Wednesday, October 13, 2010

Sepetang di Taman Tasik Titiwangsa

Alhamdulillah, pada tarikh keramat 10.10.10 yang lepas, team Nisa' Wilayah dengan kerjasama Nisa' Titiwangsa telah turun beriadah sambil mengedar risalah di Taman Tasik Titiwangsa. Cuaca yang baik ditambah dengan kemeriahan keluarga membawa anak-anak bersiar-siar pada hujung minggu, ditambah kehadiran beberapa pasangan pengantin yang membuat `outdoor photoshoot' memeriahkan lagi suasana taman tasik yang terkenal di ibu kota itu.
 
Team kami dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk menyelusuri keseluruhan taman tasik yang besar itu. Pelbagai peristiwa menarik dan gelagat manusia dapat diperhatikan. Walaupun ada yang berdepan dengan sindiran sinis dan ada juga yang memulangkan risalah kami dengan baik, namun senyuman manis majoriti masyarakat yang sudi menerima button badge dan risalah kami menjadi pembakar semangat untuk meneruskan misi ini. Aktiviti kami berakhir sekitar jam 6.30 petang,di mana hampir kesemua button badge dan risalah berjaya diagihkan.
 
Akhir kata tahniah dan syabas kepada ahli Nisa' yang telah menjayakan program ini, dan sekalung penghargaan kepada masyarakat yang sudi bekerjasama dan menerima kehadiran kami di taman tersebut. Alhamdulillah kami tidak pula berdepan dengan insiden yang tidak diingini.Semoga Allah sentiasa memberkati usaha kecil ini dan membuka pintu hati masyarakat untuk menghayati mesej yang disampaikan.
 
Sekiranya anda berminat hendak menyertai kami, jangan lupa isi borang keahlian di bawah atau email sahaja pertanyaan kepada nisawilayah@gmail.com. Kita juga boleh berinteraksi secara langsung dalam laman facebook kami http://www.facebook.com/nisa.wilayah. Jumpa di program akan datang! 

No comments: