa suka kepada wanita & anak2
o Hadis nabi: tidak beriman jika tidak mencintai orang lain seperti diri sendiri
Fitrah lelaki memang suka kepada ramai wanita (Jadi di syurga, setiap lelaki dijanjikan bidadari yang ramai, dengan rasa cinta yang kekal. Namun, secantik-cantik bidadari, yang paling cantik adalah wanita/isteri yang solehah.)
Panduan cinta yang membawa ke syurga:
o Tidak mencintai seseorang/sesuatu lebih dari mencintai Rasulullah saw.
o Mencintai seseorang kerana agamanya
o Tidak mencintai seseorang/sesuatu lebih dari mencintai Rasulullah saw.
o Mencintai seseorang kerana agamanya
FENOMENA CINTA ISLAMIK / `CINTA ENTA-ENTI'
Mencintai seseorang kerana agama dan kebaikannya, sifat waraknya, dan tinggi ilmunya adalah suatu kebaikan. Cinta yang mendorong kepada saling mengajak kepada kebaikan dan mencegah kejahatan juga adalah suatu kebaikan (amar ma'aruf nahi munkar). Namun harus berhati-hati dari maksiat, jangan berdua-duaan.
Mencintai seseorang kerana agama dan kebaikannya, sifat waraknya, dan tinggi ilmunya adalah suatu kebaikan. Cinta yang mendorong kepada saling mengajak kepada kebaikan dan mencegah kejahatan juga adalah suatu kebaikan (amar ma'aruf nahi munkar). Namun harus berhati-hati dari maksiat, jangan berdua-duaan.
FENOMENA `PERIGI CARI TIMBA'
Menurut kajian, nisbah lelaki:perempuan berumur 19-49 tahun di Malaysia adalah lebih kurang sama. Namun nisbah lelaki:perempuan di pusat serenti dan penjara adalah 10:1. Jadi memang bilangan lelaki yang boleh dikahwini adalah kurang dari perempuan. Ini menyebabkan perempuan tidak lagi malu-malu untuk mencari timba. Namun sebenarnya tiada masalah perigi mencari timba. Yang lebih bermasalah adalah perigi cari perigi, timba cari timba. Gunakanlah orang tengah dan carilah pasangan tanpa langgar syariat.Bagi yang mengalami cinta pandang pertama, buatlah solat istikharah meminta panduan.
Sesi diskusi yang hangat diteruskan dengan sesi soal jawab bersama peserta.
Sesi diskusi yang hangat diteruskan dengan sesi soal jawab bersama peserta.
Soalan 1 – Bagaimana menangani cinta pudar di hari tua?
-Wujudkan aktiviti-aktiviti bersama yang memupuk cinta sebagai tradisi dari awal perkahwinan. Kalau dah lama kahwin baru nak buat memanglah akan rasa janggal.
-Cari pasangan beragama kerana orang beragama akan saling menjaga dan tanggungjawab tetap akan dilaksanakan.
Soalan 2 – Ada perempuan yang gembira hidup membujang, adakah suatu kesalahan jika tidak berkahwin?
- Sabda nabi, bagi yang mampu berkahwin, berkahwinlah. Yang tidak mampu, berpuasalah
- Jadi yang lebih baik adalah tidak berputus asa mencari pasangan. Siti Khadijah berkahwin dan bercerai 2 kali dengan lelaki yang tidak baik sebelum dijodohkan dengan Rasulullah saw.
Soalan 3 - Nikah gantung
- Nikah gantung adalah istilah melayu, di mana selalunya hanya dilakukan akad nikah, tetapi suami isteri tidak menjalani hidup seperti suami isteri sepenuhnya
- Dibuat kerana kenduri tidak dapat dibuat lagi atas sebab-sebab tertentu, atau untuk elakkan maksiat ketika berjauhan dari wali/penjaga (e.g. ibu bapa pergi umrah/haji)
- Sebenarnya tiada istilah ini di dalam Islam. Kalau sudah akad nikah, bermaksud sudah menjadi suami-isteri
Soalan 4 – Masalah suami yang tidak mencari nafkah menyebabkan isteri terpaksa bekerja dan menyebabkan isteri memukul suami
-Mencari nafkah adalah tanggungjawab suami dan merupakan suatu jihad.
-Dalam kes ini isteri boleh menuntut fasakh
Soalan 5 – Hubungan semasa tunang
- Semua yang diharamkan sebelum bertunang, tetap haram selepas bertunang
- Yang dibolehkan semasa bertunang hanyalah berkenalan.
- Sebaik-baiknya berkenalan melalui orang lain. Kalau berkenalan secara terus, perlu berusaha menjaga hati supaya tiada maksiat hati.
Akhir kata, sekalung terima kasih kepada para panelis dan para peserta yang hadir, serta ajk Nisa' se-Wilayah dan Masjid Asy-Syakirin, KLCC yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Semoga halaqah ilmu seperti ini terus mendapat sambutan di masa akan datang. Nantikan siri Talkshow Nisa' Wp seterusnya ya!
No comments:
Post a Comment