Tuesday, November 23, 2010

Sinergi Keluarga Bahagia berjaya!

Alhamdulillah, Nisa' Titiwangsa bersama PKWR, YPT dan Yayasan Selangor berjaya menganjurkan `Seminar Sinergi Keluarga Bahagia' bertempat di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya pada 13 November 2010 yang lepas.
 
Lebih kurang 100 orang peserta berjaya menghadiri seminar ini yang dikendalikan oleh motivator keluarga yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Saifulislam melalui laman webnya Saifulislam.com. Perasmian pula dilakukan oleh Encik Ahmad Fawwaz bagi pihak ibunya, YB Dr Lo' Lo' Hj Mohd Ghazali yang kurang sihat pada hari itu. Selaku penganjur bersama, pengerusi YPT juga turut memberikan ucapan yang antara lain menyebut tentang kepentingan komunikasi berkesan di dalam keluarga untuk melahirkan generasi yang hebat pada masa akan datang. 
 
Antara isi penting yang dipelajari adalah cara komunikasi sesama suami isteri, dan juga dengan anak-anak. Personal favourite saya adalah semasa ustaz mengupas tajuk 5 Love Languages dan contoh-contoh komunikasi Nabi Muhammad saw bersama isteri-isterinya. So sweet and touching :) Sesungguhnya Nabi kita bukan sahaja tokoh pemimpin tetapi juga tokoh suami dan bapa yang terbaik untuk diteladani oleh kita.
 
Seminar sepanjang hari itu tidak langsung terasa penat dan bosan kerana ustaz banyak menggunakan contoh-contoh yang berlaku dalam hidupnya sendiri dan orang-orang disekelilingnya. Para peserta juga tidak kering gusi kerana setiap slides ustaz sering disulami dengan jenaka bersahaja dan kadang-kadang meruntun perasaan..tentunya para peserta tidak sabar nak mengenali anak sulung ustaz yang bahasa kasih sayangnya adalah `perkataan affirmatif' :) 
 
Program ini berakhir dengan ucapan penutup dari penaja utama, Yayasan Selangor yang diwakili oleh Encik Abdul Rahim Abdullah, Pengurus Hal Ehwal Pelajar dan Pendidikan Yayasan Selangor. 
 
Akhir kata, Nisa' Titiwangsa mewakili para penganjur ingin mengucapkan terima kasih kepada para peserta yang sudi menghadiri program ini. Semoga segala ilmu yang kita dapati dapat diaplikasikan dalam keluarga kita insya Allah :) 

No comments: