Sunday, December 11, 2011

Kem Remaja Solehah 2011

Kepada adik-adik semua..Jom kita manfaatkan cuti sekolah ini dengan menyertai Kem Remaja Solehah 2011, anjuran Nisa` Wangsa Maju pd 25& 26 Disember 2011 di Kuang Homestay, Selangor.Pelbagai aktiviti menarik menanti!

Jangan lepaskan peluang keemasan ini..
Jom champing!

Monday, November 14, 2011

Sambutan Maal Hijrah @ KLCC

Nisa` WP ingin menjemput semua muslimin dan muslimat ke SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1433H pada 26 & 27 November 2011, Sabtu & Ahad di Masjid KLCC

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda semua

MASUK ADALAH PERCUMA!
MAKANAN DISEDIAKAN!
DIJEMPUT SEMUA UNTUK IKTIKAF DI RUMAH ALLAH SWT..INSYAALLAH

TENTATIF PROGRAM 26/11/2011, SABTU

TENTATIF PROGRAM 27/11/11, AHAD

Jom adik2, sertai pertandingan mewarna, melukis, indoor games, sukaneka

sebarang pertanyaan boleh hubungi : YANI ( 019-2076759) atau SYAM SYIFA` ( 019-2782818)

Jumpa kami di sana!



Thursday, November 3, 2011

Thursday, October 13, 2011

Jom berbasikal dengan Nisa'

Ingin berbasikal dengan Nisa' Wilayah?


Jom jumpa di Taman Botani Putrajaya pada 16 Oktober 2011!


Selain berbasikal ada juga Treasure Hunt!!


Jika berminat, hubungi : Sarah - 012 938 4478 @ Rehan - 012 304 9868


JUMPA DI SANA!!~

Tuesday, September 27, 2011

Jemput datang ke Talkshow 9/10/2011

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' yang dikasihi sekalian? Semoga dalam redha dan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya. Dikalung kesihatan dan kekuatan serta kesabaran mengharungi perjalanan hidup yang masih ada. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izin ALLAH. *syukur*
Dikesempatan ini, ingin kami hebahkan Talkshow dari Nisa' Wilayah Persekutuan yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :

TARIKH : 9 OKTOBER 2011 (AHAD)
MASA : 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : DEWAN MASJID AS-SYAKIRIN, KLCC
PANEL :
1) USTAZ KAMAL ASHAARI
2 ) USTAZAH NAFISAH TAHIR

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai bagi sama-sama berhimpun dalam majlis ilmu ini.

Jangan risau tentang bayaran. Semuanya adalah PERCUMA! Makanan juga disediakan.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
Azi : 013-2009426
Durrah : 019-3424921

Atau boleh juga luang masa untuk klik pada link ini :

Facebook : www.facebook.com//nisa.wilayah

Thursday, August 25, 2011

Salam Aidilfitri dari Nisa WP

Semoga dengan berlalunya Ramadhan, kita beroleh keampunan dari Allah subhanahu wata'ala, insya Allah.
image credit to Syuha

Monday, August 1, 2011

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA!

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T,kita terpilih oleh Nya untuk bertemu dengan bulan Ramadhan.Bulan Ramadhan bukan sekadar bulan berpuasa, tetapi bulan yang penuh dengan rahmat, keberkatan, penganugerahan, keampunan dari Allah swt. Justeru beruntunglah mereka-mereka yang dapat menghayati dan menghidupkan bulan ramadhan dengan sebaik-baiknya.


Segala anugerah Allah dibulan Ramadhan hanya dapat dinikmati oleh mereka yang beramal dan menghayati bulan Ramadhan dengan bersungguh-sungguh. Kesungguhan menghayati bulan Ramadhan bermula dari hati. Oleh itu hati mestilah bersedia terlebih dahulu untuk menyambut ketibaan ramadhan sebagai permulaan bermulanya kehidupan seorang hamba di bulan Ramadhan.


من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Maksudnya; Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah nescaya diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu.Moga Ramadhan kali ini meningkatkan iman dan taqwa kita kepada ALLAH SWT...

menyuntik semangat kita untuk terus menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W..

dan seterusnya memupuk kita untuk terus menyintai ISLAM..sebagai agama kita..


SALAM RAMADHAN KAREEM kepada semua ahli-ahli Nisa` Sewilayah

SELAMAT BERPESTA IBADAH..


SALAM UKHUWAH FILLAH daripada Nisa` Wilayah Persekutuan

Friday, July 1, 2011

Rejab,Syaaban,Ramadhan..

(gambar ehsan iluvislam.com)


Sesungguhnya manusia sering lupa dan wajar diperingatkan dari semasa ke semasa..

Just a sweet reminder to all :)

Mungkin dalam 3 bulan ni kita boleh perlahankan aktiviti duniawi kita, dan berhenti sejenak serta taksirkan apa yang telah dilakukan untuk persediaan akhirat kita?

Time flies, optimize them whenever you can!

Thursday, June 30, 2011

Sinergi Keluarga Bahagia kembali!

Jangan ketinggalan! Daftar segera dengan telefon/SMS :

Cik Nazirah (013-3183845)

Pn Hafizzah (013-3321183)

Monday, June 27, 2011

Rejab is about to end..

Dear sisters,


Rejab, one of the holiest month in Islam is coming to its end..




Have we optimize the days in this month by performing ibadah sunnah?


Have we fulfill the days by doing good deeds continuously?


Have we utilize the days to perform our munajat and communicate to Allah?




I'm sure most of you won't forget


And won't ever miss the opportunity to meet Rejab once in a year



But..


If we accidentally forget it


We still have 3 days left..


And most important of all the days is on 27th Rejab


Where the Isra' Mikraj event took place




Where Rasulullah was taken to the land above the sky


To meet His Creator


And see some of His wondrous creations along the way.


Hence, my beloved sisters,


Seize the day!


Embrace this month before it comes to the end


For we will never know


Whether we would or we won't meet this month again.


Lots of love, Nisa' Wilayah Persekutuan


Tuesday, May 10, 2011

Nota untuk Kau & Aku ke Syurga

"Aku cinta kepadamu kerana agamamu. Kalau hilang agamamu, hilanglah cintaku."
 
Begitulah kata-kata Imam Al Ghazali kepada isterinya saat berbicara tentang cinta. Perkara ini dikupas lebih mendalam oleh Ustazah Qurratul Aein dalam Talkshow Nisa' WP baru-baru ini,` Kau & Aku ke Syurga'. Alhamdulillah, banyak yang dapat dipelajari daripada kedua-dua panelis kita yang sangat berkaliber dalam bidang masing-masing.
 
Berikut disertakan isi penting sepanjang forum berlangsung :
 
CARA KE SYURGA
Orang-orang beriman, bila masuk syurga, akan disatukan kembali dengan ahli keluarganya di sana. Selalunya orang berkahwin semata-mata kerana cinta, jarang yang berkahwin untuk ke syurga. Kalau suami yang jaga akidah dan syariat, tapi isteri tidak, suami sahaja ke syurga, dan begitulah sebaliknya. Cara untuk ke syurga:

