Di dalam ucapan perasmiannya, Wakil Muslimat Titiwangsa menekankan Nisa’ mencari ruang dakwah dengan pelbagai kaedah yang tidak melanggar syariat Islam. Sukan juga merupakan ibadah sekiranya disertai niat yang betul. Sebagai wanita Islam jua, perlu menjaga adab dan ahlak dalam bersukan supaya imej Islam sentiasa di pandang m
ulia oleh masyarakat lain.
Pertandingan boling ini dijalankan dalam 2 pusingan, di mana peserta mempunyai peluang bermain bersungguh-sungguh dengan tempoh permainan yangagak lama. Rata-rata peserta berpuashati dengan 2 pusingan yang diadakan. Programn berakhir jam 12.30tengahari dengan penyampaian hadiah oleh Timbalan Pengarah Nisa WP. Juara dimenangi oleh team dari Cheras, Naib Juara Team dari Keramat dan Tempat ke 3 oleh Nisa Wangsa Maju. Manakala pemain terbaik dimenanangi oleh peserta dari Cheras Cik Nurul Azura Azman Shaar dari Cheras. Pada hari tersebut juga dibuka keahlian Nisa’ dan pengundi baru.
Nisa Titiwangsa mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta dan ajk yang membantu menjayakan program kali ini. Untuk makluman program sulung Nisa titiwangsa ini diharapkan dapat menjadi pemnagkin semangat untuk meneruskan program-program akan datang yang lebih bermanafaat kepada semua lapisan masyarakat.
No comments:
Post a Comment