Monday, December 27, 2010

NSK-Back To School di Mydin!

Pada 26/10/2010 yang lalu, Nisa' Wilayah Persekutuan (Nisa WP) sekali lagi telah menganjurkan program Nisa' Small Kindness - Back To School. Tujuan program kelolaan Unit Kebajikan dan Kaunseling (UKK) Nisa' WP ini adalah untuk memberi sedikit sumbangan dan menerbitkan keceriaan kepada para pelajar terpilih untuk membeli barang keperluan persekolahan sempena hari persekolahan yang akan bermula semula tidak lama lagi.
 
Seramai lapan orang pelajar dari pelbagai peringkat umur dari seluruh Wilayah Persekutuan (dari kawasan Lembah Pantai, Putrajaya, Titiwangsa dan Wangsa Maju) telah terpilih untuk menyertai program NSK kali ini. Mereka dibawa oleh AJK Nisa' kawasan masing-masing ke Pasaraya Mydin Subang Jaya seawal jam 9.30 pagi. Seterusnya, adik-adik ini diiringi kakitangan Mydin serta AJK Nisa' untuk memilih dan mencuba pakaian sekolah dan membeli alat tulis untuk kegunaan persekolahan mereka nanti. Paling menarik hati apabila melihat telatah adik Syahid dari Keramat, Titiwangsa yang seronok membeli belah untuk persediaan memasuki Tahun 1 tidak lama lagi.
 
Acara membeli-belah berakhir lebih kurang jam 1.00 petang.Setelah sesi bergambar, para peserta dan AJK mula beransur-ansur pulang.Kami mewaili Nisa' Wilayah dan peserta program NSK kali ini mengucapkan terima kasih kepada warga kerja Mydin yang memberi layanan baik kepada kami. Terima kasih daun keladi, lain kali kami datang lagi :)
 
Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif dan insya Allah akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Sekiranya banyak dana yang berjaya dikumpulkan, lebih ramai lagi pelajar/penerima sumbangan dari kalangan yang kurang bernasib baik akan dapat kita bantu meringankan beban mereka serba sedikit.Selain sempena musim persekolahan yag bakal menjelma, NSK juga turut mengumpul dana untuk hal-hal lain seperti musibah, hari perayaan dan sebagainya.
 
Oleh itu, kami sentiasa membuka dana untuk program NSK ini kepada masyarakat yang berminat untuk menyumbang, dari segi wang ringgit mahupun material. Jika berminat, bolehlah emel kami di nisawilayah@gmail.com ataupun berhubung dengan Ketua unit UKK kami, Cik Aisyah - 019 6968378.
 
p/s : Gambar-gambar lain boleh didapati di laman facebook kami :) www.facebook.com/nisa.wilayah
 

1 comment:

-- said...

pembetulan tarikh 26/12/2010