o   Jaga akidah – berhati-hati dgn fahaman pluralisme, liberalisme, khurafat/bomoh serta pertikaian terhadap ketetapan hukum dan qada'/qadar Allah. Contoh: kaum perempuan yang berlebihan dalam menuntut kesamarataan sehingga mahukan kuasa talak, dan tidak mempersetujui hukum faraid
o   Jaga syariat – terutamanya solat, puasa dan zakat
CINTA SAMPAI SYURGA : REALITI ATAU MITOS? 
Cinta, atau 'hubb' dalam bahasa arab, adalah suatu perasaan yang letaknya jauh di dalam hati. Allah swt dan Nabi saw ada menyebut tentang rasa cinta:
o   Dijadikan pada manusia rasa suka kepada wanita & anak2
o   Hadis nabi: tidak beriman jika tidak mencintai orang lain seperti diri sendiri
Fitrah lelaki memang suka kepada ramai wanita (Jadi di syurga, setiap lelaki dijanjikan bidadari yang ramai, dengan rasa cinta yang kekal. Namun, secantik-cantik bidadari, yang paling cantik adalah wanita/isteri yang solehah.)
Panduan cinta yang membawa ke syurga:
o   Tidak mencintai seseorang/sesuatu lebih dari mencintai Rasulullah saw.
o   Mencintai seseorang kerana agamanya
 
FENOMENA CINTA ISLAMIK / `CINTA ENTA-ENTI' 
Mencintai seseorang kerana agama dan kebaikannya, sifat waraknya, dan tinggi ilmunya adalah suatu kebaikan. Cinta yang mendorong kepada saling mengajak kepada kebaikan dan mencegah kejahatan juga adalah suatu kebaikan (amar ma'aruf nahi munkar). Namun harus berhati-hati dari maksiat, jangan berdua-duaan.

FENOMENA `PERIGI CARI TIMBA'
Menurut kajian, nisbah lelaki:perempuan berumur 19-49 tahun di Malaysia adalah lebih kurang sama. Namun nisbah lelaki:perempuan di pusat serenti dan penjara adalah 10:1. Jadi memang bilangan lelaki yang boleh dikahwini adalah kurang dari perempuan. Ini menyebabkan perempuan tidak lagi malu-malu untuk mencari timba. Namun sebenarnya tiada masalah perigi mencari timba. Yang lebih bermasalah adalah perigi cari perigi, timba cari timba. Gunakanlah orang tengah dan carilah pasangan tanpa langgar syariat.Bagi yang mengalami cinta pandang pertama, buatlah solat istikharah meminta panduan.
 
Sesi diskusi yang hangat diteruskan dengan sesi soal jawab bersama peserta.

Soalan  1 – Bagaimana menangani cinta pudar di hari tua?
-Wujudkan aktiviti-aktiviti bersama yang memupuk cinta sebagai tradisi dari awal perkahwinan. Kalau dah lama kahwin baru nak buat memanglah akan rasa janggal.
-Cari pasangan beragama kerana orang beragama akan saling menjaga dan tanggungjawab tetap akan dilaksanakan.

Soalan 2 – Ada perempuan yang gembira hidup membujang, adakah suatu kesalahan jika tidak berkahwin?
- Sabda nabi, bagi yang mampu berkahwin, berkahwinlah. Yang tidak mampu, berpuasalah
- Jadi yang lebih baik adalah tidak berputus asa mencari pasangan. Siti Khadijah berkahwin dan bercerai 2 kali dengan lelaki yang tidak baik sebelum dijodohkan dengan Rasulullah saw.

Soalan 3  - Nikah gantung
- Nikah gantung adalah istilah melayu, di mana selalunya hanya dilakukan akad nikah, tetapi suami isteri tidak menjalani hidup seperti suami isteri sepenuhnya
- Dibuat kerana kenduri tidak dapat dibuat lagi atas sebab-sebab tertentu, atau untuk elakkan maksiat ketika berjauhan dari wali/penjaga (e.g. ibu bapa pergi umrah/haji)
- Sebenarnya tiada istilah ini di dalam Islam. Kalau sudah akad nikah, bermaksud sudah menjadi suami-isteri

Soalan 4 – Masalah suami yang tidak mencari nafkah menyebabkan isteri terpaksa bekerja dan menyebabkan isteri memukul suami
-Mencari nafkah adalah tanggungjawab suami dan merupakan suatu jihad.
-Dalam kes ini isteri boleh menuntut fasakh

Soalan 5 – Hubungan semasa tunang
- Semua yang diharamkan sebelum bertunang, tetap haram selepas bertunang
- Yang dibolehkan semasa bertunang hanyalah berkenalan.
- Sebaik-baiknya berkenalan melalui orang lain. Kalau berkenalan secara terus, perlu berusaha menjaga hati supaya tiada maksiat hati.
 
Akhir kata, sekalung terima kasih kepada para panelis dan para peserta yang hadir, serta ajk Nisa' se-Wilayah dan Masjid Asy-Syakirin, KLCC yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Semoga halaqah ilmu seperti ini terus mendapat sambutan di masa akan datang. Nantikan siri Talkshow Nisa' Wp seterusnya ya! 

Monday, April 11, 2011

TALKSHOW KEMBALI LAGI!

Kau dan Aku ke syurga.... "Bukankah syurga dunia yang dibina mahu dilangsungkan hingga ke Syurga Sana...??" TALKSHOW NISA' WP : "KAU & AKU KE SYURGA" TARIKH : 23 APRIL 2011 (SABTU)MASA : 2.00 PETANG - 5.00 PETANGTEMPAT : DEWAN SEMINAR MASJID AS SYAKIRIN, KLCC Panel : 1) Ustaz Fauzi Bin Mustafa (Pengacara Al Kuliyyah TV3, Duta Produk Jus Tok Guru)2) Pn Qurratul Aein Fatah Yasin (Pensyarah UITM) "SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR" Masuk adalah percuma !Minum petang disediakan :) Hubungi : 013-200 9426 (azi) @ 019-3424921 (durrah)

Friday, March 18, 2011

JEJAK KASIH REMAJA kembali lagi :) [19/3/2011]

 
Apa khabar semua? Apa khabar iman kita?
Ha....lama menanti, kini menjelma.
JEJAK KASIH REMAJA kembali lagiiiii :)
 
Bila?  Sabtu ini 19/3/2011
Di mana? Taman Tasik Metropolitan Kepong
Jam? 5 petang
 
 
Jejomz semua. Sambil beriadah kita berukhwah~~~
LET'S GO FRIENDS :)
 
 

Tuesday, March 1, 2011

Nota Usrah Nisa' Wilayah

Assalamualaikum wbt..
 
Alhamdulillah usrah Nisa' telah berjaya diadakan minggu lepas di Gombak..berikut dikongsikan sedikit ilmu untuk manfaat bersama :)

1) Dgn ilmu yang kita dapati,jadikanlah malam hari kita seperti rahib,siang hari kita seperti penunggang kuda yang sibuk menegakkan Islam di muka bumi

2)Rasulullah diutuskan dalam keadaan masyarakat yg sesat nyata-tak byk beza dengan keadaan kita sekarang

3)Surah alkahfi-sgt penting utk diteliti terutama setiap hari jumaat

4)Kita perlu berusaha kembali kpd asal-menghayati keberkatan hari jumaat
(rujuk kisah ashabul kahfi)

5)Allah bentangkan kpd kita: terdapat 4 fitnah kpd manusia ttp dikhususkan kpd golongan yg mencari hikmah:

I)Kisah ashabul kahfi
--Fitnah(ujian) paling besar adalah terhadap agama yg Allah berikan kpd kita (islam),apa bezanya dgn org lain?
--ujian utk mempertahankan diri,tabah,thabat dalam perjuangan
--pemuda ashabul kahfi semuanya hidup mewah sebelum peristiwa di gua.mereka diuji utk pertahankan iman setelah ditidurkan dalam gua
--500 tahun beza nabi isa dan nabi muhamad diturunkan-masa inilah peristiwa ashabul kahfi
-apabila bangkit dari tidur,mereka menyangka telah tidur setengah hari tp sebenarnya dah 300 thn
-sekejap saja smpai hari kiamat

ii)Kisah nabi musa
-nabi sebagai manusia mmg akan melakukan kesilapan,jadi Allah ajar nabi musa utk membersihkan hati kerana nabi musa bangga dgn ilmunya
-Allah suruh Nabi Musa jumpa Nabi Khidir dan mengembara bersamanya (al kahfi:ayat 60)
-sepanjang perjalanan, Nabi Khidir membuat beberapa perkara yang pelik dari pandangan manusia, padahal setiap satu perbuatan mempunyai sebab yang tersendiri
-rupanya Allah ingin mengajar Nabi Musa bahawa banyak lagi perkara yang tidak diketahuinya, sesunggunya ilmu Allah itu sangat luas

Iii)Pemilik 2 ladang (tamar dan anggur)
-kekayaan yg Allah berikan menyebabkan mereka kufur nikmat harta(tak amanah,membazir,bermewah2)
-lihat bagaimana sahabat2 nabi mengorbankan seluruh harta utk islam(contohnya :Musab Umair,Abd Rahman b Auf,Uthman Affan)
-jadilah abu bakar yg kaya kerana infaknya

Iv)(Iskandar) Zulkarnain
-Ada ilmu,agama dan harta
-beliau menerima ujian ini dgn bersifat adil
-beliau menggunakan kelebihan yang ada utk menjaga kebajikan rakyat-pemerintahannya dari timur ke barat
-harta dan anak2 merupakan harta dunia tp amal kebajikan adalah yg akan dibawa di akhirat

6)Riwayat Abu Darda', Rasulullah saw telah bersabda ` barangsiapa membaca 3 ayat surah alkahfi,dia akan terhindar dr fitnah dajjal'

7)Keluarnya dajjal menandakan hari kamat dah dekat

8)Al-Quran itu penyembuh jiwa dan pemberi rahmat :) Maka banyakkanlah membaca Al Quran

9)Hidupkan muhasabah diri (checklist ibadah..macam harini saya dah buat solat sunat taubat,hajat,zikir fatimah, etc)

10)Jadilah orang yang fakih (dapat mengambil hikmah2 ilmu)

11) Memetik kata-kata ulama besar kita, Yusuf al-Qardawi 'Sesungguhnya terlalu kecil gerak kerja wanita islam berbanding tuntutannya'

12)Kewajipan wanita bukan setakat mendidik anak2 sendiri,tapi perlu didik anak2 org lain dan ibu2 yang lain..jadi siapa kata tugas wanita hanyalah perlu duduk di rumah? 
Semoga bermanfaat:)

Friday, February 18, 2011

"Inspiring Me".. to inspire you

Tanggal 15 Februari 2011 yang lalu, Nisa' Wilayah Persekutuan telah menganjurkan program 'in-house training' yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Program yang bertemakan "Inspiring Me" ini bermatlamat untuk memperkasakan kemahiran komunikasi intrapersonal dan interpersonal diri. Turut diselitkan pengisian preview tentang 'Vision & Intent'.

Majlis dimulakan dengan iringan selawat ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W. sempena memperingati hari kelahiran baginda. Seterusnya, majlis dikendalikan oleh Cik Mastura Mansor yang merupakan seorang jemputan dari Nisa' Malaysia. Antara input utama yang ingin disampaikan adalah tentang NLP (Neoro Linguistic Programming). NLP mencetuskan daya berfikir yang sama melalui interaksi saraf-saraf otak yang membuat penilaian dari pelbagai sudut dan komunikasi verbal serta non-verbal. Fasa pertama lebih cenderung menyedarkan hakikat sebenar potensi diri seseorang individu, manakala fasa kedua lebih cenderung mengajak audien bersikap yakin boleh untuk mencapai sesuatu melalui potensi diri yang dianugerahkan kepada mereka. Seterusnya, Cik Mastura menyentuh tentang deria (senses) yang ada pada seorang manusia iaitu visual, auditori, kinesthetic (perasaan), olfactory (bau), gastutory (rasa) dan audio digital (gerak hati). Apa yang menarik, pergerakan mata ketika berkomunikasi mampu menentukan kategori seseorang sama ada visual, auditori atau kinesthetic. Setiap kategori ini mempunyai ciri-ciri tersendiri dari aspek gerak tubuh, percakapan, penyampaian, perkataan dan pernafasan.

Selain itu, beberapa konsep NLP turut dikongsi dalam membina rapport (hubungan baik) dengan seseorang. Antaranya, "matching and mirroring" yang membolehkan seseorang membina hubungan baik dengan individu yang berkomunikasi dengannya dari segi nada suara, fisiologi, pernafasan, bahasa minda, hatta nilai kepercayaan yang senada atau sama. Sekiranya rapport tercapai, apa yang ingin disampaikan akan mudah diterima dengan baik. Kemahiran ini menjadi satu kredit besar buat penggerak Nisa' yang menjadi penghubung generasi muda. hari ini. Justeru, minda, tubuh dan jiwa perlu bersedia untuk menerima sebarang mehnah dan tribulasi dalam berdakwah. Sebelum sesi ceramah Cik Mastura berakhir, audien dihidangkan dengan tayangan klip video Badar 313 hasil sentuhan beliau sendiri.

Program berehat seketika dengan solat Zuhur dan makan tengahari. Program disambung semula pada jam 3 petang oleh En. Fazrul Ismail, seorang pelatih dari Total Success Training & Consultancy. Beliau menyampaikan ceramahnya dengan melontarkan persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh audien. Antaranya, apakah tujuan hidup ini dan beberapa persoalan lain yang peserta sendiri tidak pernah menjangka akan diajukan kepada mereka. Kesemua persoalan ini telah dikupas bersama-sama mengikut aturan dan kehendak yang sebenarnya sesuai dengan susunan dalam maksud hadis dan ayat al-Quran. Majlis berakhir dalam pukul 5 petang. Kedua-dua jemputan memperoleh cenderamata yang disampaikan oleh pengarah program, Pn. Zurina Bte Din.

Rata-rata, ramai yang berpuas hati dengan mesej yang disampaikan. Semoga Nisa' dapat mengaplikasi kemahiran yang diperoleh sepanjang program berlangsung, khususnya dalam menyampaikan risalah ilmu dan dakwah. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat!

Monday, February 14, 2011

Selamat Hari Kekasih


SALAM MAULIDURRASUL daripada NISA` WILAYAH PERSEKUTUAN
Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Rasulullah S.A.W
“Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad, pembuka bagi sesuatu yang terkunci, penyudah segala nabi yang terdahulu, pembela kebenaran dengan kebenaran dan petunjuk ke jalanMu yang lurus. Limpahkanlah juga rahmat ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya dengan kurniaan yang layak dengan kadar dan darjatnya yang agung.”

Saturday, January 8, 2011

Laporan Talkshow U Turn Ke Jalan Lurus

Pada hari Sabtu 1/1/2011 yang lalu, alhamdulillah Nisa' Wilayah Persekutuan telah bekerjasama dengan Masjid Asy-Syakirin untuk menjayakan program Talkshow Nisa' WP sempena sambutan Ambang Tahun Baru 2011. Program yang diadakan di perkarangan masjid KLCC menampilkan dua orang speaker yang tidak asing lagi, Ustaz Zul Ramli M Razali (pakar motivasi, penceramah undangan di IKIM.FM dan PAHANG.FM dan penulis buku `U Turn ke Jalan yang Lurus') dan Brother Ustaz Kamaruddin Abdullah (Presiden IPSI -Persatuan Penyebaran Islam Antarabangsa) yang terbang jauh dari Pulau Pinang semata-mata untuk menjayakan program ini.

Program yang memakan masa 2 jam tidak terasa lamanya kerana kupasan yang hebat dan menyentuh perasaan daripada kedua-dua orang speaker, ditambah pula dengan moderator yang petah berkata-kata lulusan Universiti Al Azhar, Cik Sharifah Durrah. Seramai lebih kurang 100 orang hadirin yang datang menadah ilmu pada hari tersebut.

Antara isi penting kupasan Talkshow tersebut adalah seperti berikut :

Dalam kehidupan,kita ada `bulatan kerisauan' (circle of concern). Kadang-kadang kita terlalu membesarkan bulatan ini sehingga kita lupakan yang lebih penting iaitu `bulatan tanggungjawab' (circle of responsible). Kalau kita tidak menanda diri dalam bulatan tanggungjawab, akan jadi seperti lagu `bangau oh bangau' di mana setiap makhluk asyik menyalahkan orang lain, kecuali ular! Nampaknya ular sahaja yang `macho' dan mengambil tanggungjawab dengan mengatakan `katak itu adalah makanan aku'.

Persoalannya, bagaimana nak berperanan di sebalik kerisauan?
Kata Imam malik,"Umat tidak akan baik melainkan mereka balik seperti umat yg terdahulu (yang mengamalkan ajaran Islam secara syumul)". Oleh itu, kita janganlah merawat gejala sebaliknya rawatlah punca. Dan cara merawat terbaik dalam segala keadaan adalah yang disertai keikhlasan.

Contoh sirah Nabi yang baik adalah sewaktu seorang Arab Badwi kencing di dalam masjid. Para sahabat tidak sabar untuk memukul Arab Badwi itu tetapi ditegah oleh Rasulullah saw, sebaliknya baginda Nabi/Nabi menyuruh seorang sahabt membersihkan najis tersebut dengan berkata `Ingatlah wahai kalian,kamu semua diutus oleh Allah utk memudahkan urusan'. Di sinilah Nabi kita mengambil tindakan bijak dengan merawat punca, sehingga seterusnya Arab Badwi tersebut memuji Nabi sebagai orang yang terbaik pernah dia jumpa.Oleh demikian, kita perlu berhati-hati dalam merawat gejala dan tidak hanya mengambil pendekatan popular.

Memetik juga perumpamaan oleh Imam Al Ghazali-manusia ni apabila bercinta,sampai ke tahap dia akan merindu. Unta juga pandai rindu; apabila unta merindu ia tidak peduli untuk makan dan minum dan tak kisah berapa beban yg ditanggung. Begitu juga manusia apabila cintakan Allah, tidak akan berat untuk meninggalkan larangan Allah dan setiap suruhan Allah yang dianggap seakan beban oleh orang lain, akan jadi mudah untuk dilakukan.

Akhir sekali para speaker sempat berkongsi tips untuk kekal di jalan yang lurus :
Tips 1-Jadilah orang yang tunduk pada ilmu
Tips 2-mesti cari rakan yang baik
Tips 3-kita mesti mencari kubu kpd iman iaitu dekat dgn masjid

Selain itu, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak juga meriah dengan penyertaan hampir 30 orang kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur. Terima kasih kepada ubat gigi Mukmin yang menjadi penaja utama bagi pertandingan mewarna kali ini.

Sekian, semoga kita mendapat manfaat daripada perkongsian catatan ini dan semoga kita berjumpa lagi di talkshow akan datang!

Monday, January 3, 2011

Terima kasih semua

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga dipanjatkan.Terima kasih Allah,,,terima kasih kerana membantu dan memudahkan kami semua dalam melaksanakan amanah ini....

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat di atas kunjungan ke Booth Nisa` dan juga menghadiri santapan ilmu yang bermanfaat sempena tahun 2011..TALKSHOW : U TURN KE JALAN YANG LURUS.

Jutaan terima kasih buat pihak JAWI dan pihak Masjid Asy-Syakirin KLCC kerana memberi ruang dan peluang kepada Nisa` WP dalam memeriahkan dan menjayakan program DI AMBANG 2011.

Insyaallah , semoga Allah merahmati dan sentiasa membantu kita dalam meniti dan mencari redha Allah SWT.